Hari ni kami akan ke Vivaldi Ski Resort. Sebelum keluar tu tengok whether forecast macam mendung. Suhu pun macam lebih rendah. Tapi tak mahu nak terlalu mengharap. Naik bas dengar cerita dari Libby. Ada sesi mengenalkan diri juga oleh wakil keluarga masing-masing. Selepas tu semua orang diberi own sweet time hahaha.. Boleh tidurlah maknanya tu. Sekali dalam perjalanan tu terdengar Libby kembali bersuara. The snow is falling. You all are so lucky. Terus terbangun aku dibuatnya. ALLAHU.. Syukur.. Alhamdulillah. Besarnya kuasaMU Ya ALLAH. Sebelum pergi Seoul memang aku berdoa dalam sujud semoga ada rezeki kami dapat menikmati turunnya salji. Check wheather forecast macam takde peluang. Cuaca dua tiga hari di sini pun cerah. Esok lusa kami dah nak balik. Ingatkan tak dapat merasa. Alhamdulillah.. Hari ni ada rezeki kami merasa turunnya salji. Thank you ALLAH.
Turun aje bas kami semua menikmati salji yang turun dengan penuh rasa kesyukuran. Rasa nak menitik airmata. Mengenangnya kembali pun hati rasa sebak. ALLAHU.. ALLAH Maha Baik. Pertama kali untuk kami sekeluarga merasainya. Seronok sangat dapat menikmati salji yang turun. Syukur. Alhamdulillah.. Dan nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan? Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Selepas diberikan pek lunch untuk setiap keluarga kami dibawa berkumpul di bawah bangunan oleh Naza sementara Libby menguruskan tiket.
Han dan salji. Rintik saljinya halus. Dalam gambar tak nampak.
Mama, Is, Fareez, Han dan Az.
Sementara menunggu tu kami bergambar kenangan dulu.
Ayah dan anak-anak pulak.
Vivaldi plaza. Jalan terus dah nampak orang main ski kat belakang tu.
Naik tangga tu untuk menaiki cable car. Kat atas tu ada 2 cable car.
1 ke tempat ski. 1 lagi untuk ke Snowyland. Kami naik ke tempat ski. Yang lain semuanya ke Snowyland. Anak-anak dah besar. Tak minat nak main kat Snowyland tu. Last year masa kat Jepun pun main slide 2,3 kali aje. Lepas tu dah taknak main. So tahun ni bila tanya nak main tak? Semua cakap taknak.
Jadi tak perlulah kami ke Snowyland.
Kami dalam cable car di Vivaldi Ski Resort.
Sampai kat atas kami blur kejap. Ada masa 4-5 jam. Kami nak buat apa kat atas ni lama-lama hahaha... Okey takpe. Kita rileks-rileks kat atas ni dulu. Layan pemandangan. Lepas tu kita lepak tengok orang main ski pulak.Best tengok orang main ski. Leka kami memerhati dia orang dari turun ski lift sampailah meluncur semula turun dari bukit tinggi. Eh.. Seronoklah..
Kita ambil gambar dululah.
Bawa anak-anak ke ski resort memang menjadi doa dan impian aku.
Alhamdulillah.. ALLAH izinkan impian aku tercapai. Syukur Ya ALLAH.
Tiada apa yang berlaku tanpa izin dariMU.
ALLAHU.. Kerdil rasa diri. Besar sungguh kuasa doa. Kuasa meminta hanya kepada ALLAH Yang Maha Besar. Hambamu bersyukur Ya ALLAH.
Tahun lepas dapat bawa anak-anak ke Gala Yuzawa, Japan.
Tahun ni Ke Vivaldi, Korea. Dapat merasa salji turun juga. ALLAHU..
Alhamdulillah.. Thank you ALLAH.
Bestnya kalau dapat tengok dari pelantar kat belakang tu kan.
Hehe.. Cita-cita seorang yang gayat.
Puas tengok orang main ski serta menikmati salji yang turun dan dah kesejukan semuanya, kami masuk ke dalam bangunan untuk memanaskan badan. Kat dalam bangunan tu ada cafe. Bekalan lunch memang kami dah ada. Nak menumpang makan saja-saja kat cafe tu rasa tak best pulak. So kami orderlah air. Bolehlah makan dengan tenang tanpa rasa segan dan seperti menumpang.
