Monday, February 28, 2011

Bila diri tak bersalah..

Pagi tadi seperti biasa sampai ofis tepat pada masanya. Atau lebih tepat lagi tepat-tepat pada masanya. Fuh lega. Bulan ni punch card cantik. Walaupun banyak yang on the dot tapi selagi tak bertukar warna kira okeylah pada aku.

Kisah seminggu lepas...

Ada teman sepejabat yang tinggal di satu kawasan perumahan denganku. Kiranya waktu kami keluar rumah dan sampai ke ofis selalunya lebih kurang sama. Kalau cepat berlenggang kangkunglah kami berjalan masuk ofis. Kalau terlambat sama-samalah kami marathon ke mesin punch card. Minggu sudah ada satu hari tu kami sama-sama terlambat. Parking kereta betul-betul depan lobi sebelum berkejar untuk punch card. Selepas selamat urusan punch card, sambil tersenyum-senyum lega sambil urut-urut dada, kami pun mulalah buka cerita. Trafic light lambat bertukar warnalah, ada orang drive slow sangatlah, ada orang salah ambil lanelah, ada orang taknak bagi laluanlah dan macam-macam lagi kesalahan orang lain.

Elok saja habis semua kesalahan orang lain yang bersusun disenaraikan, kami sama-sama tergelak sendiri sambil mengaku itu semua hanyalah alasan. Punyalah banyak kesalahan orang lain yang kami nampak. Sedangkan kami berdua ni selalu keluar rumah asyiklah cukup-cukup masa. Tak pernahnya keluar awal. Tapi kisah yang itu langsung tak cerita. Itulah kita ni kan. Kesalahan orang selalu saja suka nak diperbesarkan. Tapi kesalahan sendiri yang menjadi penyumbang kepada masalah itu langsung tak mahu cerita. Aduhai.. Esok dah masuk bulan mac. Harap-harap adalah perubahan yang lebih baik nanti.

Friday, February 25, 2011

Bila ada yang menegur..

Perbualan aku dan en.asben seminggu yang lepas..

Me : Yang, ada anon leave comment kat blog I.
EA : Anon tu komen apa ma?
Me : Anon tu tu komen (seperti di bawah ini yang sudah di copy paste)

Asben? Rosak habis bahasa. BM pun tunggang-langgang, BI pula lemah. Can you spell it properly? It's husband and it's pronounced that way as well. Maaf, saya tak suka orang yang dengan sengaja merosakkan bahasa ni. By Anonymous on Pakwe cina... on 2/14/11

EA : Habis tu you sentap ke ma?
Me : Eh, takdelah.. Mana ada I sentap pun.

Seperti perbualan aku dengan en.asben, serius aku tak terasa langsung dengan komen itu. Aku akui kekurangan diri. Dia berhak menegur. Aku hormati tegurannya seperti mana aku hormati pandangan teman-teman yang lain. Walaupun blog ini milik aku, tetapi sebab aku sendiri tidak privatekannya maka aku sudah bersedia untuk orang yang mungkin tidak suka dengan cara penulisanku. Aku juga takkan katakan padanya kalau tak suka sudah. Kunjungannya ke blog ini dan kesudiannya membaca entryku sangat aku hargai. Seperti mana juga aku menghargai kunjungan dan kesudian teman-teman yang lain.

Aku cuma nak beritahu di sini yang aku menulis bukan kerna nama.. eh..eh.. silap he..he.. Aku tak punya banyak waktu untuk mengarang sesebuah entry itu. Jadinya bila idea untuk bercerita tu datang, aku lebih selesa menggunakan bahasa percakapanku. Sebab itulah berterabur bahasanya. Tunggang-langgang penggunaan ayatnya. Bercampur baur pula melayu englishnya. Ini kerana aku mahu sesuatu yang aku tulis itu genuine mengikut gaya penceritaanku. Aku memang mahu menyampaikannya dengan cara yang begitu. Tentang en.asben tu pula, aku gunakannya sebagai kata ganti diri untuk suamiku. Jadinya kalau aku tulis en.husband dengan ejaan yang betul di dalam entry bahasa melayuku ini, tentunya tidak kena juga kan. Jadinya terpaksalah aku kekalkan dengan ejaan yang sebegitu.

Aku minta maaf jika ada orang lain juga yang tidak menyenangi caraku. Aku bukannya dengan sengaja mahu merosakkan bahasa. Kalau ada peluang, insyaAllah, aku akan cuba memperbaikinya. Tapi buat masa sekarang aku lebih selesa dengan cara penulisanku yang sebegini. Mengikut caraku, memenuhi ruang waktuku juga menurut keserasian jiwaku.

Thursday, February 24, 2011

Blogger Sembunyi Identiti - Edisi Jawapan..

