Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Nak ke mana?

Minggu ni minggu peperiksaan untuk anak-anak. Harap-harap anak-anak dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Tapi biasalah, semuanya macam relaks aje. Asyik lagi main game. Bila suruh baca buku, pukul sepuluh dah tutup lampu. Tidur.. Minggu hadapan minggu cuti sekolah pula. Hujung minggu lepas Is bertanya padaku. Mama, cikgu kata minggu depan sekolah cuti seminggu. Cuti sekolah tu sempena apa? Ish.. ish dah 5 tahun sekolah pun dia masih tak maklum tentang cuti sekolah setiap hujung satu semester. Jadinya aku pun menerangkan mengenainya serba sedikit.

Oh, cuti sekolah. Habis tu kita nak pergi bercuti ke mana cuti ni? Spontan dia menyoal. Eh..eh... spontan juga aku dan En. Asben serentak membalasnya dengan nada yang sama. He..he.. Bagaikan pergi bercuti itu sesuatu yang wajib pula waktu cuti sekolah baginya. Aduhai.. Untuk cuti sekolah ni kami memang takde perancangan nak bercuti ke mana pun. Tapi bila anak dah menyebut tu mulalah kepala ni memikir-mikir nak pergi bercuti ke mana-mana. Paling tidak pun nak bawak anak-anak buat aktiviti yang menarik.

Tengoklah nanti. Ada rezeki kita pergilah jalan-jalan mana-mana. Tempat yang dekat-dekat ajelah. Kalau tak kita duduk rumah aje. Lagipun main basikal dan main kat taman permainan tepi rumah pun fun jugak kan? kan?? he..he.. (Ayat nak save budget lah tu ha..ha..) 

Lake Toba, Medan

Last year untuk cuti sekolah yang sama kami ke Medan. Kalau dapat ke situ lagi tentu best kan. Rasa tenang dan damai sangat tengok Lake Toba tu. Hmm... eh..eh.. anak ke mamanya yang nak sangat pergi bercuti ni??? he..he..

Friday, March 18, 2011

Versi Han pula..

Sebenarnya memang sejak kecil kalau ke mana-mana Han mesti tak tinggal buku nota dan pen dalam begnya. Dia memang suka mencatat. Tapi bila dah besar ni dah kurang dah catatannya. Itu yang buatkan aku minta anak-anak tulis cerita mengenai percutian kami ni. Jadinya dapatlah aku lihat percutian itu from their point of view. So inilah pula cerita Han tentang percutian kami.

Perjalanan ke MEDAN.

12 Mac2011, Sabtu

Kami bertolak dari rumah ke LCCT, Sepang. Sampai disana, kami berkumpul sambil menunggu yang lain. Setelah selesai urusan membeli tiket, kami pergi ke ruang menunggu. (Tiket dah lama belilah sayang..) Kami menaiki kapal terbang kira-kira pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Medan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami menaiki bas yang ditempah ke restoran ACC atau ayam pop. Selepas makan, kami bertolak ke Parapat yang terletak di Danau Toba. Danau Toba ialah tasik terbesar di dunia hasil letusan gunung berapi. Perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam. Akhirnya, kami tiba juga di 'Danau Toba International Cottage'. Kami makan di restoran hotel itu dan terus kembali ke bilik untuk berehat.

13 Mac 2011, Ahad

Selepas sarapan pagi, kami menaiki bot yang disediakan ke Pulau Samosir dan Tomok. Di Pulau Samosir, kami diberitahu bagaimana dan kepercayaan Orang Batak. Disana juga, kami diberitahu cara orang batak memancung kepala mereka yang bersalah. Di Tomok pula, kami ditunjukkan kubur-kubur raja di situ. Tetapi, sebelum masuk ke kawasan itu kami disuruh memakai 'ulos'. Selepas itu, kami menaiki bas dan bertolak ke Pasar Buah yang terletak di Berastagi. Disana, saya,adik dan beberapa orang saudara saya menaiki kuda mengelilingi pasar itu. Selepas membeli, kami pergi ke 'Danau Toba International Cottage' iaitu tempat penginapan kami yang berhadapan dengan gunung berapi. Disana, kawasannya sejuk seperti di Genting Highlands. Walaupun nama hotel tempat penginapan kami sama, tetapi tempatnya berlainan.