Alhamdulillah.. Sedapnya dapat minum minuman panas saat kesejukan.
Airnya pun pekat dan sedap. Manis pun ngam-ngam. Kami order 1 green tea,
1 vanila latte dan 4 hot chocolate. Total dalam RM140 macam tu. Memang harga lunch betul kan hehe..
Our lunch pack from Arba Travel. Alhamdulillah.. sedap.
Menikmati lunch kami dengan penuh selera.
Alhamdulillah.. Ada selera makan pun rezeki juga kan. Syukur.
Hampir sejam kami duduk di cafe ni.
Selepas makan kami lepak kat luar ni semula. Menikmati salji yang turun.
Buat video call dengan emak dan adik aku. Teruja sangat nak share snow falling moment tu. First timelah katakan. Sejujurnya aku memang sangat excited. Syukur Ya ALLAH.
Layan tengok orang main ski dari atas ni.
Then rasa ruginya tak main salji kat bawah tu. So ajak semua orang turun main salji.
Seronok anak-anak main baling-baling salji.
Yang bestnya orang yang main ski tak kisah pun dengan kami yang main-main kat situ. So anak-anak boleh main salji dengan senang hati.
Fareez tanya, mama boleh tak saya nak baring atas salji?
Silakanlah anak.
Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak dapat main salji sambil menikmati turunnya salji hari tu. Syukur Ya ALLAH.
Salji yang turun sangat halus.
So anak-anak baling salji untuk nampakkan salji dalam gambar hahaha..
Macam-macam style anak-anak nak bergambar.
Alhamdulillah.. bila anak-anak seronok mama rasa lebih seronok.
Tangga berbumbung hijau belah kanan tu untuk naik ke tempat cable car.
Hujung belah kiri tu dah curam untuk peluncur ski turun ke bawah.
Baling salji depan kamera phone dapatlah hasil gambar begini.
Alhamdulillah.. Mama yang seronok dapat menikmati salji. TQ ALLAH.
Sambil tengok anak-anak, tengok orang main ski kita tengok cable car yang lalu juga.
Nikmatilah masa kita di sini anak-anak.
Aku tanya, next nak pergi tempat salji lagi tak? Semua jawab cukuplah. Sebab tak tahan sejuk. Tapi kalau ada rezeki nanti-nanti kami tidak menolaknya. Semoga ALLAH permudahkan segalanya buat kami sekeluarga.
Kenangan ayah mama dan keindahan musim salji.
Nak bercuti lagi in winter? Masa kat sana memang mama kata NO.
Tapi dah balik Malaysia ni rasa teringin nak merasai pengalaman itu semula. Takpelah.. Biar takdir yang menentukan segalanya. Kita tengoklah apa rezeki yang menanti selepas ini. Semoga terus direzekikan dengan umur yang berkat serta kesihatan yang baik. Juga rezeki yang berkat dan melimpah ruah.. Aamiin.
Fareez
Semoga keputusan SPMnya cemerlang dan dapat menyambung pelajaran dalam bidang yang baik dan di tempat yang terbaik. Berdebar mama nak tunggu keputusan keluar. Macam mama pulak yang ambil SPM.
Ayah dan Az. My Az and La.
Az ni paling sempoi. Dalam flight balik mama tanya next nak ke mana? Dia jawab taknak ke mana-mana. Duduk rumah aje. Sejenis yang mencintai rumah. Rumahku syurgaku ya nak.
LUNA
Mula-mula dah lorek salji guna ranting tapi tak jelas tulisannya. So ayah cadangkan kami kami guna daun pulak. Hasilnya nampak cantik. Tapi sementara nak ambil gambar puas juga nak kejar daun yang ditiup angin hahaha.. So dapat tulis nama Luna aje. Nama family yang lain walaupun sentiasa di hati tapi kami dah penat nak susun daun tulis nama hehe..
Alhamdulillah..Tiga lelaki yang ALLAH pinjamkan untuk mama.. TQ ALLAH.
Buaian ni kosong. Jadi tempat kami melepaklah.
