Wednesday, January 23, 2019

Birthday Gegirl..

Assalamualaikum..


Alhamdulilah.. hajat nak raikan birthday gegirl (anak arwah adik) dan buat majlis harijadinya kat rumah dah tercapai hari ahad lepas. Dua tahun lepas waktu pergi majlis harijadi anak saudara, gegirl bisik kat telinga. Mama, gegirl pun nak sambut harijadi macam tu juga. Sebenarnya dia seronok bila tengok orang dapat banyak hadiah waktu harijadi. Jadi dia pun nak macam tu juga. Biasalah.. budak-budak kan. Rasa kesian pulak. Tahun lepas waktu harijadi dia kami bawa keluar makan kat kedai aje. Dia okey aje. Tapi aku sendiri rasa tak sedap hati tapi nak buat majlis kat rumah tak berapa nak rajin hehe..


Untuk birthday dia yang ke-9 tahun ni dah cadang dah kalau ada rezeki nak buat jugak majlis harijadi gegirl. Waktu dapat kalender 2019 hujung tahun lepas dah bajet nak buat birthday gegirl. Tapi lepas tu lupa nak plan apa-apa sebab sibuk dengan macam-macam hal bercampur dengan tiada kerajinan juga haha.. Sampailah minggu lepas hari selasa kut baru  teringat balik. Terus tanya kat en.asben boleh tak nak buat majlis. En.asben kata dia okey aje. Check bajet pun cukup. Lepas tu kalut-kalut tanya kat emak dan adik aku dia free tak weekend. Tanya family en.asben juga sebab itulah crowd terpenting setiap majlis kami. Sebab hari isnin tu cuti thaipusam jadi aku ada extra hari untuk mengemas dan berehat selepas majlis. So tarikh weekend tu dah cun. 

Hari jumaat malam lepas isyak keluar ke eco. Cari hadiah untuk gegirl dan belon-belon. Saja pergi kat eco. Boleh beli banyak sikit hadiah untuk dia. Harga tak penting. Yang penting dapat buat orang happy dengan apa yang kita nak beri. Hari sabtu dah plan nak keluar pergi beli barang untuk masak. Tapi pagi tu ada insiden sedih sikit. Kereta kami yang diparking depan rumah kena langgar bumpernya dengan motor huhu.. Sedih sangat sebab agak teruk bumper belah kiri. Jadi pagi tu uruskan dulu hal kereta dengan orang yang langgar dan terus cari bengkel untuk kami hantar cat semula. 

Selepas zohor baru keluar dengan emak dan Han pergi beli barang dapur. Balik rumah emak terus prepare apa-apa yang boleh disediakan awal. Aku kemas-kemas barang sambil kerah semua anak-anak untuk tolong sama. Terpingga-pingga gegirl sebab semua orang sibuk-sibuk macam nak buat majlis tapi bila dia tanya kita orang semua buat tak tahu aje hehe.. Saja nak bagi surprise untuk dia. Malam tu kami buat karipap. Alhamdulillah.. gegirl pun dah pandai klim karipap. Maka dah bertambahlah ahli kalau nak buat karipap sendiri. Selalu tu main order aje sebab malas nak buat sendiri. Tapi kali ini saja nak buat sendiri. Baru puas makan dan betul-betul kena dengan selera.

Pagi ahad bangun macam biasa. Buat sarapan semua. Tak rushing pun nak masak sebab majlis buat lepas asar. Tiup-tiup belon, buat deko-deko birthday sikit. Sapu-sapu rumah. Tapi bila tak rushing tahu-tahu dah pukul 11. Tengok jam balik dah pukul 1. Lepas tu baru gelabah juga hahaha.. Alhamdulillah.. semua juadah settle sebelum tetamu sampai termasuklah dah siap kemas dapur dan atur hidangan kat meja luar. Syukur. Itu yang untungnya bila ramai kakitangan kat rumah. Bagi arahan dan boleh minta mereka belajar buat sekali  then boleh monitor sambil-sambil kita siapkan kerja.

Hari tu kami hidangkan nasi kerabu with ayamas roaster, ikan celup tepung, solok lada, telur masin dan keropok, spageti bolognaise dan cabonara, karipap dan kuih onde-onde, nugget dan potato wedges. Adik aku bawa kek birthday untuk gegirl dan pavlova, pajeri nenas dan sambal kentang tempe. Kakak ipar bawa fruit tart dan dominos pizza. Alhamdulillah.. rezeki untuk kami semua dan juga untuk tetamu yang datang.

Image may contain: 3 people, including Rita Zaid and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting
Tetamu pertama. 
Maksu, Paksu dan Luna yang tak nak dekat orang lain selain ami dan abi.

Image may contain: 9 people, including Hanis Azla Rafeah Salim and Nahlia Salleh, people smiling, people sitting
MIL, Ibu dan mak long (kakak ipar), Ana dan Ian (anak buah), Cik Nah (makcik),  Han dan birthday girl.

