Cuti sekolah tahun ni kami tak berjalan ke mana. Bukan kata tak berjalan, plan nak berjalan pun takde juga he..he.. Kalau selalu tu, walau tak merancang sekali pun, last minute mesti tercetus juga idea nak bawak anak ke mana-mana. Tapi tahun ni kita cuti-cuti di rumah ajelah. Hujung tahun ni en.asben sibuk luar biasa. Ada banyak report yang perlu disiapkan sebelum akhir tahun. Jadi sejak sebelum cuti sekolah en.asben dah awal-awal beritahu yang cuti-cuti untuk hujung tahun ni beku hu..hu.. Mulanya rasa macam takkanlah takde ruang langsung nak berjalan walaupun sibuk. Jadi senyap-senyap aku booking jugalah hotel kat Cameron ha..ha.. Punyalah nak sangat berjalan kan dan aku pun teringinkan scone, strawbery dan keledek Cameron Highland he..he.. Tapi bila setiap malam en.asben gigih mengadap report. Hujung minggu berkepit dengan report juga maka nak ajak ke mana-mana pun aku sendiri yang tiada hati. Kesian pulak rasanya. Biarlah report-report tu siap dulu. Berjalan ke mana-mana bila-bila pun boleh. Tapi report tu ada datelinenya. Jadi senyap-senyap juga aku batalkan tempahan hotel tu. Semoga segala urusan en.asben dipermudahkan dan tugasannya dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna.. in shaa ALLAH.
Jumaat lepas en.asben memang bercuti. Bila tahu en.asben cuti, aku pun apply cuti sekali. (Apply cuti ni sebelum tahu memang tak boleh nak berjalan ke mana pun). Ditakdirkan, aku juga kena siapkan check pruf novel ketigaku. Jadi sepanjang hari jumaat tu, aku dengan en.asben sama-sama sibuk bercinta dengan dokumen di laptop. (Oh.. nak beritahu juga di sini, in shaa ALLAH novel ketigaku Bukan Teman Pengganti terbitan Alaf 21 akan diterbitkan bulan Januari 2017. Alhamdulillah.. syukur). Petang jumaat tugasanku selesai dan dah selamat dikembalikan kepada editor. Lega. Tapi en.asben masih ada banyak report yang perlu diulit. Malam sabtu aku dah terfikir-fikir nak bawak anak-anak keluar ke tempat yang dekat-dekat. Iyalah nak memandu sendiri kenalah pergi tempat yang aku dah biasa. Tempat yang tak biasa aku tak berani sikit kalau en.asben takde. Cadang nak tempah hotel kat KL atau Cyberjaya biar anak-anak dapat mandi pool. Tapi malas pulak nak packing baju sebab mood nak bercuti tu macam dah takde. Jadi tukar plan nak bawak anak-anak ke District 21 aje. Tapi en.asben cadangkan untuk bawak anak-anak ke Bangi Wonderland aje.
Sebelum tidur malam tu tak dapat nak decide lagi nak bawak anak-anak ke mana. Bangun tidur pagi sabtu tu barulah dapat tetapkan perancangan nak bawak anak-anak ke Bangi Wonderland. Alhamdulillah.. pemilihan yang tepat bila bawak anak-anak ke Bangi Wonderland. Anak-anak seronok sangat dan kesemuanya berani mencuba segala jenis slide yang ada di sana. Sangat berbaloi bawa budak-budak ni ke sana. Dari pukul 10 pagi sampai ke 6 petang kami di Bangi Wonderland. Tempatnya tak jauh dari rumah. Dalam 15-20 minit aje. Laluannya pun laluan yang aku dah biasa dulu-dulu walaupun dah lama sangat aku tak pernah sampai ke Bangi Lama tu. Orang tak ramai sangat. Jadi selesa sangat anak-anak nak main semua ride tanpa perlu mengambil masa untuk beratur. Kawasannya pun tak terlalu besar. Jadi walaupun aku seorang untuk mengawasi 6 orang anak tanpa en.asben, aku masih dapat mengawal anak-anak dengan baik. Syukur.. ALLAH lindungi keselamatan kami sekeluarga. Beberapa hari sebelum tu, emak ada tengok kat TV tentang Bangi Wonderland. Jadi emak pun happy bila aku bawak emak sekali. Iyalah.. tak sangka yang Bangi dah ada taman tema air he..he.. Aku pun macam tak percaya juga sebenarnya.