Alhamdulillah.. Dapat habiskan masa di sini menikmati salji yang turun.
Daripada tempat duduk ni basah ditimpa salji.. lebih baiklah kami duduk di sini.
Cari apa tu ma?? Haha.. Suka sangat handbag ni. Sebab dia muat-muat untuk isi passport kami berenam, isi handphone, lipstik, compact powder, spec, dan towel.
Kakak dan Fareez dengan snowman mereka.
Yang paling banyak main dengan salji dua orang nilah.
I wanna build a snowman..
Nak buat kecik ni pun kebas tangan tau. Merata Fareez bawak snowman dia tu hehe.. Bangga dapat juga buat. Alhamdulillah.. Mama happy for you.
Semoga arwah mummy dan arwah daddy sentiasa happy di sana keranamu.
Alhamdulillah.. Kenangan manis kami sekeluarga di Vivaldi Ski Resort.
Tak sedar sejam lebih juga kami menikmati salji di kawasan ini.
Thank you ALLAH.
Bila nampak ramai dari grup kami yang dari Snowyland dah berada di sini barulah perasan yang lama betul kami lepak kat luar ni. Alhamdulillah.. dalam pada blur tak tahu nak buat apa kat sini pada mulanya, kami direzekikan dapat menikmati salji dengan penuh keseronokan. Syukur sangat.
Az and Mama. Baru perasan mata dan hidung dia sama macam mama.
Waktu kami nak naik cable car untuk turun ke bawah terasa suhu makin sejuk. Salji yang turun pun dah terasa lebih kasar.
Seronoknya tengok salji yang memutih dan orang ramai-ramai main ski.
Masya ALLAH.. Indahnya dapat menikmati pemandangan sebegini.
Queue panjang untuk menaiki ski lift.
Ralit kami menikmati pemandangan ini.
Bye Vivaldi Ski Park. Alhamdulillah.. We had a great time.
Turun ke bawah kami solat dulu. Kemudian lepak kat bawah bangunan sambil jalan-jalan kat supermarket cuci-cuci mata. Anak-anak main game juga kat situ sebelum kami bergerak berkumpul di tempat yang telah dijanjikan. Waktu tu salji dah berhenti turun. Alhamdulillah.. dah puas dapat main dengan salji sebelum tu. Tapi tetap rasa sedih juga tak dapat menikmati salji lagi. Semoga ada peluang lagi di lain kali.. in shaa ALLAH. Perjalanan balik jalanraya agak sesak juga. Seperti biasa kami ambil peluang melelapkan mata. Sampai Seoul dah gelap dah. Baru pukul 6 lebihlah tapi hehehe.. Kami terus dibawa makan di kedai makanan korea yang banyak lauk. Seperti makanan diraja korea katanya. Sejuk semakin mencengkam tulang. Nak berjalan ke kedai pun rasa mengigil-gigil dah. Orang lain selalunya masuk restoran aje buka jaket. Tapi aku memang pecah rekod. Winter jacket hanya buka waktu kat hotel aje huhu.. Punyalah tak tahan sejuk.

Alhamdulillah.. inilah makanan kami pada malam tu. Banyakkan lauknya. Ini untuk 4 orang makan. Aku cuma makan ikan dengan japchae (glass noodle) tu aje. Lauk yang lain tak pandai nak makan hehe.. Ikan tu sedap. Best meratah.
Selepas makan kami dibawa pulang ke hotel. Masa ni badan dah start naik rashes gatal-gatal kat kaki dan tangan huhu.. sangat tak selesa. Mungkin kulit dah kering sangat dan tak tahan dengan cuaca sejuk plus pakai baju dan seluar pun berlapis-lapis waktu tu. Lepas mandi, sapu krim, sapu losyen dan veselin rasa kuranglah sikit gatalnya. Seminggu lepas balik Malaysia gatal-gatal tak hilang lagi. Alhamdulillah.. sekarang dah okey. Syukur.. gatal-gatal tu baik sendiri. Tak pakai ubat apa-apa pun. Kalau gatal garu aje hehe.. tapi adalah parut sikit but now hilanglah dah parut tu. Alhamdulillah..
