Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Cerita-cerita tulis periksa..

Assalamualaikum..

Hari ini bermulalah peperiksaan SPM untuk tahun 2012. Semoga anak-anak yang mendudukinya akan dapat membuat peperiksaan mereka dengan baik. Semoga keputusan cemerlang akan menjadi milik mereka hendaknya, insyaAllah. Anak buah aku  pun mengambil peperiksaan SPM tahun ini. All the best Ana. Habis exam nanti kita semua boleh pergi bercuti ke Kuching.. yeay. Waktu zaman aku dulu, kalau hari pertama peperiksaan tentunya kertas Bahasa Melayu. BM memang menjadi kegemaran aku. Sebabnya bukan apa, kertas BM aje yang aku selalu confident aku boleh score. Matapelajaran lain selain subjek agama islam memang aku tak berapa nak yakin dapat score. Selalunya memang tak score pun he..he.. (Aku pun macam IS juga sebenarnya, banyak main hu..hu..)

Aku suka sangat nak jawab soalan mencari yang tersurat dan tersirat. Nak buat karangan lagilah aku suka. Walaupun aku dah tak ingat apa tajuk karanganku waktu SRP dan SPM, tapi sampai sekarang aku masih ingat kesungguhan aku membuat karangan BM time peperiksaan-peperiksaan tu. Bila aku dapat A1 untuk BM waktu SRP aku macam excited terlebih. Seronok sebab aku dapat result yang baik hasil usaha yang bersungguh. Memang setiap kali peperiksaan aku akan membuat karangan dengan sepenuh hati. Sebab aku suka bermain dengan kata-kata. Suka nak buat ayat dalam bentuk cerita. Mungkin sebab aku tak berapa reti nak bercerita bila bercakap. Jadinya bila dapat bercerita melalui penulisan aku rasa puas dan aku akan membuatnya dengan penuh kesungguhan.

Ada kawan-kawan yang tanya dari mana dan bila aku minat dengan penulisan bila aku mula menulis blog dan novel. Sebab sebelum ni mereka tak tahu pun yang aku suka menulis. Iyalah juga, aku menulis dengan bersungguh cuma dalam karangan waktu peperiksaan. Jadinya memang takdelah kawan-kawan yang tahu dan sedar tentang tu he..he.. Sebenarnya sejak dari sekolah rendah aku minat menulis. Waktu darjah 6 aku menjadi johan syarahan agama. Ianya dari sebab minat menulis sebetulnya. Kalau nak ikutkan bakat bersyarah tu memang tak menyerlah sangat pun sebab aku memang ada parkinson sikit kalau nak berdiri depan orang ramai. Spesis darah gemuruh terlebih he..he.. Kalau nak suruh bercakap depan orang lagilah terserlah kegugupanku. Mengeletar, berdebar-debar, berpeluh-peluh semua cukup korum ha..ha..

Aku menang mungkin sebab karangan aku untuk isi syarahan itu lebih baik dari kawan-kawan lain. Sebab itulah aku boleh terpilih sebagai johan. Iyalah, baru darjah 6 kot. Takkan aku cuma nak tulis syarahan tu dan suruh orang lain syarahkan. Ingat diva karangan ke apa sampaikan ada orang yang sudi nak syarahkan isi syarahan yang aku tulis tu. Jadinya nak tak nak, terpaksalah aku yang bersyarah sendiri walaupun dalam keadaan mengigil-gigil seram sejuk sebab nervous  he..he.. Alhamdulillah, sekarang ni aku rasa bersyukur sebab aku dapat teruskan minat menulis tu. Ianya menjadi kepuasan buat diriku sebab aku dapat buat perkara yang aku suka sangat nak buat.