14 Mac 2011, Isnin

Kami bertolak dari hotel kami ke Pasar Ikan Lama yang terletak di bandar Medan. Pasar Ikan tidak menjual ikan tetapi hanya sejarah bahawa dahulu disitu tempat menjual ikan. Disitu, terdapat banyak barang-barang yang menarik dan murah. Selepas ke Pasar Ikan, kami ke Medan Mall yang terletak bersebelahan dengan Pasar Ikan. Kami pergi ke Garuda Plaza Hotel. Pada sebelah malamnya, kami pergi ke Pasaraya Yuki. Disana, kami menaiki ke tingkat atas untuk bermain. Banyak permainan yang kami naiki antaranya kereta langgar,permainan video dan banyak lagi.

15 Mac 2011, Selasa

Pada waktu pagi, saya,ibu,makcik dan nenek saya pergi ke Pasar Ikan sekali lagi untuk membeli barang lagi. Selepas pulang dari Pasar Ikan, kami menaiki beca sementara menunggn bas sampai untuk membawa kami ke lapangan terbang. Saya bersama adik saya berasa teruja kerana itulah kali pertama kami menaiki beca. Kami menaiki beca mengelilingi bandar Medan. Kami menaiki bas dan pergi ke lapangan terbang. Kami tiba di LCCT pada pukul 8.45 malam. Dan pada pukul 9.30 kami tiba di rumah. Saya berasa gembira dan berharap dapat pergi ke sana lagi.  

*Thanks Han, sebab tolong buatkan entry ni untuk mama. Luv u. 

Thursday, March 17, 2011

Meh datang tengok meh..

Salam untuk semua. Jom tengok gambar kat Medan. Sori gambar tak ikut susunan. Main upload ikut sempat aje ni.

 Hidangan untuk kami yang ramai itu..

 Is dalam beca di Kota Medan

 Ingatkan nak turun makan malam saja.. tapi terjebak pula merayap sampai ke Shopping Mall bersama yang lain. Nasiblah anak-anakku yang dah sarung baju tidur pun.. ha..ha.. Tak kuasa kami nak naik tukar baju. Redah aje dengan baju tu.  (Ini kat Fun Park Kat Pasaraya Yuki)

 Danau Toba International Cottage - Berastagi (Hotel kami mengadap ke Gunung Berapi yang baru saja meletus september yang lepas. Itu pun masih berasap-asap lagi. Gerun aje tengok. Kat sini sejuk macam kat Genting nun.)

 Sesi naik kuda di Pasar Buah, Berastagi. Kena naik 2 orang sebab semuanya takut nak naik sorang. (Han with her cousin)

 Cantik kan. Kalau hari-hari tengok kesegaran macam ni memang tenang sangat.

 Cantik juga ni. Rasanya snap dari dalam bas. Yang luas terbentang tu Lake Toba.

 My heroes yang sibuk nak beli shades itu untuk bergaya.. he..he..

 Di Pulau Tomok.. Kubur Raja Batak.. Lupa pulak namanya..

 Oh.. Okey ni ada namanya..

 Kusyuk tak kami dengar penerangan. Oh yer yang mat salleh tu bukan our family members yer.. Tapi dalam satu pakej tour yang sama dengan kami.

 Samosir Island.. Around 1 hour from Parapat.










Gambar-gambar keindahan Danau Toba yang membuatkan kami berhajat nak datang lagi ke sini kalau panjang umur murah rezeki.. InsyaAllah..

 Danau Toba International Cottage, Parapat. Hotel kami ni mengadap ke Danau Toba yang cantik itu. Memang rasa taknak balik dibuatnya.

 Beli tang-tang, ting-ting, tung-tung, teng-teng, ak-am (Ala jenis macam kacang bepang tu..) Memang puas makan sample kat sini.. Ha..ha..

 Yang ini Papan Ucapan kat Kota Medan. Cantik dari hiasan bunga yang diperbuat dari plastik. Kalau nak ucap tahniah untuk wedding ke, naik pangkat ke, ucap selamat ke  mereka akan tempah papan ni dan pamerkan kat tempat tu.

Ramaikan kami.. Sengaja letak dua kali sebab inilah klu untuk soalan GA tu nanti.. InsyaAllah.

PS : Jangan tanya mana gambar aku yer. Sebab en.asben tak beri greenlight lagi. Tapi sipi-sipi hujung tudung, hujung lengan, hujung kaki tu adalah.. he..he..

Wednesday, March 16, 2011

Pergi ke Medan - Versi Is & Az...

Malam tadi dalam cab on the way balik ke rumah aku minta anak-anak tulis cerita mengenai percutian kami. Balik kerja tadi cerita tersebut sudah tersedia di atas meja. Jadinya inilah cerita percutian kami versi anak-anakku. (Dah mamanya blogger jadi anak-anak pun dipaksa menulis juga he..he..)