First of all nak ucapkan terima kasih buat Diana (Senyum-senyum..!) sebab buat entry pasal Blogger sembunyi identiti ni. Ada yang tak kenal dengan Diana ke? Kalau tak kenal bolehlah melawat ke blog Diana. Gerenti u all semua suka dengan blog Diana ni sebab cara penulisannya yang selalunya bersahaja. Tergelak-gelak baca alasan Diana tentang sebab Blogger sembunyi identiti ni. Ha..ha.. Dan saya antara yang terpilih menjadi contohnya.

Sebenarnya bukanlah nak sorok sangat identiti pun. Ada juga blogger lain yang kenal saya. Ada juga yang pernah jumpa. Contohnya macam Kak Liza (Adzriel AB) dan Aliza (InspirasiCintaku). Cumanya dalam blog ni saya tak boleh nak tunjuk gambar sebab en.asben tak izinkan. Iyelah, saya berblogging pun atas keizinan en.asben juga. En.asben dah beri keizinan untuk saya berkongsi cerita pun saya dah bersyukur. Jadinya bila en.asben dah kata tak boleh letak gambar dalam blog tu takkan saya nak pertikaikan juga kan. Dah tentu-tentu saya ni hak dia. Bila dia kata tak boleh tu maknanya tak bolehlah kan. Takkanlah saya nak engkar pula.

Jadinya itulah saja sebabnya. (Bukanlah sebab budget ayu sangat pun. Bukanlah juga sebab en.asben takut orang tackle wife dia he..he..) Nama pun bukan nama sebenar yer. Hanis Azla ni ialah nama gabungan insan-insan kesayangan saya. Tapi saya tak pernah sorok nama sebenar pada teman-teman yang minta alamat untuk hantar hadiah dan souvenir (ada tak macam motif nak minta orang bagi hadiah lagi. Takde kan. Takde kan. He..he.. sila cakap takde) InsyaAllah, kalau satu hari nanti en.asben beri keizinan, tentunya saya akan dedahkan identiti saya pada kawan-kawan semua. (Yang ni memang budget ramai orang tertunggu-tunggu.) He..he.. takdelah. Saya acah saja. Have a nice day untuk semua.

Cemerlang, Tenang dan Stress...

Perkongsian ilmu untuk dihayati bersama.

5 PERKARA UNTUK MENJADI MANUSIA YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT

1. Hati yang Tulus
2. Ibadah yang bagus
3. Hidup yang lurus
4. Ikhtiar yang serius
5. Taubat yang terus menerus

8 SEBAB KENAPA HATI TIDAK TENANG

1. Lemah dan malas
2. Lemah IQ dan EQ
3. Gelisah (Hutang,kesalahan tertentu,dosa)
4. Kuat Prasangka
5. Menghasut
6. Keinginan yang tidak munasabah
7. Merosakkan jasmani
8. Kita kian jauh dari Tuhan

20 CARA MENANGANI STRESS

1. Baca Al Quran (The Best Therapy In the World)
2. Berzikir
3. Mandi Air Suam
4. Cerita masalah kepada orang lain
5. Tengok ikan dalam aquarium
6. Urut
7. Menangis
8. Dengar Cerita
9. Menyanyi
10.Tengok Pemandangan
11.Dengar Muzik/ Deruan Ombak
12.Peluk bayi
13.Riadah
14.Bersikap Positif
15.Maafkan orang lain
16.Sedekah
17.Minta bantuan Pakar
18.Tukar Imej bagi meningkatkan harga Diri
19.Baiki Komunikasi
20.Doa

Sumber : Email kiriman sahabat. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.

Wednesday, February 23, 2011

Kisah mak mertua..

Pagi tadi semasa makan pagi adalah berbual-bual sikit dengan kawan. Entah macam mana boleh terbuka pula cerita pasal mak mertua. Kawanku bercerita yang emaknya masa mula-mula kahwin dulu neneknya memang tak suka pada emaknya. Kononya sebab emaknya moden sikit sedangkan ayahnya orang kampung. Puaslah nak ambil hati. Even sampai sekarang pun selepas berpuluh tahun kahwin masih dalam proses nak ambil hati lagi. Sampai cucu-cucunya pun terpaksa join sekali nak ambil hati si nenek.

Teringat juga cerita seorang teman yang tidak disukai mertua. Dia kata sedih sangat bila masa kahwin pun mak mertuanya tak datang. Masa kenduri belah sana pun kakak dan abang ipar yang sibuk-sibuk uruskan. Nak bersalam pun siap tarik-tarik tangan. Pandang muka usah katalah. Memang tak mahu pandang. Yang ini kes mak mertua tak suka sebab kononnya kawan aku tu kurang sikit jelitanya di mata mak mertuanya. Sedangkan anaknya belajar oversea. Ada kena mengena ke? Macam takde kan. Tapi itulah alasannya. Sekarang ni berkat kesabaran kawan aku tu mak mertuanya semakin menyenanginya. Alhamdulillah. Tengok daripada layanan mak mertuanya pada kawan aku ni sekarang memang macam tak percaya yang mak mertuanya pernah tidak menyukainya.

