Assalamualaikum...
Alhamdulillah, petang semalam dah selamat sampai ke rumah setelah 4 hari dihantar bertugas ke Sabah. Aku dan ketuaku ke pejabat cawangan Sabah di Kota Kinabalu pada hari jumaat lepas. Ada sedikit pesiapan yang perlu disiapkan di cawangan KK sebelum kami ke Kudat pada keesokkan harinya untuk program yang diadakan di sana. Sebelum pergi aku ada PM sahabat blogku yang cantik manis Lulu Caldina beritahu yang aku nak ke KK dan Kudat. Ingatkan macam Tawau dan KK atau Kudat tu dekat. Sekali Lulu kata 12 jam perjalanan darat kalau dari Tawau ke KK. (He..he.. punyalah tak peka tentang kedudukan daerah di Sabah). Nampaknya memang takde harapanlah untuk kami berjumpa hu..hu..
Apa yang bestnya di Kota Kinabalu? Hmm.. untuk aku yang kaki makan ni memang makanan lautnyalah yang paling best. Sampai sekarang teringat-ingatkan lobster, udang galah, udang biasa, kerang dalus, sotongnya dan makanan laut lain yang segar-segar tu. SUBHANALLAH, sedap dengan harga yang bagi aku murah dan berpatutan. Kami makan di gerai-gerai makan bersebelahan dengan pasar Philiphines. Katanya tempat makan itu hanya dibuka pada waktu malam. Sebelah siang tempat itu dijadikan tempat parking. Memang banyak gerai di situ. Ikan bilis, udang kering dan ikan keringnya pun buatkan aku geram juga. Adalah membeli sikit untuk keluarga dan kawan-kawan. Itu sajalah tentang KK yang boleh aku ceritakan. Sebab pergi sekejap atas urusan kerja. Jadinya cuma singgah mana yang sempat dalam waktu yang singkat ke tempat-tempat yang berdekatan dengan hotel penginapan saja sebelum berangkat ke Kudat dan kembali semula ke KL.
Apa yang bestnya di Kudat? Lulu kata Kudat terletak di tanduk Sabah kalau kita lihat di dalam peta. Lulu kata di sana ada satu tempat yang cantik namanya Simpang Mengayau. Kalau Lulu tak cerita memang aku tak tahu apa-apa tentang Kudat dan tempat tu. Ketika di Simpang Mengayau, Kudat barulah aku tahu tentang Tips of Borneo. Disitulah terletaknya tanduk Sabah seperti dalam peta. Di tips of Borneo itu juga tempat pertembungan dua lautan iaitu Laut Sulu dan Laut China selatan. Memang cantik tempatnya. Kami sempat singgah sekejap di sana sebab untuk ke bandar Kudat memang menempuh kawasan Simpang Mengayau terlebih dahulu. Malam itu kami bermalam di hotel sekitar Kota Marudu bila hotel di Kudat semuanya penuh sebab ada program besar di sana. (Satu jam juga perjalanan dari Kota Marudu ke Kudat). Jadinya malam itu selepas menyiapkan tugas di Kudat, sampai hotel semula di Kota Marudu sudah pukul 11 malam. Pagi tu pukul 5 dah bangun untuk solat dan bersiap. Pukul 6 pagi dah bertolak ke Kudat semula.
Alhamdulillah program di Kudat berjalan dengan lancar. Terima kasih pada team cawangan Sabah yang banyak membantu. Lewat petang kami terpaksa balik semula ke KK sebab hotel di Kudat masih penuh. Balik KK sempatlah lagi makan seafoodnya sekali lagi. Itulah cerita aku di Kota Kinabalu, Tips of Borneo dan Kudat. Saja kongsi-kongsi cerita selepas hampir seminggu tak sempat nak update apa-apa.
Salam hormat untuk semua. Have a nice day.