Salam semua..
Hari ni nak share poster sempena 54 tahun Malaysia Merdeka yang di buat oleh Han dan kawan-kawannya di sekolah. Aku yang memang tak reti melukis ni memang kagum sangat tengok lukisan tu. Pada aku poster ni cantik. Orang-orangnya dilukis seperti watak anime. Bila aku menunjukkan rasa kagum tu Han kata Mama tahu tak ma, ramai sangat yang pandai lukis kartun anime macam ni di sekolah. Oh ye ker. Bagusnya kan. Han pun ada belajar melukis kartun anime macam ni. Tapi masih tak mahir lagi. Poster ni kawannya yang lukis. Han dan temannya yang seorang lagi cuma tolong warnakan saja. Dah terasa kemeriahan menyambut Merdeka sekarang ini kan..
Sama-samalah kita menghargai KEMERDEKAAN ini dengan bersatu padu.