Kami bersama maskot Bangi Wonderland.
Bayaran masuk Dewasa : RM58 dan Kanak-kanak : RM48.
Untuk kanak-kanak umur 1-2 tahun tu memang masuk percuma. Harga Kanak-kanak mengikut ketinggian ya. Bukan mengikut umur. Kalau tinggi macam gegirl tu dikira bayaran kanak-kanak. Kalau lebih tinggi dari tu kira dewasa dah. Dengarnya kalau pergi hari bekerja boleh dapat harga promosi yang lebih menarik. Walaupun orang bangi, aku tetap guna google map juga nak sampai sini he..he.. Kami ikut jalan lama. Tanpa tol dan kesesakan di highway.
Alhamdulillah.. anak-anak yang happy dan berani.
Bukan setakat abang-abang aje, gegirl pun berani juga nak main slide tu semua. Kagum mama. Kalau ikut mama dengan arwah mummy, kami ni memang penakut dan tak adventure langsung. Semua benda tak berani.
Nak cuba pun takut he..he.. Mampu tengok dan bagi sokongan aje sambil dada debar-debar selagi anak-anak tak turun dari slide. Alhamdulillah.. semuanya selamat. Kawasan Bangi Wonderland ni tak luas sangat. Jadi senang nak pantau anak-anak. Orang pun tak ramai jadi dari jauh pun aku dah boleh nampak anak-anak untuk cari dia orang.
Ini kat area kolam ombak. Tapi time ombak lupa nak ambil gambar.
Ombak dia kuat. Best.
Time ombak anak-anak suka.. Time takde ombak pun anak-anak suka aje mandi kat sini.
Tinggi slide ni.. Aku ngeri.. tapi anak-anak berulang-ulang aje naik slide ni penuh happy.
Eh... Naik lagi he..he.. Gigih korang nak panjat tangga kan.
My sweet little gegirl.. 2017 ni masuk darjah 1.
Mula-mula sampai nak masuk dalam air pun takut-takut. Lepas tu duduk aje tepi kolam. Suruh main slide yang rendah pun tak berani. Terpaksalah aku naik dulu nak tunjukkan kat dia yang slide tu pendek aje. (Slide untuk budak-budak beranilah aku naik he..he..). Sekali lepas dah try slide pendek tu dan dah bawak main di lazy river terus berani pulak dia. Naik slide ni aje berulang-ulang kali. Siap dia yang sibuk ajak abang-abang naik slide lain. Adooiiii.. aku punya berdebar jangan cakaplah selagi dia tak sampai bawah. Tapi dia rileks aje. Cayalah gegirl. Mama proud of you sayang.
Walaupun anak-anak kata seram naik ni, tapi ulang-ulang juga dia orang naik. Orang tak ramai kan. Tak payah beratur pun. Jadi naik ajelah berapa kali nak naik pun. Kita dah bayar ha..ha..
Emak tersayang..
Seharian emak menunggu cucu-cucunya main air. Tapi emak nampak seronok aje. Emak tak mandi pun. Duduk aje kat tempat duduk berbumbung. Ini pun aku ajak masuk dalam air kejap. Itu pun cecah kaki kat air dan duduk atas buaian ni kejap aje. Lepas tu duduk kat tempat duduk berbumbung semula. Aku pun suka main buaian ni. Ulang-ulang juga aku naik. Oh ya. Surau kat sini besar dan bersih. Siap telekung sejadah semua. Jadi sangat selesa untuk kita bersolat. Petang tu hujan lebat sekejap. Siap dengan guruh petir. Jadi semua orang kena duduk kat tempat berbumbung. Tak dibenarkan berada di kolam. Jadi untuk sesiapa yang nak ke surau, nak balik atau nak pergi beli makan, staff kat situ siap payungkan guna payung aiakrim lagi. Alhamdulillah.. bagus servisnya. Anak-anak pulak tukar baju kering untuk solat zohor. Lepas tu tukar baju mandi semula. Gigih masing-masing nak main air sampai puas. Petang sebelum balik tu kami siap-siap solat asar di situ juga. Alhamdulillah.
