Tuesday, September 25, 2018

Birthday Luna di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. 8 Sept 2018 yang lepas genap setahun umur anak buah bongsuku Zair Luna Carissa. Dah makin comel dan banyak akal dah Luna. Geram aje tengok dia. Lagi geram sebab sekarang dia dah kenal orang. Jadi susah sangat nak dapat dukung dia. Asyik nak berkepit dengan Ami dan Abi aje. Pada 15 Sept 2018 adik aku buat birthday Luna bersama dengan sepupunya Emir di Taman Tasik Perdana, KL. 

Birthday girl.

Majlis bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga 2 petang. Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar. Ramai pakcik makcik dan sepupu-sepupu kami dapat join sama. Semakin meriah suasana bila kami sekeluarga dapat berkumpul bersama meraikan sambutan harijadi Luna dan Emir. Keluarga kami memang jenis riuh dan kecoh. Bila dah berkumpul ramai-ramai macam tu memang hilanglah suasana kedamaian di Taman Tasik Perdana tu hahaha.. Tapi yang penting kami semua have fun.

Luna with Ami and Abi.

Majlis dihias dengan konsep Garden Party. Cantik dan menarik sangat hiasannya. Birthday plannernya kawan adik aku. 

Cantik kan.  

Colourful.

Garden Party yang happening. Alhamdulillah.

Happy birthday Emir and Luna. #emirluna

Syukur bila cuaca pun cerah membuatkan majlis jadi bertambah indah.

Cozy sangat suasananya. 

Event planner for the party kut-kut kalau ada yang berminat.

Pagi sabtu kami gerak dari rumah pukul 9 pagi. Tunggu pakcik aku dan sepupu sebab nak gerak sekali. Sampai Taman Tasik Perdana dah dekat pukul 10 pagi. Alhamdulillah.. walaupun parking penuh, kami masih dapat tempat parking. Pagi tu kami bawak pulut serunding,  takoyaki dan karipap. Pulut serunding aje emak buat sendiri. Takoyaki dan karipap kami tempah. Sebelum majlis konon nak masak sendiri makanan untuk di bawa. Tapi aku dengan emak macam berat hati. Jadi kami tempah aje semua. 

Sekali malam sebelum tu dapat berita makcik aku sebelah arwah ayah tenat di KPJ Damansara. Cadangnya nak pergi lepas habis majlis Luna esoknya. Tapi bila dah dapat khabar tu kami terus ke hospital malam tu juga. Pukul 11 malam kami sampai hospital. Alhamdulillah.. sempatlah tengok dan tunggu Chu Amnah bersama keluarga yang lain. Waktu menunggu tu aku sempat bacakan Surah Yaasin, Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk. Alhamdulillah.. 5 minit selepas aku menghabiskan surah Al- Mulk, arwah pergi dengan tenang pada jam 12.04 pagi. Innalillahiwainnalillahirojiun. Semoga roh arwah Chu Amnah dicucuri rahmat. 

Kami sampai rumah pukul 2 pagi. Kalau nak masak apa-apa memang tak laratlah. Syukur semuanya dah tempah. Emak cuma tanak pulut aje pagi tu. Serunding mujur dah siap awal. Jadi pagi tu aku cuma siapkan sarapan aje. Pagi tu aku goreng cempedak  untuk breakfast kami. Kalut-kalut nak bersiap sempatlah makan seulas cempedak tu. Balance tu emak bawa sekali. Dalam kereta emak offer eksyen taknak. Excited nak pergi celebrate birthday Luna. Tak faham kenapa makciknya yang over excited sampai tak lalu makan hahaha.. Sekali dah balik teringat-ingat cempedak goreng. Hahaha.. padan muka.

Okey, sebelum makan salam paksu dulu.

Salam maksu pulak.

Sebelum orang ramai datang, kami bergambar dulu satu keluarga.

My Lovely Family.
Tema hari tu white and denim.

Ya ALLAH.. Tolong jaga dan rahmati kami selalu.
Photographer suruh pose senget ke kiri, kami ikut ajelah hahaha. Sekali tengok dalam paper semalam ada satu grup tu buat pose macam ni jugak. 

Senget ke kanan pulak.
Memang trend eh sekarang? Akak kampung sikit dik. Tak tahu hahaha.

Semua orang boleh makan dengan penuh selesa di atas carpet yang disediakan.

Clown yang memeriahkan suasana.

Family photo with the clown hehe.. Cute aje menyelit kat belakang.

Abang-abang dan kakak gegirl yang seronok.

Alhamdulillah.. Perut kenyang suka hati. 

Clown yang peramah. Kami yang happy.

Semua pakai baju putih. Debar-debar mama takut makanan kena kat baju hahaha.. Sebab tulah jarang beli baju warna putih untuk anak-anak. Untuk majlis ni baru mama pergi cari baju putih untuk semua orang.

Buah hati mama ayah.

 Cantik pulak bila semua pakai baju putih sama macam ni.

Tumpang photoshoot sekali hahaha..

Family adik ipar aku. #emirluna

Makanan pagi tu semua sedap-sedap. Semua emak mertua adik aku yang masak. Ada nasi lemak dan ayam goreng, bihun singapore, roti jala dengan kuah durian, popia, sandwich,  rojak buah, air sirap sejuk dan air teh o panas. Hah.. serba lengkap kan.