Versi Is :
Pada hari sabtu 12/3/2011, saya dan keluarga pergi ke Medan Indonesia. Di sana saya menginap di hotel iaitu Danau Toba International Cottage. Kami menginap di sana hanya satu malam dan pada hari seterusnya saya pergi ke Samosir Island. Kami pergi membeli belah. Seterusnya saya ke Tomok. Di sana terdapat kubur raja dan askar. Saya, adik dan kakak menaiki kuda di pasar buah dan menginap di Hotel Danau Toba International Hotel cuma satu malam. Pada hari seterusnya saya menginap di Hotel Garuda Plaza. Pada malam itu saya ke Funfair (actually bukan funfair tapi fun park kat sebuah shopping complex). Pada hari selasa kami balik ke rumah. Kami rasa gembira dan jika ada rezeki lebih saya hendak pergi ke sana lagi.

Versi Az :
Pada hari sabtu saya pergi ke Medan dengan keluarga saya ke kedai songket. (kedai batiklah anakku) Pada hari ahad saya pergi ke Parapat dan naik bot ke Samosir dan Tomok. Pada hari isnin saya pergi ke Garuda. Pada malam saya pergi ke pusat beli belah. Lepas itu saya pergi ke tingkat atas sekali. Lepas itu saya bermain permainan video. Lepas itu saya naik roller coaster.

PS : Aku salin bulat-bulat ni. Kalau tak faham minta maaflah yer. Sebab inikan karangan budak sekolah rendah. InsyaAllah, nanti aku update versi Han yang lebih details sikit ceritanya.

Suka shopping tapi bukan kaki shopping..

Alhamdulillah, percutian sudah berakhir. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki boleh pergi lagi. Bila bercuti bersama keluarga ni, tak kiralah ke mana destinasi pun, hati ini memang rasa happy sangat. Bila lihat anak-anak bergembira lagilah kita rasa seronok. Seronok bila ada peluang untuk menikmati pengalaman baru dan keindahan alam di tempat orang bersama insan tersayang. Bila bercuti ni kalau agenda membeli belah takde sekali memang tak sah. Awal-awal lagi kepala ni memang ingat shopping saja. Selalunya aku ingat aku ni kaki shopping. Tapi bila pergi beramai-ramai barulah aku sedar yang aku ni tak masuk list lagi sebagai seorang yang kaki shopping. Setakat suka shopping saja titlenya.

Iyelah, manakan tidak, mak mertuaku borong telekung, aku cuma membeli beberapa pasang. Itupun ada termasuk kiriman orang dan buah tangan untuk keluarga. Kakak ipar borong kain pasang, aku cuma tolong tengok dan tolong pilihkan mana yang sesuai. Mak mertua dan makcik-makcik join the club pun aku tolong pilihkan juga. Bila fikir kain yang sedia ada pun masih tak bertempah, semangat nak membeli lagi pun rasa kurang. Makcik dan pakcik membeli berbagai-bagai kraftangan, aku pula sekadar membeli satu saja buat kenangan. Orang beli sampai penuh tangan, aku juga penuh tangan. Tapi selalunya yang penuh tangan itu kebanyakkannya buah tangan untuk emak, adik beradik, ipar duai dan anak-anak buah. Maklumlah, keluarga tak besar, jadinya mana boleh ada yang terlepas untuk menerima buah tangan. Sebabnya kalau mereka, pergi bercuti, kami anak-beranak pun pasti tidak akan terlepas untuk menerima buah tangan juga.

Konklusinya, di Medan aku cuma membeli sepasang telekung untuk Han, sepasang kasut untukku dan sepasang kasut untuk Han. Sepasang seluar dan shawl untukku. Sehelai baju kemeja batik untuk En.asben, Is dan Az. Sehelai t-shirt untuk En.asben dan Han. Sekotak kek ambon dan kek lapis. Beberapa jenis makanan dan satu hiasan rumah. Yang lain-lain semuanya buah tangan untuk keluarga dan saudara mara. Bukan kaki shopping kan kalau macam tu. he..he.. Oh yer, ada FM Medan juga untuk teman-teman blogger. Tapi tidaklah sebanyak mana. Nak jadikan hadiah GA bolehlah kot..

Tuesday, March 15, 2011

From Medan with luv..

Little update from Medan..

Alhamdulillah.. ke Lake Toba sudah, ke Pasar Ikan pun sudah. InsyaAllah, petang ni kami sekeluarga akan pulang. Okey have to go. Pak supirnya sudah sampai untuk membawa kami ke Pasar Ikan lagi.. he..he..

Sampai jumpa lagi... dahhhh

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...