Hari ni kami keluar agak lambat sebab nak berjalan dekat-dekat aje. Pukul 8.30 ke 8.45 pagi baru keluar dari hotel naik bas. Jadinya lepas solat subuh kemas-kemaslah barang sikit-sikit. Esok dah nak balik. Turun sarapan lepas tu naik bilik balik. Seperti biasa sebelum keluar semua berkumpul di lobi dulu.

Our hotel Travelodge, Myeongdong, Euljiro
Mama dengan baju 4 lapis. Seluar 3 lapis. Kat Korea asyik makan aje. Sebab sejuk jadi perut asyik lapar. Walaupun waktu makan selalu makan tak habis dan pass pada anak-anak tapi jajan-jajan yang dibawa memang mama yang makan paling banyak rasanya. Syukur balik Malaysia berat masih maintain. Risau jugak sebab azam tahun 2019 target sampai hujung tahun nak berat 60kg. Kalau berat naik tak tercapailah azam aku huhu.. Alhamdulillah.. Berat turun 10kg di tahun 2019. Jan 2019 : 71.40 kg. Jun - 31 Dec 2019 : 60 kg. Simpan sini sebagai kenangan sebab perjalanan nak turunkan berat tu bukan sesuatu yang mudah. Semoga aku istiqamah menjaga kesihatan dan pemakanan. Semoga terus istiqamah puasa sunat isnin dan khamis kerana ALLAH. Semoga ALLAH bantu.. Aamiin. In shaa ALLAH.
Tempat pertama kami dibawa pagi tu ialah Gwangjang Market. Tak lama pun kami kat situ. Dalam 45 minit aje. Eloklah tak lama pun sebab tak tahan menahan rasa sejuk huhu. Kat situ kami membeli seaweed dan kacang gajus perisa honey dan perisa strawberry halal. Bila ada cop halal rasa yakin nak membeli. Nak bagi kat orang pun orang confident nak makan. Kat sini juga Mama dan Han beli kain cotton korea. Harga untuk 4 meter 10K won. Dalam RM 36. Rambang mata memilih kain. Semua corak nampak cantik. Balik sini nampak corak tu biasa-biasa aje pun hahaha.. Kami beli 5 pasang. Sepasang untuk MIL. En.asben pilih coraknya. Entah bilalah mama dan Han nak menempah kain-kain cotton tu nak buat baju. Kat situ mama beli strawberry lagi. Sebab geram gemuk sangat strawberrynya. Harga pun murah sikit dari kat Myeongdong. 8K won aje. Kita makan ramai-ramai dengan ahli grup.
Selepas itu kami di bawa ke Namdaemun Market. Kat sini lagilah tak tahan sejuk. Tapi sebab tak shopping apa pun lagi, kat sini banyak sikitlah kami membeli. Anak-anak bujang beli sweather. Belikan sweather untuk Hafiy, Gegirl dan Luna juga. Han beli mask muka 60 keping. Ayah belikan baju tshirt untuk atuk. Mama beli beg, beli losyen aloevera, beli nail clipper untuk souvenir. Az beli beg sekolah. Itu ajelah yang kami beli. Sejuk sangat. Mood nak membeli pun tak terasa sangat.
Selepas tu kami terus tunggu di tempat menunggu. Sementara tunggu yang lain sampai dan masa pun ada lagi jadi ayah, mama dan Hanum melintas jalan untuk ke Namdaemun Gate. Anak bujang dah kesejukan. Takde mood nak jalan.
Mama dan ayah di hadapan Namdaemun Gate.
Besar juga kawasan gate ni. Kami kesuntukan masa. Tak sempat nak berjalan sampai ke pintu gate tu.
Ayah dan Han.
Ada pengawal kat depan pintu gate ni.
Baru nak pergi ambil gambar pengawal kat depan pintu gate, pengawal-pengawal ni dah bergerak keluar. Tukar shift agaknya. Ingat nak suruh en.asben berjalan ikut belakang pengawal ni aku nak ambil gambar. En.asben cakap taknaklah. Dahlah pengawal tu pegang pedang, pegang senapang hahaha.. Fikir balik seram jugak. Sukahati aje nak jadikan pengawal tu prop untuk bergambar.
