Alhamdulillah.. Syukur. Keputusan PT3 dah selamat keluar pagi semalam. Tak tahu kenapa, kali ni aku tak rasa berdebar-debar sangat nak tunggu keputusan anak. Mungkin sebab Is terlalu cool. Jadi aku pun ikut cool aje. Rasa macam tak sesuai pulak kalau aku yang over lebih dari calon kan? ha..ha.. Lagipun aku dah set dalam kepala. Walau apa pun keputusannya tetap dapat naik ke tingkatan 4 juga dan boleh kekal di sekolah yang sama. Waktu peperiksaan percubaan, takde A yang Is dapat. Tapi aku tak kisah pun. Sebab keputusannya masih meningkat dari yang sebelumnya. Keputusan meningkat pun aku dah bersyukur sangat. Lagi pun aku tahu anak aku macam mana. Jadi aku dah bersedia walau apa pun yang dia dapat. Tak dapat jangka pun keputusannya untuk semalam. Tapi aku tetap berdoa agar keputusannya cemerlang.
Semalam aku kerja. Keluar kejap bawa Is ke sekolah untuk ambil keputusan PT3nya. Waktu sampai sekolah, taklimat dah bermula. Alhamdulillah.. masih sempat dengar info-info penting tentang keputusan PT3 sekolah untuk tahun ini. Dalam pada langsung tak rasa berdebar pada mulanya, sekali bila dengar taklimat tu terus aku jadi gubra. Ya ALLAH.. baru aku tahu rupanya ada syarat untuk terus kekal berada di Maahad Hamidiah tu. (Is tahu, tapi dia tak pernah pun beritahu aku. Bertuah betul anak aku seorang ni tau). Bila dah tahu, aku mula risau. Keadaannya rasa macam dah siap sedia nak buat permohonan. Borang semua dah lengkap tapi dokumen tak cukup. Gitulah tak senang duduknya aku. Ya ALLAH.. dapat ke Is melepasinya. Kalau kena keluar dari sekolah tu kena cari sekolah lain pula. ALLAH.. kalau boleh aku nak sangat Is dapat terus bersekolah di situ.

Syarat untuk dapat terus bersekolah di situ ialah mesti dapat sekurang-kurangnya 3A. Subjek Matematik, Sains dan Pendidikan Islam minima kena B. Bahasa Arab minima C. Risaunya aku. Dengan keputusan percubaannya, aku tak boleh nak agak keputusan yang dia akan perolehi. Bila cikgu umumkan yang untuk syarat pertama, semua pelajar Maahad melepasinya aku rasa lega sangat. Syukur. Bila dah ambil keputusan Is terus berdiri bersama teman-temannya. Takde pun datang nak cari aku. Jadi aku rasa dia dapat 3A dan syarat lain tak dapat dipenuhi. Jadi aku yang pergi kat dia. Tanya apa keputusannya. Alhamdulillah.. ada rezeki untuknya. Dia melepasi semua syarat tu dan dapat 7A 3B 1C. Syukur ya Allah. Ianya di luar jangkaanku dan aku sendiri tak sangka. Kalau dibandingkan dengan keputusan peperiksaan percubaan dia memang meningkat sangat keputusannya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih buat semua guru-gurunya.
Math dah A. Mata pelajaran lain pun dah dapat A. Bahasa Arab masih C. Sejak awal memang Is dah beritahu padaku yang Bahasa Arab susah untuknya. Sebelum periksa dia dah beritahu yang lepas PT3 ni dia nak minta tukar sekolah sebab dia rasa tak dapat bawa Bahasa Arab. Waktu peperiksaan PT3 pun, setiap kali habis setiap paper bila tanya boleh buat ke, senang ke susah? Dia akan jawab boleh jawab. Dia akan cakap soalan senang atau senang sikit atau tak susah sangat. Tapi untuk peperiksaan Bahasa Arab, bila tanya dia cakap susaaaaah. Tanya boleh jawab tak? Dia jawab, tak tahulah. Semalam bila dah dapat keputusan pun dia beritahu nak tukar sekolah juga. Tapi aku beritahu dia, alang-alang masih boleh bersekolah di situ, teruskan ajelah. Dapat peluang untuk belajar lagi Bahasa Al-Quran. Belajar Bahasa Arab bukan untuk dapat cemerlang dalam peperiksaan. Tapi untuk manfaat diri sendiri. Alhamdulillah.. dia setuju. Semoga Is dapat belajar Bahasa Arab dengan lebih baik lagi dan akan dapat buat yang terbaik dalam SPM nanti. In sha ALLAH.