Han ada bercerita, kawan-kawan dia ada yang kata dia beruntung sebab ada mama yang boleh menulis. Jadinya bila tak faham nak buat penulisan boleh rujuk  pada aku. Sebenarnya tak juga. Aku mungkin ada sedikit bakat menulis. Tapi untuk mengajar penulisan tu tak berapa nak reti juga. Ejaan pun kadang tu tersilap juga. Jadinya kalau kat rumah kenalah anak-anak merujuk pada yang lebih pakar. En.asbenlah siapa lagi. Dia kan pelajar  terbaik Bahasa Melayu waktu SPM kat sekolahnya dulu. Aku ni tak. Masa sekolah rendah aje pernah dapat award pelajar terbaik mata pelajaran Alam dan Manusia. (Sekarang takde lagi kan. So adalah aku memori terindah dengan matapelajaran Alam dan Manusia tu he..he..) Masuk sekolah menengah memang tak merasa lagi pegang apa-apa title pelajar terbaik. (Dah banyak main, memang mampu berangan ajelah kalau nak dapat award kat sekolah kan ha..ha..) So u take overlah ya sayang he..he.. Biar I tulis blog aje. Rajin sikit boleh I tulis novel jugak.

Salam hormat untuk semua. Have a nice day.

Wednesday, March 23, 2011

Cover line punya cerita.. versi SPM..

Hari ini keputusan SPM keluar. Tahniah untuk semua pelajar yang berjaya. Yang tidak berjaya tu, boleh usaha lagi. Tak perlu nak gundah gulana sangat. Perkara dah lepas pun. Dunia belum berakhir andai tidak berjaya dalam SPM. Banyak lagi cara untuk mencipta kejayaan. Pokok pangkalnya kita mahu terus berusaha. Jangan pula terus diulit kecewa. Teringat lagi waktu zaman SPM ku dulu. Ada juga teman-teman yang terpaksa mengulang SPM sekali lagi menjadi lebih berjaya kini. Malah ada juga yang lebih berjaya dari mereka-mereka yang cemerlang dahulu.

Bercerita tentang SPM ni teringat  pula zaman-zaman aku di tingkatan 5. Zaman sekolah dulu aku ada 3 orang kawan baik. Waktu itu untuk peperiksaan SPM kami boleh memilih samada Subjek Pendidikan Islam atau Lukisan untuk SPM. (Sekarang ni macam tu lagi ke?? Aku tak pastilah). Waktu itu aku dan seorang lagi temanku memilih subjek Pendidikan Islam. Manakala 2 orang temanku lagi memilih subjek Lukisan. Untuk pelajar beragama islam walaupun tidak mengambil subjek Pendidikan Islam dalam SPM,  wajib juga untuk masuk ke kelas untuk subjek itu. Jadinya bila waktu Pendidikan Islam memang kami berempat akan masuk belajar bersama juga.

Pada pertengahan tahun kami di tingkatan 5, kedua-dua temanku yang mengambil subjek Lukisan itu berkerja part time  di Mc D pada waktu malam. Jadinya kadang kala bila di dalam kelas, mereka berdua akan mengantuk. Untuk subjek lain mereka memang tidak boleh tidur kerana subjek lain masuk periksa. Maka dalam subjek Pendidikan Islam saja peluang untuk mereka melelapkan mata. Makanya tiap kali mereka berdua mengantuk, kami yang berdua inilah yang terpaksa cover. Selalunya kami akan pilih dua meja di depan dan dua meja di belakang. Kedudukannya  pula mestilah di barisan tengah kelas sebab pelajar-pelajar yang di depan atau di belakang selalu lebih di beri perhatian. Puaslah kami berdua duduk tegak sambil memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran ustazah. (Kalau time tak cover kawan tak pula gitu.  Asyiklah sok sek sok sek aje dalam kelas he..he..).  

Manakan tidak, kami kena selalu peka dengan pergerakan ustazah agar kawan kami yang berdua di belakang tidak tertangkap.  Kalau ustazah bergerak, badan kami juga terpaksa bergerak agar melindungi teman yang di belakang. Ini juga memberi kami ruang untuk kami mengejutkan mereka pada waktu yang perlu. Berkat dari kesungguhan aku memberi "sepenuh tumpuan" pada ustazah itu dalam pengajarannya, aku dapat A1 untuk subjek Pendidikan Islam dalam SPM. Bukan setakat aku, ustazah pun tak sangka. Alhamdulillah. Terima kasih jugalah untuk teman-temanku yang berdua itu. Kalau tak disebabkan aku terpaksa cover mereka, tentunya aku tidak memberi tumpuan sebegitu di dalam kelas. Tanpa tumpuan memang susah juga aku nak score rasanya.

PS : Perbuatan ini bukan untuk di tiru yer..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...