Hari ni, sejak pagi lagi dah ada macam-macam berada dalam kepala aku. Sebabnya ada perkara yang perlu aku settlekan bagi pihak en.asben. Tapi sejak akhir-akhir ini en.asben sangat-sangat sibuk dengan tugasan ofisnya. Kesian pulak aku tengok en.asben. Balik kerja makin lambat. Settle makan mandi semua terpaksa mengadap kerja jugak lagi untuk siapkan report. Semoga ALLAH merahmati usaha dan memberkati rezeki suamiku yang berkerja keras untuk menyara keluarga.. insyaALLAH. Bila dah macam tu aku pun cakap dalam hati, biar aku ajelah yang tolong en.asben settlekan hal tersebut. Tapi aku ni pulak jenis setiap perkara jarang boleh nak ambil mudah. Semua perkara bagi aku besar. (Jenis suka nak serabutkan kepala sendiri ginilah jadinya hu..hu..).
Bila ada hal yang perlu diselesaikan, fikiran jadi tertumpu untuk memikirkan tentang hal itu saja. Bila awal-awal lagi dah rasa hal yang nak disettlekan itu besar, automatik ada rasa susah yang dirasa. Tapi aku berdoa banyak-banyak, agar semuanya dipermudahkan untukku. Untuk langkah pertama yang perlu aku buat, info yang dikongsi sangat membantu walaupun layanan yang aku terima sangat-sangat tidak seadanya. Namun aku tetap bersyukur, kerana setidak-tidaknya urusanku tetap dipermudahkan. Tapi hal itu membuatkan aku mula ditakutkan sendiri oleh perasaan yang perkara ini memang susah untuk diuruskan. Ianya terus membuatkan aku berasa ragu-ragu untuk meneruskan langkah seterusnya. Tapi aku tahu, bertangguh tidak akan menyelesaikan masalah. Untuk itu, aku terus berdoa lagi dengan bersungguh. Istighfar lebih banyak lagi. Minta tolong dari ALLAH agar urusanku dipermudahkan.
Alhamdulillah.. berkat doa yang bersungguh, langkah seterusnya jadi bertambah mudah. Layanan yang diterima juga adalah di luar jangka. Bantuan yang diberikan juga sangat memuaskan hati. Jaminan yang diberi juga sangat memberikan aku kelegaan. ALLAH. Aku rasa benar-benar bersyukur. Walaupun hal itu tidak dapat aku selesaikan namun sudah ada jalan untuk aku selesaikannya tanpa perlu aku berasa terlalu susah hati. Alhamdulillah terima kasih ALLAH. Tiada apa yang boleh berlaku tanpa izin dari ALLAH. Sebagai hambaNYA hanya bantuan dari ALLAH yang sangat kita harapkan. Yakinlah, dalam setiap perkara hanya ALLAH yang sepatutnya menjadi sandaran kita. Tiada yang lain. Semoga kisah kecil yang dikongsi ini dapat menjadi manfaat bersama, insyaALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
3 comments:
alhamdulillah..semoga terus dipermudahkan semua urusan akak sekeluarga.
Kadang-kadang bila kita dilayan dengan kasar kita lupa untuk bersyukur dan memnita dengan Allah supaya urusan selanjutnya dipermudahkan lalu Allah membiarkan kita meghadapi kepayahan sebab kita tidak meminta kepadaNya.
Salam,
My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my
Thanks :)
Post a Comment