Dalam bulan Februari tahun ni, kami dikejutkan dengan berita atuk saudaraku disahkan mengidap kanser hati stage 4. Bagaikan tak percaya kami melawatnya di SJMC selepas dia membuat pemeriksaan lanjut selepas membaca info tentang penyakit tersebut di akhbar. Ini kerana waktu itu, atuk saudaraku mempunyai simptom seperti yang tertulis di akhbar itu.
March lepas, kesihatannya masih baik. Masih bertenaga untuk menguruskan kerja kahwin anak bongsunya. Sebulan lepas waktu makcik aku menelefon untuk menjemput kenduri kahwin anaknya, atuk saudaraku dan keluarganya tiada di rumah kerana bercuti ke Port Dickson. Maknanya kesihatan atuk saudaraku masih elok lagi.
Ahad lepas kami ke rumahnya kerana mendapat berita kesihatannya semakin teruk. Kaum keluarga dan saudara mara sudah ramai yang turut menjengguk. Memang berbeza sekali keadaannya dengan kali terakhir kami jumpa. Petang semalam, atuk saudaraku pergi di jemput Ilahi di katil rumahnya. Al Fatihah untuk arwah.
*Minta maaf yer. Masih tak sempat nak balas kunjungan kawan-kawan. Dua tiga hari ni sibuk sangat rasanya. Kebetulan pula ada tugasan yang menuntut perhatian yang teliti dan mengambil masa. Terima kasih pada yang sudi bertandang. Insya Allah, nanti bila free saya balas balik yer.