Assalamualaikum..
Hari ini 22 April 2015. Pada tarikh ini 16 tahun yang lalu pada jam 9.05 pagi, aku telah selamat melahirkan anak sulungku. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan untukku. Dalam masa dua jam selepas tiba di Pusrawi Kajang, aku telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75 kg. Amanah dari ALLAH untuk aku dan en.asben setelah kami bergelar mama dan ayah. Adi Iskandar.. itulah nama yang dipilih oleh en.asben untuk anak sulung kami walaupun kami tidak tahu dengan tepat jantina anak kami sebelum itu. Hanya satu nama yang dipilih.
Bila aku melahirkan bayi perempuan, aku terus memandang pada en.asben yang menemani aku sepanjang proses kelahiran di labour room. Okey.. kami perlu pilih nama lain untuk bayi perempuan kami yang bukan main bulat pipinya. Akhirnya nama Adira Hanum dipilih oleh kami. Adira adalah gabungan nama aku dan en.asben. Hanum pula, en.asben memang sukakan nama itu. Sempana nama Hikayat Faridah Hanum. Dari buku nama-nama pilihan, Hanum bermaksud kesayanganku. Jadi nama itu memang sesuai sangatlah untuk anak sulung yang menjadi kesayangan kami. Terdapat unsur klasik dalam nama anakku seperti namaku juga. Apa salahnya dengan klasik kan Han? He..he..
Han anak yang manja. Maklumlah anak tunggal perempuan. Kesayangan ayah pulak tu. Lagilah kan. Dia kakak yang garang untuk adik-adiknya. Tapi dalam pada garang adakalanya kena juga dengan adik-adiknya yang kedua-duanya lelaki he..he.. Tabah Han.. Tabah. Yang penting dia sangat bertanggungjawab. Sebagai kakak sulung dan juga cucu sulung dalam keluargaku, dia sangat mengambil berat tentang adik-adik dan sepupu-sepupunya. Good girl Han! Sebagai anak sulung, setakat ini dia sangat boleh diharap. Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH kerana mengurniakan kepada aku dan en.asben anak yang sepertinya.
Hari ni dah 16 tahun dah usia Han. Dah besar dah anak dara aku tu. Tahun depan SPM. Seterusnya, entah ke mana pula akan ditakdirkan laluan hidupnya. Sebagai ibu, aku sentiasa mendoakan segala yang terbaik untuk anak-anakku. Semoga rahmat ALLAH sentiasa ada untukmu anakku di dunia dan di akhirat. Doa mama semoga Han terus diberkati ALLAH, terus diberikan kesihatan yang baik, terus dilimpahi dengan keberkatan rezeki, terus mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia juga sentiasa dilindungi oleh ALLAH. Mama tak akan dapat selalu berada bersama Han. Tapi ALLAH sentiasa ada untukmu Han.
Untuk Han, tiada lain pesan mama selain dari jaga solat, jaga tingkah laku dan jaga nama baik ayah dan mama. Al-Quran jangan sesekali dilupa. Kena baca dan amalkannya setiap hari. Jangan lupa juga yang ayah, mama, abang, baby dan adik-adik lain sangat sayangkan Han. Hadiah istimewa mama dengan ayah dah bagi pagi tadi. Salam peluk cium bersama doa untuk anak dara kesayangan. InsyaALLAH.. doa dari ayah dan mama akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Han. Semoga nikmat iman akan terus dinikmati oleh kami dan seluruh keturunan kami Ya ALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah!
5 comments:
Selamat Hari Lahir Han,
aunty doakan semoga Han terus menjadi anak yang baik, kakak yg garang tapi baik dan juga terus membesar menjadi muslimah yg solehah..
amin~
selamat hari lahir utk anak akak..
semoga beroleh keberkatan hidup dan menjadi yang terbaik utk Ibu dan Ayah
happy birthday Han.. semoga panjang unur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. aminnn..
Selamat hari lahir Adira Hanum.
Unik, klasik nama nya :)
Baru saya tahu nama penuh Han...:)
Selamat hari lahir Adira Hanum. Smoga membesar sebagai anak yg solehah ☺☺
Post a Comment