Tahniah Is, Muhammad Adi Iskandar. Perjalanan masih jauh. Usaha perlu dipertingkatkan. Semoga abang terus cemerlang dunia akhirat.. In shaa Allah. Harap-harap suatu hari nanti bila abang baca entry mama ni, abang dah dapat menguasai subjek Bahasa Arab dengan baik. Dah cemerlang dapat belajar Bahasa Arab.. in shaa ALLAH. Amboi.. bukan main tinggi lagi cita-cita mama, kan? Takpelah.. berangan bukan kena bayar pun. Semoga angan-angan mama menjadi doa yang baik untuk anak-anak.. In shaa ALLAH. Semalam ada teman yang bertanya apa tips Is dari langsung takde A dalam percubaan boleh dapat juga A dalam PT3. Aku pun tak tahu apa tipsnya. Tapi yang aku perasan, Is dah lebih rajin nak berpuasa sunat. Waktu hari peperiksaan pun dia berpuasa juga. Aku pun berpuasa. Satu lagi, dia dah lebih kerap membaca Al-Quran. Kadang-kadang selepas solat bila aku masuk bilik dia aku nampak dia sedang membaca Al-quran. Tak tahulah untuk hafazan atau apa. Tapi memang dah lebih kerap aku nampak dia pegang Al-Quran. Itu aje tips yang aku boleh kongsi.
Mungkin persekitaran yang baik di sekolah Maahad tu membuatkan dia terikut untuk memperbaiki diri dan amalannya. Syukur, Alhamdulillah. Itu yang membuatkan aku berharap sangat agar Is boleh kekal belajar di sekolah itu. Doaku semoga anak-anakku dan anak-anak kita semua sentiasa cemerlang dalam pelajaran, dalam kehidupan dan cemerlang dunia akhirat.. in shaa ALLAH. Tak perlu bandingkan keputusan anak kita dengan anak-anak orang lain. Tak perlu bandingkan juga dengan adik beradik yang lain. Bukan kita dapat apa pun. Bandingkan dengan keputusan yang sebelumnya pun dah boleh buatkan kita tersenyum. Itu pun dah boleh buatkan kita rasa keputusan tu dah cemerlang sangat. Anak kita, kan? Kitalah yang kena hargai setiap keputusan dan kejayaannya dengan baik. Kalau keputusannya bagus, kita bersyukur. Kalau kurang bagus pun perlu bersyukur juga. Raikan saja setiap keputusan dan setiap usaha anak-anak dengan sebaiknya. Setiap anak-anak punya keistimewaan masing-masing. Kurang cemerlang dalam pelajaran bukan bermakna tak boleh cemerlang dalam kehidupan. Ada banyak cabang dalam kehidupan ini, kan? Semoga ianya menjadi ingatan yang baik juga buatku.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.
