Assalamualaikum..
Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Johor Bahru menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Setiap kali ada peluang untuk ke Johor, aku selalu berasa excited. Iyalah.. tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat lahir. IC pun 01. Tentulah lebih terkenang-kenang dan penuh dengan kenangan yang cukup berharga. Alhamdulillah.. walaupun waktu tu cuti sekolah sudah bermula tapi perjalanan kami pergi dan balik sangat lancar. Mungkin ramai orang tunggu cuti raya haji baru nak berjalan atau balik kampung. Maka tiadalah sebarang kesesakan yang perlu kami harungi. Syukur.. Hanya jerebu kuat yang membuatkan kami perlu lebih berhati-hati memandu.
Selalunya bila ke JB kami akan menginap di sana. Tapi kali ini, kami tak rasa nak bermalam di sana. Pergi balik hari saja. Disebabkan tidak bermalam di sana, jadi awal-awal pagi lagi kami sekeluarga dah keluar agar kami punya banyak masa sewaktu di Johor. Sebaik lepas subuh, semuanya dah bersiap. Pukul 7 pagi dah keluar dari rumah. Dengan bekal yang emak dah sediakan memang kenyang perut kami anak beranak sepanjang perjalanan. Tak perlu nak singgah makan lagi. Dalam perjalanan kami singgah di Batu Pahat. Bawa emak menziarahi jiran lama yang hubungan baiknya dah macam keluarga sendiri. Alhamdulillah.. kami dikelilingi orang-orang yang baik hati lagi baik budi. Syukur...
Seawal pukul 9++ pagi kami dah sampai di rumah jiran lama tu. Sengaja tak mahu beritahu awal-awal yang kami nak singgah agar mereka sekeluarga tak perlu susah-susah nak siapkan apa-apa. Tapi dah namanya orang baik budi, penuh juga perut kami yang datang mengejut itu dijamu. Seronok sangat bila dapat kembali berjumpa dan berkongsi cerita baru dan lama. Nak balik, siap dibekalkan lagi dengan bermacam-macam bekalan buat anak-anak. ALLAH.. Semoga ALLAH merahmati mereka sekeluarga.. insyaALLAH. Dalam pukul 11++ kami bertolak ke Johor Bahru. Seronok sangat bila dapat lalu di sekolah lamaku di Peserai. Dapat lalu di jambatan Batu Pahat yang waktu dulu-dulu seronok sangat kalau dapat lalu untuk pergi ke bandar. Aduhai.. nostalgia betul.
Heboh kecoh aku dan emak bercerita dan tunjukkan pada anak-anak tempat kenangan kami di Batu Pahat. (Dulu sebelum arwah ayah meninggal dunia kami sekeluarga tinggal di Simpang Lima, Batu Pahat). Dalam pukul 1 tengah hari kami tiba di Bandar Baru Uda. Majlis sepupuku di buat di dewan. Selamat Pengantin Baru untuk Alisa dan Pasangan serta Arif dan Pasangan. Dua pasang pengantin sekali langsung. Lisa dan Arif adik beradik anak Mak Anjang aku (sepupu emak). Kami memang jenis yang dengan sepupu rapatnya macam adik beradik sendiri. Jadi hubungan tu walaupun sepupu rasa sangat dekat. Sedap nasi barianinya. Kuih muih pun beraneka pilihan. Paling best bila dapat jumpa dengan saudara mara dari Perak di sana.
Lepas makan kami ke masjid di seberang jalan untuk solat jamak zohor dan asar. Lepas tu duduk berkumpul di luar dewan dengan makcik pakcik dan sepupu-sepupuku untuk plan nak jalan ke mana selepas majlis. Maklumlah.. sesekali ke JB tentulah nak berjalan-jalan dulu sebelum balik. Paling penting kena makan makanan popularnya baru rasa puas hati ha..ha.. (Dasar perempuan kuat makan hehe..). Cadangnya nak singgah ziarah makcik aku di Majidee. (Rumah tempat arwah nenek aku belah ayah tinggal dulu). Sepupu aku (belah emak) kata mereka nak ke JPO. Aku dengan adik aku yang suka aje bila dengar JPO mulalah pandang suami masing-masing.
Boleh pulak en.asben aku dengan birasnya (adik ipar aku) sepakat pilih nak menziarah makcik aku aje. Macam berpakat! Katanya kena utamakan keluarga dulu dari shopping. Hmm.. iyalah tu.. he..he.. Pandai benar nak lepaskan diri, kan? Tapi takpe.. Betullah.. memang keluarga lebih utama dari segala hal yang lain. Silaturahim kena lebih dijaga. Maka kami pun pergi menziarah makcik aku di Majidee. Sebelum tu singgah DoubleTree sebab adik aku nak check-in hotel dia dulu. Adik aku dan suaminya bermalam di JB malam itu. Seronok makcik aku bila kami sekeluarga datang menziarah. Aku juga ikut seronok dan keseronokan itu tentunya lebih mahal lagi dari dapat bershopping di JPO!
Sebelum balik makcik aku membekalkan kami dengan berpek-pek makanan frozen sebab kami sekeluarga tak bagi makcik aku hidangkan air ataupun makanan sebab kami tak mahu menyusahkannya. Kami hanya mahu berbual dengannya sambil mengimbau kenangan lama di rumah arwah tok. Semoga ALLAH memurahkan rezeki makcikku dan memberikannya kesihatan yang baik. Sebelum bertolak balik kami singgah makan dulu. Cadang nak makan sup tulang merah, tapi tak jumpa. Jadi kami singgah makan Kacang Pool Haji kat area Bomba. Masa makan tu aku tak tahu langsung yang itu Kacang Pool Haji. Sebelum ni beberapa kali kami turun JB tak berkesempatan nak makan Kacang Pool Haji. Makan kacang pool orang lain aje. Sekali bila dah dapat makan aku tak sedar pun itu Kacang Pool Haji ha..ha.. Esoknya bila adik ipar aku upload gambar kat FB baru aku perasan. Ha..ha.. Apa-apa pun Kacang Pool Haji memang terbaik. Sedap.. I tell you. Sila terliur ya he..he...
Sebelum balik Bangi kami singgah Ayer Keroh rumah makcik aku. Sampai aje atas meja dah penuh dengan hidangan. Tak habis makan lagi anaknya dah keluar pergi beli sate pulak. Ya ALLAH.. Waktu nak balik siap dibekalkan lagi dengan makanan. Rasa sangat bersyukur bila dilayan dengan baik oleh kesemua tuan rumah yang kami ziarahi pada hari itu. Bukan makanan penuh meja dan bekalan yang dikirim yang menjadi nilainya. Tapi kesantunan mereka melayani tetamu dengan cukup-cukup baik sangat disanjung. Teringat lagi, arwah ayah dan arwah adik aku cukup baik dalam melayani tetamu. Sampai sekarang orang selalu menyebut-nyebut tentangnya. Mungkin, cara mereka dulu menjadi rezeki kami sekeluarga untuk disambut dengan baik oleh orang lain sebagai tetamu. Semoga segala yang baik-baik juga akan menjadi bekalan yang terbaik untuk kita semua di akhirat nanti.. insyaALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..
1 comment:
Hello Hanis, bahasa saya out of tune, but noticed you from Johore. I used to live in JB, at Bukit Serene, dekat tu Mechinta hotel, Straits View hotel, and a stone's throw from tu rumah besar you know who. Stayed there about 3 years, then balek KL.
Sekarang saya duduak negeri sejuk.
You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Post a Comment