Puas mandi perut lapar.
Makanan memang tak boleh bawak masuk dalam ni. Ada kafeteria di sediakan di dalam ni. Makanannya boleh tahan sedap. Nasi ayam set dengan air RM12. Nasi goreng RM7. Set nugget RM5 kut. Ada juga jual burger, jajan-jajan, fries, jagung kukus etc. Tapi harga mahal sikitlah dari yang di luar
Yang ni best juga.
Dia guna pressure untuk terbangkan kita dan masuk dalam air. Anak-anak try juga yang ni. Banyak permainan dan slide yang ada di sini. Memang puaslah. Ada tempat untuk surfing board. Tapi yang tu pekerja dia aje pandai naik imbang badan. Yang lain hanya mampu melutut dan baring aje atas board tu. Ada kolam spa juga. Nampak menarik. Boleh urut-urut badan kat situ. Tapi aku tak sempat try pun. Sibuk jaga anak. Ada slide yang kita berdiri lepas tu lantainya terbuka dan kita jatuh terus gelongsor dalam slide. Slide tu seram. Fareez aje yang berani naik slide tu. Tapi bila suruh naik lagi dia tak berani dah. Yang lain boleh lagi. Yang tu dia dah tak berani dah. Dia kata dia punya takut sampai keluar hingus waktu turun gelongsor tu haha..
Curahan baldi gergasi he..he.. Entah apa nama betulnya aku tak tahu.
Kalau kat tempat lain macam lama sikit nak tunggu baldi tu penuh. Tapi kat sini, sekejap-sekejap baldi tu curah air. Tak payah nak tunggu-tunggu.
Barulah best.
Alhamdulillah.. anak-anak cukup puas hati. Ada rezeki, in shaa ALLAH kami nak datang lagi. Han tak ikut. Dia ikut MIL balik kampung. En. asben sedih aje bila han tak dapat ikut he..he.. Waktu call han beritahu kami nak ke Bangi Wonderland dia cakap ok, bye. Ha..ha.. Takpelah.. lain kali kita repeat lagi.
Alhamdulillah.. Syukur.. Keceriaan terpancar jelas. Terima kasih ALLAH.
Suka sangat bila anak-anak seronok mandi sama-sama. Saling menjaga antara satu sama lain. ALLAH.. semoga anak-anak terus bersatu hati hendaknya..
in shaa ALLAH.
Apa-apa boleh tengok di laman web di atas.
Bagi aku dan anak-anak, Bangi Wonderland ni BESTTTTTTTT.
Silalah pergi.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
8 comments:
Salam kak fea,
wahh menarik .. anak2 skrg mmg ke waterpark ke swimming pool je la yg menarik hati diorang (anak saya juga ;p) ... tgk slide anak akak main tu mmg ngeri juga la ketinggiannya tu
Alhamdulillah seronok tgk semua gembira :)
As-salam Suzi,
Alhamdulillah.. memang menarik tempatnya.. anak-anak teruja kalau bawa tempat mandi manda ni.. slide tu ngeri dan tinggu. Itu yang akak seram nak try hehehe..
As-salam Izwa,
Alhamdulillah.. syukur bila anak-anak happy. Terima kasih Izwa
assalam fea,
ada juga kak ati ternampak tentang tempat ni..cuma tak sempat nak dtg lagi.
nampak menarik ..sesuai utk kanak2 kan. happy dgn fmly besar fea..semoga sentiasa murah rezeki..aaamin
As-salam Kak Ati,
In shaa ALLAH.. nanti2 kak ati boleh bawak anak2 ke sini.. Budak2 seronoklah dapat main air. Alhamdulillah.. syukur dapat buat anak happy. Aamiin.. terima kasih atas untuk doa yang baik2 tu.
As salam, macam mana sy nak contact cik? Thanks.
As-salam Ani
Boleh emel saya rafeahsalim@gmail.com
atau whatsapp di talian 012-2286211
TQ
Post a Comment