Math dah A. Mata pelajaran lain pun dah dapat A. Bahasa Arab masih C. Sejak awal memang Is dah beritahu padaku yang Bahasa Arab susah untuknya. Sebelum periksa dia dah beritahu yang lepas PT3 ni dia nak minta tukar sekolah sebab dia rasa tak dapat bawa Bahasa Arab. Waktu peperiksaan PT3 pun, setiap kali habis setiap paper bila tanya boleh buat ke, senang ke susah? Dia akan jawab boleh jawab. Dia akan cakap soalan senang atau senang sikit atau tak susah sangat. Tapi untuk peperiksaan Bahasa Arab, bila tanya dia cakap susaaaaah. Tanya boleh jawab tak? Dia jawab, tak tahulah. Semalam bila dah dapat keputusan pun dia beritahu nak tukar sekolah juga. Tapi aku beritahu dia, alang-alang masih boleh bersekolah di situ, teruskan ajelah. Dapat peluang untuk belajar lagi Bahasa Al-Quran. Belajar Bahasa Arab bukan untuk dapat cemerlang dalam peperiksaan. Tapi untuk manfaat diri sendiri. Alhamdulillah.. dia setuju. Semoga Is dapat belajar Bahasa Arab dengan lebih baik lagi dan akan dapat buat yang terbaik dalam SPM nanti. In sha ALLAH.
Is kesayangan.
Mungkin persekitaran yang baik di sekolah Maahad tu membuatkan dia terikut untuk memperbaiki diri dan amalannya. Syukur, Alhamdulillah. Itu yang membuatkan aku berharap sangat agar Is boleh kekal belajar di sekolah itu. Doaku semoga anak-anakku dan anak-anak kita semua sentiasa cemerlang dalam pelajaran, dalam kehidupan dan cemerlang dunia akhirat.. in shaa ALLAH. Tak perlu bandingkan keputusan anak kita dengan anak-anak orang lain. Tak perlu bandingkan juga dengan adik beradik yang lain. Bukan kita dapat apa pun. Bandingkan dengan keputusan yang sebelumnya pun dah boleh buatkan kita tersenyum. Itu pun dah boleh buatkan kita rasa keputusan tu dah cemerlang sangat. Anak kita, kan? Kitalah yang kena hargai setiap keputusan dan kejayaannya dengan baik. Kalau keputusannya bagus, kita bersyukur. Kalau kurang bagus pun perlu bersyukur juga. Raikan saja setiap keputusan dan setiap usaha anak-anak dengan sebaiknya. Setiap anak-anak punya keistimewaan masing-masing. Kurang cemerlang dalam pelajaran bukan bermakna tak boleh cemerlang dalam kehidupan. Ada banyak cabang dalam kehidupan ini, kan? Semoga ianya menjadi ingatan yang baik juga buatku.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.
8 comments:
Tahniah Is, semoga terus berjaya dengan cemerlang pada masa mendatang...
As-salam Angah..
Terima kasih ya Angah.. Aamiin.. mudah-mudahan.. In shaa ALLAH
Tahniah Is dan emaknya juga.
Teruskan usaha
MashaAllah subhanAllah..asbab jaga solat, jaga Quran, berpuasa & jaga amalan maka Allah SWT telah membantunya, permudahkan baginya..Allahu Akbar.
Tahniah Is..keputusan diluar jangkaan
Moga terus cemerlang lg
Insy.semoga abang terus cemerlang.betul.kak li percaya jaga solat ..buat yg sunat ..doa dan last sekali tawakal pada Allah.insy ada ganjarannya.alhamdulillah .didikan maahad begitu sekurang kurangnya mengingatkan anak anak kita.
Tahniah..moga terus cemerlangg..
As-salam..
Warisan Petani : Alhamdulillah.. Terima kasih ya.. In shaa ALLAH
Suziana Mohd Tahir : Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Hanya ALLAH sandaran kita.. Semoga segala amalan kita semua diterima olehNYA..
in shaa ALLAH. Harap-harap saya tidak berlebih-lebihan dalam perkongsian ini. Terima kasih ya Suziana
Qhaifa Nur : Alhamdulillah.. syukur.. Aamiin.. Mudah-mudahan,
in shaa ALLAH.. Terima kasih ya Qhaifa
Kak Li : Aamiin.. In shaa ALLAH.. Semoga Iskandar terus istiqamah menjaga amalannya.. Semoga segalanya diberkati ALLAH. Syukur dapat terus berada di Maahad. Terima kasih banyak ya Kak li
Rinna : Alhamdulillah.. Aamiin.. Mudah-mudahan, in shaa ALLAH.. Terima kasih Rinna
Post a Comment