Image may contain: 5 people, including Ilman Bhrm, people smiling, people sitting, people eating and food
Aunty ema, Sarah dan abangnya (family ex arwah adik). TQ datang.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and people eating
Atuk Salleh (FIL).
Tengok orang makan pun dah rasa kenyang. Tambah dengan kalut dan penat. Takde selera nak makan. Malam tu lepas tetamu terakhir balik, pukul 10 malam baru menjamah nasi kerabu. Yummy.

Image may contain: 3 people, including Mohamed Salleh Lamry, indoor
Kalau beli beli belon kat kedai ECO, beli yang bercorak macam yang polka dot tu. Sebab yang tu tahan. Langsung tak pecah. Kalau yang plain tu, separuh pecah sebelum majlis hehe..

Image may contain: 4 people, including Rita Zaid and Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, food
Han, maksu, gegirl dan mama bam-bam.
TQ Maksu for the delicious cake and pavlova. Bakers from Putrajaya.
Arwah mummy dulu selalu sangat merai orang lain. Sekarang ni rezeki anak-anaknya selalu dirai orang. Kalau sedekah itu berpanjangan. Budi yang baik pun akan selalu orang kenang. Kalau tak dapat untuk diri sendiri, dapat untuk anak cucu pula. Allahu.. Tak pernah rugi bila kita selalu meraikan orang.

Image may contain: 2 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people sitting
Mama and gegirl.
Besarnya mama. Azam tahun ni nak kuruskan badan kembali ke berat 10 tahun lepas. Alhamdulillah.. dah mula makan nasi segengam. Cuba kurangkan makanan berminyak. Azam nak istiqamah puasa isnin dan khamis. Bukan saja nak kurus. Tapi yang paling penting nak sihat. Sedih tengok perbezaan gambar #10yearschallenge.

Image may contain: people eating, people sitting, table and food
The food. Alhamdulillah.. semua sedap dan cukup untuk tetamu. 

Image may contain: food
Lagi makanan yang dihidang.

Gambar tetamu yang lain ada dalam video. So tak dapat nak share. Thank you Mak Long ambilkan banyak gambar dan video. Phone mama time tu habis bateri. Terima kasih buat semua tetamu yang datang. Ayah dan emak, Maklong, Ibu abah dan keluarga, Ami dan Abi Luna, Pakcik Saat dan keluarga, Aunty Ema dan keluarga, Ar dan keluarga serta Cik Adam dan keluarga. Kami sekeluarga sangat berbesar hati.

Image may contain: 7 people, including Hanis Azla Rafeah Salim, people smiling, people standing
Malam selepas orang balik baru sempat nak ambil gambar family. Itupun tak cukup korum. Terima kasih emak masakan makanan yang sedap-sedap. Penat emak memasak. Tapi demi cucu emak gagahkan diri.

Image may contain: 1 person, smiling
Happy gegirl. Inilah yang dia nak sebenarnya. Dapat hadiah banyak.
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang memberi hadiah dan angpow untuk gegirl. Semoga bertambah murah rezeki kalian.

Image may contain: 1 person, sitting
Banyak dapat set kaler. Suka sangat dia.

Image may contain: 1 person, sitting
Rajin kakak Han melayan ambilkan gambar gegirl buka hadiah.
Itupun mama tak upload semua.
Kalau abang-abang tak rajin nak melayan semuanya hehe..

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor
Happy girl. Gegirl happy. Kami semua lebih happy.

Image may contain: 1 person, smiling
Mama bagi ni dan beberapa item lagi dari kedai ECO aje. 
Tapi itupun dia punya seronok buat kita rasa berbesar hati.
Buka sekolah hari tu mama dah bagi pencil case smiggle. Kali ni mama bagi yang mur-mur aje. Hehe..  Murah dapat banyak. Mahal dapat satu ajelah.

Image may contain: 1 person, standing
Cantik hadiah dari Cik Ar. Gegirl dengan baik hatinya agihkan coklat untuk setiap orang dalam rumah. Good girl! Doa mama semoga gegirl terus membesar dengan sihat, baik akhlak dan cemerlang dunia akhirat.. in shaa ALLAH.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Thank you Cik Ar. 
Meriah rumah dengan keletah anak-anak Cik Ar yang ramah.

Alhamdulillah.. Niat nak merai gegirl dan menjamu kaum keluarga makan dah tertunai. Terima kasih ALLAH. Malam tu lepas tetamu terakhir balik  dekat pukul 10 malam, kerahan tenaga semua orang. Bila sama-sama buat kerja, sekejap aje dah siap kemas semuanya. Sebelum tidur malam tu atas meja semua dah clear. Sinki dah bersih. Rumah pun siap sapu sebab nak jalan pun rasa melekit. Bangun pagi-pagi tinggal nak susun balik pinggan mangkuk kat tempat asal. Tapi sepanjang hari isnin tu memang lepak habis. Cover tidur dan betul-betul lepaskan rasa penat. Sebab baru terasa letihnya badan. Syukur.. segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.

No comments:

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...