Sekejap di Namdaemun gate kami kembali ke tempat menunggu bas. Lega dapat naik bas. Anak-anak bujang yang menunggu dah keras kesejukan. Lepas ni kalau mama ajak pergi bercuti musim winter memang sah-sah takde siapa yang nak ikut hehe.. Ceh..ceh.. macam yang nak mengajak tu tahan sejuk benar, kan? Hari last tu rasanya seharian aku berzikir pada en.asben nak ajak balik Malaysia hahaha.. Memang tak tahan sangat sejuknya. Libby, our tour guide from Korea tu pun kata dia tak tahan dengan suhu sejuk tu. Inikan pulak kita yang memang tak biasa dengan suhu sejuk macam tu. Memang fikir nak balik Malaysia aje dah. ALLAHU.. bersyukur sangat dapat tinggal di Malaysia.
Naik bas, kami dibawa ke tempat lunch. Sekali lagi kami dibawa makan di Restoran Kampungku, Myeongdong. Menunya nasi ayam, ayah stim, ayam goreng, popia dan fruit cocktail. Makanannya sedap. Alhamdulillah.. kenyang. Selepas makan kami solat di tingkat atas kedai. Han yang ABC pergi berjalan ke Myeongdong sendiri. Selesai solat kami masuk ke Mini Mart halal Kampungku. Sebelah restoran tu aje. Kami nak mencari kimchi. Tapi takde stok pulak. Jadi kami beli banana uyu dan keledek uyu saja untuk stok bawak balik Malaysia. Dalam kedai aku jumpa YB Menteri Kementerian tempat kerja aku. So tegurlah kejap. Sebelum gerak ke tempat menunggu bas anak-anak beli air gong cha halal kat depan Restoran Kampungku tu. Sedap!
Restoran Kampungku.
Perut dah kenyang, kami dibawa ke Gwanghamun Square dan ke Sejeong Museum pula. Rasa sejuk semakin menjadi-jadi.
Kami di Gwanghamun Square.

Ini barulah Sinar Mentari oh Korea.. Siapa yang tahu lagu tu kita sezamanlah!
Sampai silau-silau mata.. Nampak macam panas kan. Tapi sejuk sebenarnya.
Allahu.. Indahnya langit biru yang cerah tu.
Alhamdulillah.. Dapat bergambar satu keluarga di sini. Thanks Naza.
Sebab semua keluarga nak ambil gambar di sini jadi kalut-kalut kita nak ambil kedudukan. Taknak orang menunggu. Yang mama terfikir nak susun, sana team seluar biru. Sini team seluar hitam aje hahaha.. Tak kisahlah ayah duduk kat tengah, mama duduk kat tepi. Yang penting gambar cantik.
Sekejap aje pun kami kat situ. Settle ambil gambar untuk semua keluarga kami di bawa ke Sejeong Museum pula. Museum ni letaknya di bawah Gwanghamun Square tu aje. Alhamdulillah.. Lega dapat masuk dalam bangunan. Kat museum tu kami diberi peluang untuk menulis nama sendiri dalam tulisan hangul.
Wow.. Serius nampaknya puan ni nak menulis nama hahaha..
Sebelum menulis nama, our tour guide Libby dah tuliskan nama kita kat kertas kecil. Jadi kita just ikut balik aje tulisan tu guna berus dan dakwat.
My Han and my Is. Itulah HanIs.
Az and Fareez.
Han dengan Fareez memang minat KPop dan KDrama. Jadi pandailah dia orang baca dan tulis hangul sikit-sikit. Konsert Kpop pun rajin juga dia orang pergi tengok kalau ada yang datang Malaysia. Tapi sekarang ayah dah tak kasi dah. Tiket mahal nau hahaha..
Azure, Ameer, Adira, Iskandar..
Eh.. Mama boleh baca hangul hahaha..
Nama ayah dan mama.
Orang lain semua tulis nama besar-besar. Mama seorang tulis nama kecil. So tulislah nama 2 kali. Takdelah kertas tu nampak kosong hahaha.. Ikut sukahati sendiri aje masing-masing.
My beautiful lovely family.
