Monday, October 19, 2015

Lauk lebihan semalam..

Assalamualaikum..

Aku jenis yang tak kisah pasal makanan. Apa yang dihidang aku boleh makan asalkan ianya bersih dan halal. Tak kisahlah makanan yang dihidang itu lauk yang baru dimasak, lauk yang dimasak semalam, lauk yang dimasak kelmarin mahupun yang dimasak beberapa hari sebelumnya. Asalkan ianya masih elok setelah disimpan dengan baik di dalam peti sejuk dan dipanaskan ketika hendak makan, aku boleh aje makan. Tapi kalau kat rumah aku, en.asben dan anak-anak memang payah sikit nak makan lauk semalam. Bukanlah tak makan langsung. Tapi susah sikit nak makan lauk semalam. Kalau makan pun muka macam terpaksa aje hu..hu..

Hari rabu yang yang lepas aku terlibat dengan perarakan Maal Hijrah di Masjid Negara. Pukul 4 pagi dah bangun. (Itu tak kira lagi terjaga sejam sekali sejak pukul 2 pagi sebab takut terlajak tidur ha..ha..). Pukul 4.45 pagi sudah berada di pejabat kerana bas bertolak ke masjid Negara pada pukul 5 pagi. Seronok dapat sama-sama menyertai perarakan tersebut. Perarakan pertama yang dapat aku sertai setelah 6 tahun berkhidmat di tempat kerja sekarang. Alhamdulillah.. satu pengalaman baru buatku. Balik dari perarakan mata bukan main mengantuk lagi. Siap tukar baju dan solat dhuha, aku terus sambung tidur. Dapatlah tidur dalam sejam setengah sebelum terjaga. Bangun-bangun aje kepala pening sebab tidur tengah hari he..he.. Nak masak pun jadi tak larat. Nak makan di luar, rasa malas pula nak keluar. Lagipun Han dah siap-siap tolong masakkan nasi. Jadi, makan di rumah ajelah.

 Peserta perarakan Maal Hijrah.. 
Seronok dapat pakai baju yang sama dengan kawan-kawan ofis.
Suka dengan kurung pahang tu. Besar dan selesa walaupun nampak gemuk.. ha..ha.. macamlah sebenarnya kurus kalau pakai baju lain ha..ha..

Tak tahu nak masak apa, aku keluarkan aje lauk semalam yang di simpan dalam peti sejuk. Lauk sambal tumis ikan bilis lebihan aku masak nasi lemak hari ahad tu. Lauk kari ikan tongkol yang emak mertua bekalkan pada malam ahad. Lauk lemak pisang dan daging masak hitam yang emak aku bagi pada hari isnin dan lauk ayam masak merah yang aku masak malam selasa. Kat rumah aku ni kalau masak sikit tak cukup. Kalau masak banyak berlebih-lebih. (Aku yang tak pandai bajet agaknya ha..ha..). Nak buang sayang. Tapi bila simpan, memang semua terkulat-kulat nak makan walaupun dah dipanaskan. Aku sorang aje yang selalu berselera aje nak makan asalkan ada lauk atas meja he..he.. langsung takde masalah. Bila dah panaskan lauk tu semua satu-satu, jadi penuh juga meja. Lauk sambal tumis ikan bilis aku tambahkan kentang. Jadilah sambal kentang. 

 Semuanya lauk lebihan semalam.. 
Lapang peti sejuk aku dengan tupperware yang bersusun selepas itu..

Bila yang dihidang semuanya lauk semalam, semua orang takdelah dapat nak pilih-pilih makan. Kalau selalu tu bila ada lauk semalam dengan lauk baru, lauk semalam memang tak bercuitlah. Tapi bila takde pilihan semua orang boleh aje makan. En.asben pun tak cakap banyak sebab dia tahu aku tak larat. Sekurang-kurangnya ada lauk panas yang dihidang di atas meja untuk hidangan kami sekeluarga. Semuanya okey cuma bila duduk aje kat kerusi makan semua dok cakap lauk semalam ke? He..he..  Tapi aku pujuk-pujuklah juga cakap sayang lauk-lauk tu kalau tak di makan. Takkan nak buang sebab ianya masih elok. Alhamdulillah.. habis juga lauk semalam yang dihidang. Syukur.. kenyang perut kami dengan lauk semalam yang sedap. Orang di tempat lain ada yang tak cukup makan. Apalah sangat kalau setakat makan lauk semalam, kan?

Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah..

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

yeayyy akak seppp sikit~

izwa pun sama lauk kelmarin pun kalo elok lagi izwa sebat jek lagi2 kalo sambal ikan bilis atau segala mala jenis sambal..hehehe..faveret kot! dan alhamdulillah eady pun jenis sama mcm izwa cuma anak-anak jek..erk..kalo lauk smlm nanti akan cakap ... ala lauk ni mcm lauk semlm jek..uhuhuu..tak abis ajar lagi diaorg mkn lauk semlm..kuikuikui... ;)

Lydia Miza said...

Salam kak fea.. Lawa baju pahang tu. kali pertama dan terakhir sy beli baju pahang masa dlm pantang ank nmbr tiga. Haha ank lahir awal sgt ingat lps abis raya baru lahir tup tup dlm pantang dkt nk raya. Maka belilah baju pahang. Mcm kak fea kata nmpk gemuk. Ekeke.. Saya pun rasa bila saya pakai baju tu nmpk saya makin besar. Pakai la dua kali je kot pastu simpan dlm museum dan sedekah kat org. Bdn cam saya ni ngeri nk pki jenis kembang2 sbb mmg makin rendang rimbun la rupanya nnt

Kak fea umah saya ni anak2 saya pun payah nk mkn lauk semalam. Tp suami okey je. Anak2 ikut saya. Ekeke.. Tp kalau lauk tumis2 ke saya blh je sbb mmg saya lah yg mengerjakan sambal tumis yg tiga empat hari tak habis2 tu..

Hudalatip said...

Saya ada masa pun cerewet nak makan lauk semalam..Tapi kalau mak masak atau saya masak takde masalah pun nak makan sebab kita simpan dan kita akan panaskan semula yea tak hehe..Janji ada makanan kan...

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...