Ini meja dessert.

Ada pulut serunding yang emak buat, banana caramel kek sepupu aku bagi, takoyaki yang aku bawak, karipap yang aku tempah, brownies yang adik ipar adik aku bawak. Alhamdulillah.. penuh meja dan penuh perut.

Rojak buah MIL adik aku yang mabeles. Kuah dia cicih dengan jari pun layan.

Luna pun nak makan juga.

Ada aiskrim stall juga.

Cotton candy stall dan pop corn stall pun ada juga. Seronok budak-budak dan emak budak hehe..

Inilah Abang Emir sepupu Luna. 
Semoga Abang Emir terus membesar dengan sihat dan cemerlang.. In shaa ALLAH. 

Emir dan Ema, mama Emir. 
Emir bad mood sikit sebab kena kejut bangun tidur. 

Birthday kek Luna and Emir. Sedap keknya.

Aunt B, adik ipar adik aku yang buat kek tu sendiri.
Bakal doktor yang suka baking. Belajar kat Finland. Now tengah balik bercuti.

Emak dan besannya.

Makcik-makcik dan sepupu. Tikar tahlil yang kami bawak sendiri.
Kami kan ramai. Jadi stand by awal-awal bawak tikar sendiri hehehe..

Sempatlah kami sekeluarga bergathering sekali.. Alhamdulillah.  Yang ni semua keluarga adik beradik emak. Terima kasih kepada yang sudi hadir. Ini baru suku. Itu pun dah meriah sangat suasananya.

Persembahan dari Clown pun menarik. Kami semua terhibur. 
Semua orang pun sporting join games. Tengoklah sampai ke depan pakcik aku nak tengok persembahan clown hahaha. 

Penonton yang excited.

 Keluarga dari Taiping. TQSM Ani and family. Jauh-jauh dia datang.

Terima kasih orang Taiping.

Makcil aku yang selalu happening dan sporting.

Abi Luna membacakan doa pagi tu. 

 Kakak ipar, adik-adik ipar dan anak buah adik aku.
Kita orang jenis rapat. Dengan ipar duai aku, adik beradik aku rapat. Dengan ipar duai adik beradik aku pun aku rapat. Semua dah macam keluarga sendiri.

Dengan Cik Nora aje Luna nak. Jeles kami hehehe.. 
Keluarga makcik aku dari Melaka yang selalu tak pernah miss semua majlis kami.  TQSM Cik Yang Uncle Raymond and Family.

Dengan sepupu-sepupu kesayangan. 

Sepupu, anak buah semua dah sama baya. Alhamdulillah..

Luna and her tee pee.

With Aunty Niza, BFF adik aku. Yeay.. akhirnya Luna nak dengan mama. 
Ayah dah kekenyangan kat belakang tu hehe..

Cik Ani Family and Luna.

Mama, Ami dan nenek. Much Love.

Mama, ayah and Kakak Han.

Anak buah aku Aimi dan kawannya. TQ Aimi and Napi.
Kalau lesung pipit dalam tu memang tahu itu belah keluarga en.asben. Itu memang trademark keluarga dia.

Kakak tolong Maksu siapkan Luna.

Anak dara mama, mummy dan ami.

Suprise birthday cake untuk Aunty Ema dan Aunty B from Mak Long.

I love this candid photo.

Daddy's gadget untuk jaga anak. 

Alhamdulillah.. Majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Cuaca pun baik. Makanan sedap. Kaum keluarga dan kawan-kawan dapat berkumpul. Syukur. Terima kasih ALLAH.

Lepas dah siap tolong kemas-kemas tempat makan, dalam pukul 2 lebih kami berangkat balik. Sebelum tu kami siap singgah melawat Tugu Negara. Dulu pergi masa rombongan sekolah. Dah alang-alang sampai area situ, kami singgahlah sekali. 

Semoga Negara Malaysia terus aman merdeka.. Aamiin.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

8 comments:

Unknown said...

hiiiii, nak tanya kalau nak buat event mcmni? kena ada permission ke? and how about the fees ya?

Hanis Azla said...

Hi there,

Kalau nak buat event kat situ kena minta permission dari DBKL. Boleh call no ni 03-26176000. Charge dia berbeza-beza. Kena tanya PIC. Harap perkongsian ini membantu.. in shaa ALLAH.

Hanis Azla said...

Info tambahan :
Call DBKL boleh berhubung dengan En. Saad - 0326176000
Bayaran sewa tapak : RM200
Bayaran supply elektrik pertama : RM60
Setiap point kedua dan seterusnya : RM30

Unknown said...

As Salam..Sonok baca ur japan trip tu.So detail itinery nya..Bole share tour guide travel info and Watapp to this no 0122239874 if tak keberatan..mcm nk ke sana jugak la dgn anak2..Tq..

Unknown said...

Ada no event planner x?

Hanis Azla said...

Hi,

Sorry.. Saya takde contact no. Boleh google Gojestent. TQ

Susan said...

This is really a nice and informative, containing all information and also has a great impact on the new technology. Thanks for sharing it. If you're looking for the best things to do in the world, Things to do has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

yaklibber924 said...

I am typically to blogging and i really admire your content. The article has really peaks my interest. I'm going to bookmark your site and hold checking for brand new information. online casino real money

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...