Assalamualaikum..
Ada kawan kata, tengok aku macam orang yang tak ada masalah. Nampak selalu bahagia. Selalu happy. Selalu ceria. Selalu senyum. Selalu positif. Anak-anak pun semuanya nampak okey aje. Jarang nak dengar aku bercerita tentang hal dan karenah anak-anak. Kat FB pun tak pernah nampak aku update perkara yang tak best. Takde nak meroyan meluah perasaan dan marahkan orang. Macam perfect aje hidup aku. Itu pandangan kawan-kawanku. ALLAHU.. Alhamdulillah.. Semuanya berlaku dengan izin dari ALLAH. Seperti orang lain, hidup aku juga tak sempurna. Semua yang aku ada masih pinjaman dariNYA. Masalah tetap ada. Sesungguhnya ALLAH yang menutup segala kekurangan diri. ALLAH Maha Baik. Thank you ALLAH.
Bagusnya kawan-kawanku itu boleh berbaik sangka. Satu sifat yang harus dipuji. Mereka nampak kawan happy, mereka tumpang happy. Begitulah yang sepatutnya. Bukan bila nampak kawan happy, nampak hidup sempurna kita rasa iri hati dan rasa tak senang hati. Tak baiklah macam tu, kan? Kita tak tahu apa yang kawan kita perlu lalui untuk nampak bahagia, senyum sentiasa dan ceria selalu. Sebenarnya hidup aku sama seperti orang lain juga yang ada turun naiknya. Anak-anak ada masanya buat hal juga. Orang tak tahu kerana aku selalu memilih untuk tidak bercerita. Kurang gemar nak ceritakan masalah pada orang atau luahkan perasaan tak enak di media sosial. Kalau tiada hal yang mengembirakan hati untuk diupdate, aku lebih suka memilih untuk berdiam sahaja walaupun masih aktif di media sosial. Lebih seronok nak like dan komen cerita kawan-kawan. Itu cara aku menangani masalahku.
Bagiku, masalah takkan selesai kalau kita asyik bercerita tentangnya. Tak settle pun masalah walaupun kita ada geng yang backing kita. Bimbang masalah akan jadi lebih besar bila meluah pada orang yang tak sepatutnya. Tak perlu kita sendiri yang membuka pekung di dada di saat ALLAH sudah menutup aib kita. Tapi aku tak kata orang yang suka nak meluah masalah tu salah atau caranya tak betul. Ikutlah cara masing-masing. Mengikut mana yang baik. Semoga segala masalah kita dapat diselesaikan dengan baik dan segala urusan kita dipermudahkan oleh ALLAH. Paling utama kita semua dapat sama-sama berbahagia di dunia dan lebih berbahagia di akhirat.. in shaa ALLAH.