Macam-macam kisah tentang mak mertua ni kan. Banyak cerita yang kita dengar. Iyelah, kalau dah tak suka tu, macam-macamlah ceritanya. Yang wangi pun bau busuk. Yang cantik jadi buruk. Alhamdulillah aku tidak alami masalah itu. InsyaAllah aku akan menjga tingkah laku, sikap dan perangai agar terus dapat diterima. Dan pastinya aku cukup kagum dengan orang-orang yang berjaya menangani kemelut berhubung masalah dengan mak mertua ni. Semoga mereka yang ada masalah ini terus tabah menjalani kehidupan mereka. Semoga mereka boleh terus bersabar dalam usaha memenangi hati mak mertua. Nak anaknya kenalah berkorban sikit kan.

Tuesday, February 22, 2011

Pilihlah orang yang betul..

Baru-baru ini aku ada terasa hati dengan seseorang. Seperti biasa bila aku rasa tak best dengan orang lain aku tak akan luahkan kepada sesiapa kecuali en.asben. Kalau aku suka tentang seseorang aku memang boleh bercerita pada orang lain. Tapi kalau aku tak suka jarang benar ada orang lain yang tahu. Aku lebih suka begitu. Ini kerana aku tak mahu ada orang lain yang tahu cerita tak best itu dan rasa tak puas hati kepada orang itu hanya dengan mendengar cerita dari pihakku. Itu bukan cara aku.

Walaupun aku isterinya, bukan sentiasa en.asben akan menyebelahiku. Kalau memang dalam perkara itu aku sepatutnya mengalah, jadinya dia akan meminta aku beralah. Kalau dalam perkara itu aku memang betul, dia akan menyokongku dan meminta aku lupakan saja perkara-perkara yang aku rasa tak boleh nak terima. Dan bila dia rasa aku salah, dia juga tak akan kata aku betul. Dia akan beri pandangannya dari persepsi orang itu mengikut sesuatu keadaan. Dia akan minta aku fikirkan perkara itu secara rasional. Bukan semata menurut kata hati.

Selalunya aku memang rasa lega bila dan luahkan segalanya pada en.asben. Sebab dia akan terangkan pada aku mana yang aku terlepas pandang. Dan satu yang aku suka, bila segalanya sudah aku luahkan, perasaan marah, benci dan tidak puas hati akan terus hilang dari hatiku. Perasaan dendam juga tak sempat bertandang. Bagusnya begitu. Bila tiada benci, sakit hati dan dendam makanya hilanglah segala tekanan. Semua orang boleh jadi kawan.

Bila aku fikirkan semula, sebenarnya amat penting untuk kita memilih orang untuk meluahkan masalah kita. Kalau kita bercerita pada orang yang sentiasa akan menyokong kita sampai bila pun kita tak akan nampak kesalahan kita. Kalau kita bercerita pada orang yang selalu membelasah kita semula, kita akan rasa lebih ramai orang yang tak adil pada kita. Jadinya semakin ramai pula orang yang kita tak suka. Kawan berkurang. Musuh jadi bertambah.

Jadinya, kalau nak luahkan perasaan, pilihlah orang yang betul. Takut-takut masalah kecil akan jadi tambah besar dengan campur tangan orang lain. Kadang-kadang orang nak sedapkan hati kita. Bukan salah mereka kalau mereka mahu menyedapkan hati kita. Tapi salah kita sendiri kerana tak mencari orang yang tepat untuk menyelesaikan masalah kita.

Monday, February 21, 2011

Bercakap tentang usia...

Assalamualaikum dan salam petang untuk semua..

Alamak.. selama ni selalu ber akak-akak dengan ramai orang. Iyelah, ramai rakan-rakan blogger yang nampak muka muda. Jadinya daripada perasan muda lebih baiklah perasan tua sikit kan. Masuk semalam dah 4 orang teman blogger yang selama ini saya asyik ber akak-akak rupanya saya yang sepatutnya panggil mereka akak ataupun ada juga yang sebaya. Minta maaf yer.

Disebabkan selalu berinteraksi di ruangan komen dan di shoutbox bersama teman-teman blogger di alam maya ini, makanya saya rasa lebih elok saya beritahu umur saya. Dah tua juga sebenarnya. Tapi daripada tersilap guna panggilan lebih baiklah saya beritahu sajakan. Nak tunjuk muka kat blog macam tak sampai seru lagi. (Sila percaya yang saya ini pemalu.. he..he..)

Okeylah... Saya lahir pada tahun 1976. Tahun ini umur saya nak masuk 35 tahun. (Rasanya baru semalam berumur 15 tahun.. hu..hu..) Tentu ramai yang lebih muda kan. So, nak minta tolong dari teman-teman blogger mana yang sebaya atau yang sepatutnya saya panggil kakak tu maklumkan pada saya. Sebab dah rasa rapat, rasa segan pula kalau tak guna panggilan yang betul. Orang melayu inikan beradat. Jadinya, untuk lebih selesa dalam perbualan, rasanya biarlah saya gunakan panggilan yang tepat untuk sahabat semua. Nanti tolong maklumkan yer.

Terima kasih untuk semua.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...