Tajuk citer korea kan selalu macam tu. Kita tirulah.. hehe..
My love, My life. Mama love you all fillah.
Photo made from sticky notes. Kalau tengok tak dapat pun lukisan tu. Tapi bila fokus guna kamera baru nampak gambar general tu.
Selesai di Sejeong Museum kami di bawa ke Gyeongbokgung Palace. Kat sini kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang nak pakai hanbok. satu kumpulan yang nak melawat muzium aje. Aku dengan en.asben memang dah awal-awal dari Malaysia lagi dah cadang taknak pakai hanbok hahaha.. Entah.. tak rasa nak pakai. Tanya anak-anak bujang semua taknak. Han seorang aje yang nak pakai. Jadi kami berpecah. Kami ikut Libby. Han dengan family lain yang nak pakai hanbok ikut Naza. Sekali yang ikut Libby hanya family kami aje excluded Han. Terus anak-anak bujang kata, cuma kita lagi ke? hahaha..
Iyalah.. macam cuma kita orang aje yang asyik tak join. Waktu kat Snowyland Vivaldi, kami tak join. Pakai hanbok pun kami juga yang tak join. Dah tu, bila mama tanya semua taknak. Bila kita aje yang tak join pandai pulak dia orang berbunyi. Mama ayah memang taknak buat aktiviti yang kami tak mahu. Dah anak-anak pun taknak join siapa suruh hahaha.. Puas mama tanya, semua cakap taknak. Dah besar-besar ni malaslah nak paksa. Tapi kan, untungnya kami yang tak join pakai hanbok, kami dapat tour Gyeongbokgung Palace exclusive from Libby. Hahaha.. dah cuma kami aje yang ada, rasa macam exclusivelah penerangan Libby sepanjang tour dalam kawasan istana tu untuk family kami aje. TQSM Libby. TQSM juga untuk Naza yang bersama-sama Han dan family lain untuk pakai hanbok.

Sementara Libby pergi beli tiket, kami bergambar dulu kat luar palace ni.
Kalau pakai hanbok masuk istana ni percuma.
Mama and the boys.
Nampak macam tak sejuk sangat kan. Macam rileks aje semua.
Kenyataannya suhu sangatlah sejuk. Aku dah macam serba serbi tak kena nak menahan sejuk. Neck warmer aku pakai sampai dua. Yang satu tu cover sampai muka. Heat pack sentiasa digengaman. Pun sejukkkkk juga.
Anak-anak bujang mama ayah. Semoga kalian membesar dengan sihat dan cemerlang dunia akhirat. Jaga solat, jaga iman, jaga akhlak. Al-quran jangan tinggal. Mama takde harta yang dapat ditinggalkan. Hanya doa dan pesanan yang mampu mama bekalkan untuk kalian.
Alhamdulillah.. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Dapat lihat dan belajar tentang budaya orang lain juga rezeki.
Nice spot for photo kata Libby. So here we are. Thanks Libby.
Cantikkan ukikran kat bumbung tu. Itu yang Libby minta kami beratur macam tu untuk ambil gambar. Nak nampakkan bumbung yang cantik tu.
Mama suka gambar ni. So letak dua kalilah. Why suka?
Sebab manis wajah anak bongsu mama tu senyum. I love it so much.
Beza dengan gambar ni yang cuma mata dia aje yang nampak hahaha..
Cantik sangat persekitaran istana ni.
Kenangan kami di Gyeongbokgung Palace.
Hajat di hati nak meninjau seluruh kawasan istana yang cantik ni.
Tapi apakan daya. Tak tahan sejuk sangat dah. Kebetulan Libby pun ada jumpa kawan dia kat sini. So, kami minta excuse. Jalan keluar, pergi toilet dulu dan terus naik bas. Masa ni memang tak sabarnya nak balik Malaysia. Nak balik.. nak balik.. huhu.. Itu aje yang keluar dari mulut aku waktu tu. Orang tak tahan sejuk macam aku sesuai berjalan pada musim bunga aje kut. Next kita pergi musim bunga ajelah ya sayang. Eh.. Ada pesanan penaja pulak. Hahaha..
My Korean Princess.
Alhamdulillah.. Han sangat happy dengan trip ke Korea ni.