Sejak tahun lepas aku ada masalah yang menguji kesabaranku di setiap pagi. Jadi hilang mood disebabkan perkara itu tapi aku selalu pilih untuk tidak terlalu memikirkannya. Tapi masalah itu akan menggangguku semula keesokkan paginya. Jadi walaupun taknak fikir sangat ianya tetap menganggu fikiran huhu.. Masalah itu hanya masalah yang kecil. Tapi bila perlu dihadapi setiap hari rasa stress juga dibuatnya. Tambah lagi bila diri rasa kurang sabar. Tak sedar semua itu ujian untuk ALLAH menguji kesabaran diri. Astaghfirullahaladzim. Semoga aku dan kita semua direzekikan dengan kesabaran yang tinggi.. in shaa ALLAH.
Setiap pagi sejak lima tahun lepas aku menghantar Is dan Fareez ke sekolah. Bila hantar anak memang drop anak-anak betul-betul kat depan pagar sekolah. Sebelum tu kena u-turn dulu kat area depan sekolah. Semua kenderaan ibu bapa yang lain juga melakukan hal yang sama. Sejak dulu memang Is dah ingatkan aku pesanan dari Ayahanda (pengetua sekolah). Jangan berhentikan kereta dan turunkan pelajar di laluan sebelah. Maksudnya semua kereta perlu U-turn dahulu dan baru boleh berhenti dan turunkan anak betul-betul di depan pagar sekolah. Ianya untuk keselamatan pelajar dan juga agar tidak mengganggu trafik di kawasan depan sekolah.
Aku ambil maklum dan hormati pemberitahuan tersebut dengan sebaiknya. Walaupun lambat dan tiada lagi kenderaan lain, aku tetap melakukan hal tersebut tanpa kompromi. Sebab aku nak beri contoh yang baik pada anak-anak yang peraturan tetap perlu di hormati walau dalam keadaan apa sekali pun. Sehinggalah awal tahun lepas, peraturan tersebut bagaikan tidak lagi dipatuhi oleh sebilangan ibu bapa lain. Mungkin mereka tak tahu. Tapi perbuatan tersebut jelas menunjukkan yang mereka tak mahu ambil peduli dan pentingkan diri sendiri. Lebih-lebih lagi di waktu yang sudah benar-benar menghampiri waktu masuk sekolah. Mulalah ada ibu bapa yang tak bertanggungjawab memberhentikan kereta di laluan sebelah dan menurunkan anak-anak mereka di situ.
Aku mula jadi berangin bila perkara itu jadi semakin menjadi-jadi dan berulang-ulang setiap hari. Dah minta pengawal yang bertugas untuk tegur juga kerana keadaan itu membahayakan. Tapi nampaknya tiada perubahan yang berlaku. Aku nak beri contoh yang baik kepada anak-anak aku. Tapi orang lain pula beri contoh yang tak baik. Bagaikan tak salah untuk kita mengabaikan peraturan kalau dah terlambat. Macam tak salah untuk abaikan peraturan untuk kepentingan diri. Aduhaiii.. Geram aje rasa. Apa yang membuatkan hati jadi lebih panas ialah bila kita terpaksa memberikan laluan untuk mereka berhenti di tepi sebab kedudukan kereta mereka dah makan jalan. Kemudian nak kena beri laluan kepada anak-anak mereka yang nak melintas pula. Hal itu membuatkan trafik yang sebelum ini tak sesesak mana jadi lebih sesak.
Mereka dah selamat turunkan anak-anak mereka. Kita pula perlu berikan laluan untuk kenderaan mereka dan anak-anak mereka melintas. Akhirnya kita pula terpaksa turunkan anak-anak kita lebih lambat kerana mereka yang pentingkan diri dan mengabaikan peraturan. Berbulan-bulan masalah ini menganggu hidupku. Hahaha.. Macam entah apa-apa entah aje, kan? Memang muka ketat aje aku kalau perkara tu berlaku. Rasa macam nak menjeling aje pemandu kereta yang tak bertanggungjawab tu seorang demi seorang. Tapi biasalah. Mana ada orang yang tahu dia salah nak ambil peduli perasaan orang lain. Takde maknanya dia nak pandang kita. Kalau boleh dia nak kita ghaib. Lepas tu buat kita macam halimunan dan buat muka tak bersalah. Maka jelingan pun sekadar disambut angin lalu tak sampai ke pandangan sipelaku hahaha..
Dugaan itu dari ALLAH. Petunjuk juga datangnya dari ALLAH. Terima kasih ALLAH. Setelah hampir setahun makan hati dengan masalah tersebut, aku mula terfikir untuk mencari solusi. Solusi yang boleh membuatkan hatiku jadi tenang setiap pagi. Aku tahu, aku tak boleh lari dari masalah tersebut. Mahu tak mahu aku perlu untuk menghadapinya. Aku juga tak boleh nak ubah sikap orang lain. Maka aku yang perlu berubah. Aku perlu ubah cara pemikiranku agar aku tak terus stress. Langkah pertama aku ambil. Buka hati untuk terima semuanya. Sebab niat aku nak berikan contoh yang baik untuk anak-anak. Maka aku tak boleh harapkan orang lain yang berikan contoh tersebut kepada anak-anakku. Aku sendiri perlu terus berikan contoh yang baik untuk anak-anak aku.
Setiap pagi awal-awal lagi aku niatkan untuk berikan saja laluan kepada kenderaan lain tanpa marah-marah. Aku cuba untuk ikhlaskan diri untuk memberi laluan kepada kereta yang berhenti untuk turunkan anak di laluan sebelah tanpa sebarang rungutan. Penuh ikhlas juga aku beri laluan kepada anak-anak mereka melintas kerana seperti mana aku mahu anak-anak aku selamat, aku juga mahu anak-anak orang lain selamat. Jika ibu bapa mereka tak mahu memikirkannya biar aku yang memikirkan hal keselamatan anak-anak mereka bagi pihak mereka. Di jalanraya, bila ada yang memberikan laluan untukku, aku akan angkat tangan, ucap terima kasih dan memberikan senyuman. Tak kisahlah pemandu lain itu melihatnya atau tidak. Aku tetap mahu melakukannya sebagai tanda aku menghargai. Setidak-tidaknya aku masih boleh beri contoh yang baik kepada anak-anakku. Alhamdulillah.
Semalam ada rezeki aku menghadiri kuliah dhuha di surau taman. Penyampainya adalah Ustazah Oki Setiana Dewi. ALLAHU.. Menarik sangat penyampaiannya. Sangat indah program tersebut. Jika ada rezeki nanti aku kongsikan perkongsiaannya. Untuk entry ini aku cuma nak masukkan satu perkongsiannya daripada tafsir surah Al-Zalzalah iaitu setiap kebaikan itu walau sebesar zarah akan di balas. Setiap kesalahan walau sebesar zarah juga akan dibalas. Maka.. teruskan berbuat baik. In shaa ALLAH.. ada ganjaran pahala untuk kita. Tak perlu risau sangat siapa yang buat salah pada kita. ALLAH akan membalasnya. Itu janji ALLAH. Tak perlu kita serabut nak memikirkannya. Tenang-tenang saja, okey. Why bother?(Nasihat untuk diriku sendiri).
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua.

Kalau pergi ke rumah orang, dan dihidangkan makanan, jamah juga sedikit makanan yang sudah dihidang walaupun perut kita dah kenyang. Sejak kecil, kita diajar oleh emak ayah kita dengan contoh-contoh yang baik. Semoga kita juga dapat terus beri contoh yang baik untuk anak-anak.
Yang baik dari ALLAH. Yang buruk pastinya dari kekurangan diri kita sendiri.

No comments:
Post a Comment