Monday, January 14, 2019

Sarapan di Semangkuk, Batang Benar.

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim.. 
Alhamdulillah.. dapat lagi kembali bercerita di sini setelah beberapa bulan takde sebarang entry. Entry pertama untuk tahun 2019. Selamat tahun baru semua! Tak terlewat lagi kan nak beri ucapan tu walaupun hari ni kita dah masuk minggu kedua untuk bulan pertama 2019. Semoga segalanya akan baik-baik saja buat kita semua di tahun 2019 ini.. In shaa ALLAH.

Hari sabtu lepas awal pagi aku dan En. Asben keluar untuk menghantar Az ke sekolah. Ada acara merentas desa. Dah alang-alang keluar, teruslah pergi mengambil Han di UiTM Seremban. Hari jumaat tu kertas terakhir untuk peperiksaannya di semester pertama. Alhamdulillah.. selesai sudah semester pertama untuk anakku. Semoga Han dan kawan-kawan memperolehi keputusan yang cemerlang.. In shaa ALLAH. Datang hari sabtu tu mengangkutlah segala barang-barang di asramanya. Next semester dah kena duduk menyewa di luar pulak.

Dari rumah lagi memang dah cadang nak bersarapan di luar. Tapi sebelum keluar tu sempat juga mengoreng nasi untuk anak-anak yang tinggal di rumah. Sempat juga bawakkan bekal nasi goreng untuk Az dan En. Asben makan di dalam kereta. Masa dalam perjalanan pergi, siap-siap google tempat makan yang viral kat Batang Benar, Nilai. Sebelum ni takde kesempatan lagi nak pergi. Jadi dalam perjalanan balik hari tu kami singgahlah. Walaupun kami mengejar waktu sebab nak hantar anak ke kelas aikido pulak selepas itu.

Image may contain: sky and outdoor
Kedai makan Semangkuk, Batang Benar.

Image may contain: one or more people, car, sky and outdoor
Parking di hadapan kedai.

On the way balik Bangi kami masuk ke Tol Nilai. Menghala ke arah Nilai Tiga. Ke depan sedikit masuklah area Batang Benar. Lalu depan Stesen Komuter, Batang Benar. Depan sedikit dari tu dah berjumpa dengan kedainya. Kat tepi jalan besar aje. Boleh parking kereta di hadapan barisan kedai makan tu. Waktu kami sampai kedai tu memang penuh. Alhamdulillah.. masih ada tempat untuk kami. Meja hujung-hujung yang sebahagiaan mejanya terkena panas matahari. Tapi bila itu sahaja meja yang kosong, jadi kami duduklah di situ. Gigih kan? hehe..

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling
Dapat meja paling hujung dengan panas matahari pagi.
Kertas untuk buat pesanan dalam bekas biru tu.

No photo description available.
Menunya. 

Tengok gambar pun dah telan-telan liur hehe..

Bagusnya di atas setiap meja dah disediakan buku menunya. Jadi tak perlu nak panggil pelayan. Di atas meja juga dah tersedia kertas untuk kita buat pesanan. Jadi pilih saja makanan dan minuman yang menjadi pilihan. Dah selesai buat pilihan boleh terus ke kaunter untuk hantar kertas pesanan dan terus buat  bayaran. Paling best, sekejap selepas itu makanan yang dipesan sampai. Tak lama pun nak menunggu. Kami yang pada waktu tu mengejar masa rasa sangat berpuas hati dengan servisnya.

Aku memang peminat roti. Kalau makan nasi yang lauknya berkuah macam asam pedas, kari atau masak lemak, aku selalu tak kisah kalau tak tambah nasi. Sebab nak simpan portion untuk cicah kuah tu dengan roti hehe.. Jadi pagi tu kami pesan menu yang berasaskan roti. Nasi lemaknya nampak sedap juga. Tapi kami semua memilih roti. Waktu berjalan ke kaunter, nampak mangkuk yang  ada orang lain order, terus berkenan nak order yang sama macam tu. Pantang tengok nak juga hehe..


Image may contain: 1 person
Kaunter pesanan dan bayaran kat depan di sebelah kanan.


Image may contain: food
Han order Roti Titab. Aku order Kacang pool gearbox.
First time makan roti titab tu. Sedap rupanya. Kacang pool kat situ pun sedap dan portionnya banyak. Puaslah makan walaupun semua makanan kami kongsi bertiga.












Image may contain: dessert and food
En.asben order Roti Red Velvet. Pun sedap.
Nampak kan betapa kena mataharinya meja kami hehe.. Gigih!

Alhamdulillah.. kami berpuas hati dengan rasa semua makanan yang kami pesan. Harga berpatutan. Mungkin sedikit mahal tapi sebab rasa sedap jadi rasa macam tak mahal pulak haha.. Servis pun cepat walaupun pelanggannya ramai. Pelayan dan cashiernya juga peramah. Takde nak garang-garang dan buat muka masam walaupun kedai ramai orang. Itu yang bagus tu. Terbaiklah Semangkuk, Batang Benar. Lain kali kalau ada rezeki boleh repeat lagi.. in shaa ALLAH.

Waktu ambil gambar makanan En.Asben dah buat muka. Nak makan sibuk ambil gambar pulak. Tapi aku beri alasan nak ambil gambar untuk update dalam blog yang dah bersawang hehe.. Jadi en.asben pun cool. Terpaksalah reda. Thank you En.Asben. Alhamdulillah.. siap juga entry ni seperti yang dialasankan. Sekian.

Salam hormat untuk semua. In Shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

2 comments:

Mek Rose said...

Salam..rindunya zaman berblog
Dh 2 tahun x update
Tq singgah blog kite
��

Hanis Azla said...

As-salam Mek Rose,

Betullah rindu zaman berblog. Ramai kawan-kawan yang dah tak aktif menulis. Blog akak pun jarang berupdate. Tapi nak terus tinggalkan blog rasa sayang.
TQ Mek Rose singgah sini.

Alhamdulillah.. 45 tahun..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. 27 Mac tiba lagi. Tarikh ulang tahun kelahiranku. Syukur masih  diizinkan ALLAH...