Dua minggu lepas aku sempat menghadiri kuliah dhuha di surau taman perumahan. Beberapa hari sebelum tu dah nampak iklan. Penceramahnya Ustazah Oki Setiana Dewi dari Indonesia. Emak dan mertua pun ada ajak pergi. Kata kedua-dua emak aku, seronok dengar kuliah dari penceramah tersebut. Dengar macam tu aku pun jadi excited nak join sama. Excited nak dapat ilmu pun samalah juga. Seronok nak dapat peluang untuk berada di dalam taman-taman syurga.
Petang sebelumnya aku dengan en.asben google siapa penceramah tu. Waktu tu barulah kami tahu yang Ustazah Oki Setiana Dewi ni adalah seorang pelakon Indonesia yang popular. Pernah membintangi filem Ayat-Ayat Cinta yang kami sama-sama minati dulu. Tapi tak perasan pun hehe.. Dah alang-alang google kami dengar sekali perkongsian ilmu darinya di youtube. Seronok mendengar ceramah agama tentang isteri-isteri Rasulullah s.a.w. bersama-sama dengan en.asben. Semoga aku dan wanita-wanita lain juga direzekikan untuk menjadi isteri sebaik isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Aamiin.. In shaa ALLAH.
Ditakdirkan, ceramah pagi tu topiknya tentang isteri-isteri Rasulullah s.a.w. juga. Alhamdulillah.. semalamnya dapat dengar di youtube. Pada hari tersebut dapat dengar secara live. ALLAHU.. seronok sangat mendengar kisah-kisah yang menarik tu. Cara penyampaian Ustazah Oki juga sangat bagus dan menarik. Memang penuh surau pagi tu. Waktu kisah mengenai isteri-isteri Rasulullah aku tak mencatat apa-apa pun. Sebab macam seronok dapat dengar kisah yang sama untuk kali kedua. Jadi lebih senang untuk menghayatinya.
Turut diceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dan menantunya iaitu isteri Nabi Ismail a.s. Tentang kisah isteri Nabi Ismail ketika Nabi Ibrahim bertamu ke rumah mereka. Waktu itu Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri yang pertama sikapnya suka mengeluh tentang suami, tidak bertimbang rasa dan tidak bersyukur kepada takdir ALLAH s.w.t. Maka Nabi Ibrahim a.s meninggalkan pesanan meminta Nabi ismail untuk menukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk Nabi Ismail berpisah dengan isterinya). Isteri yang kedua hanya bercerita yang baik-baik tentang kehidupan bersama suami dan selalu bersyukur kepada ALLAH swt. Maka nabi Ibrahim meninggalkan pesanan meminta Nabi Ismail untuk mengekalkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isterinya).
ALLAHU.. cerita yang ringkas namun pun hikmah yang cukup besar. Dari cerita tersebut kita dapat iktibar tentang bagaimana sikap isteri yang terbaik buat suami. Semoga aku dan wanita-wanita lain juga direzekikan untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami. Ustazah Oki ada bertanya dalam gurauan selepas itu, hah.. kakak-kakak dan makcik-makcik ada yang mahu ditukar tiang rumahnya ke? Tersipu-sipu para hadirin dibuatnya he..he.. Pastinya tiada wanita pun yang mahu. Daripada ditukar tiang rumah, biarlah sikap yang tidak baik sahaja yang ditukar agar dapat terus menjadi isteri yang terbaik buat suami. Semoga rumahtangga yang dibina juga terus kekal bahagia hingga ke Jannah.. in shaa ALLAH.

Ada satu petang dalam minggu lepas, aku sedang memasak di dapur. Han di rumah tamu, melipat kain sambil menonton TV. Volume TV kat depan memang kuat. Bunyi mama menumis sambal kat dapur pun sama kuat. Tapi sambil masak tu macam terdengar-dengar bunyi kereta en.asben park kat depan rumah. Macam dapat dengar bunyi pintu kereta ditutup. Macam dapat dengar pintu pagar dibuka. Macam dapat dengar bunyi tapak kaki en.asben berjalan menuju ke pintu rumah. Dari gerak hati itu, aku terus berlalu ke depan. Elok sampai depan pintu dan buka pintu memang en.asben baru nak beri salam dan ketuk pintu. Tercenggang Han bila ayahnya masuk.
Macam mana mama kat dapur boleh dengar ayah balik? Han kat depan ni tak dengar bunyi apa-apa pun? Aku jawab, six sense. En.asben pulak menambah, itulah naluri cinta. Cia--cia--cia-- Hahaha.. Han membalasnya dengan cebikan. Kami ni sejenis emak ayah yang suka menyakat anak sendiri. Tapi bab hal yang sweet-sweet ni anak sendiri pun jarang boleh kompromi nak ikut rasa sweet hehe.. Tapi betullah, naluri isteri ni sangat-sangat kuat. ALLAHU.. Besarnya kuasa ALLAH. Subhanallah. Maaf ya. Selingan sikit hehe..

Ada sedikit perkongsian lain dari Ustazah Oki yang sempat aku catatkan. Semoga kita dapat sama-sama memperolehi manfaat dengan perkongsian kecil ini.. in shaa ALLAH.
# Jauhi prasangka kerana prasangka adalah dosa,
# Sibukkan diri dengan kebaikan agar tiada prasangka dan tidak berfikir yang bukan-bukan.
# Setiap kebaikan itu ada balasan.
# Setiap dosa itu ada balasan.
(Jadi tak perlu risau tentang orang yang berbuat salah pada kita. Tenang-tenang saja. Tiada satu kebaikan pun yang sia-sia. Semua kebaikan akan dibalas dengan sebaiknya. Tiada satu dosa pun yang akan terlepas. ALLAH ada untuk membalasnya. ALLAH Maha Adil untuk membalasnya. Teruskan saja berbuat kebaikan. Teruskan saja sikap suka memaafkan).
# Jangan suka mencari kesalahan.
# Jangan suka mengungkit.
# Setiap apa yang berlaku ada kesalahan kita di dalamnya. Jadi jangan mencari kesalahan orang. Perbetulkan kesalahan sendiri.
# Jangan cemburu kecuali dalam perkara agama.
Kami di majlis pertunangan sepupuku Fazuwan di PD minggu lepas.
Sebahagian dari rombongan kami menghantar utusan peminangan.
Tahniah buat Yan dan Fathia. We are happy for you Yan.
Semoga majlis pernikahan yang dirancang pada awal tahun hadapan akan dipermudahkan segalanya dan semoga mahligai perkahwinan yang akan dibina berkekalan till Jannah.. In shaa ALLAH.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.
No comments:
Post a Comment