Semoga anak mama ni sentiasa berbahagia dan berjaya dunia akhirat.
Setelah dalam setengah jam kami naik bas, orang lain yang pakai hanbok pun kembali ke bas. Kami kemudiannya di bawa ke tempat makan. Nak berjalan ke tempat makan tu rasa macam jauh sangat sebab tak tahan dengan sejuk. Sebenarnya dekat aje pun. Syukur esok dah nak balik. Kalau tak mahunya esok tu aku request duduk kat hotel aje taknak keluar ke mana-mana huhu.. Alhamdulillah.. sedap sangat makan malam tu. Our last dinner in Korea. Makanan panas-panas. Dapatlah memanaskan badan yang kesejukan. Bila dapat mangkuk nasi ramai yang happy dapat panaskan tangan dengan mangkuk nasi yang panas tu hehe..
Our last dinner in Korea. Semua sedap. Terbaiklah.
Sup tofu telur, makeral bakar, sotong pedas, kimchi dan ikan bilis manis.
ALLAHU.. telan liur dibuatnya. Tadi nak balik Malaysia sangat hahaha..
Kami makan kat kedai ni. Aku bagi 5 bintang.
Selesai makan, kami berjalan balik tunggu bas. Hari terakhir ni barulah semua dalam grup nampak lebih mesra. Anak-anak aku pun dah seronok melayan adik-adik kecil dalam grup kami. Alhamdulillah.. dapat berkenalan dengan orang yang baik-baik. Salam kenal dari kami sekeluarga untuk semua. Mohon maaf andai ada tersilap kata, terguris rasa. Sampai hotel, seperti biasa mandi dan solat dulu. Anak-anak memang dah plan nak keluar ke Myeongdong Shopping Street. Mulanya en.asben nak ikut temankan juga. Aku memang awal-awal dah surrender. Minta maaf. Aku memang taknak ikut keluar dah sebab tak tahan sejuk. Sekali ada pulak yang dari grup kami nak ikut ke Myeongdong juga sebab tak tahu jalan. Rasa selamatlah sikit kalau kami tak ikut pun. Terus en.asben pun tarik diri juga. Jadi malam tu Han bawa adik-adik ke Myeongdong sambil tunjukkan jalan untuk orang lain juga. TQSM kakak.
Lepas solat, mama kemas beg semua. Anak-anak balik dari Myeongdong mama pesan suruh kemas beg siap-siap juga sebab esoknya awal pagi kami dah kena gerak ke airport. Esoknya pukul 4 pagi kami dah terjaga. Terus mandi dan buat last packing. Pukul 4.30 wake-up call. Pukul 5.15 kami turun bersama semua beg-beg kami bawa naik bas. Pukul 5.30 bas bergerak meninggalkan Travelodge Hotel. Dalam bas kami diberikan pack breakfast. Sandwich dengan air kotak seorang satu. Sedap tuna sandwichnya. Sampai airport terus ke kaunter untuk drop beg. Settle semua kami terus masuk ke dalam. Tak boleh lengah sebab nak solat subuh. Kami naik solat di tingkat 3 ke 4. Sorry tak ingat. Tapi kat level yang paling atas. Kat situ lengang. Ada banyak area dengan kerusi yang sangat selesa untuk tidur. Jadi kalau korang yang tunggu lama di Incheon Airport tu boleh naik ke level tu untuk berehat. Bagi aku tempat tu sangat selesa.
Siap solat kami breakfast dulu. Makan bekalan yang diberi oleh Arba tu. Kemudian kami berjalan ke gate. Sebelum sampai gate singgah beli kimchi dan seaweed yang ada cop halal. Kat depan kedai tu kami terjumpa dengan jiran sebelah rumah. ALLAHU kecilnya dunia. Pagi-pagi sama-sama buka pagar nak ke tempat kerja. Sekali sama-sama bercuti di tempat yang sama juga. Tapi masing-masing tak tahu pun sama-sama ke Korea hehe.. Kami balik naik flight yang sama. Flight kami pagi tu pukul 9.50 pagi. Alhamdulillah.. perjalanan lancar dan selamat. Dalam flight kami makan nasi lemak pak nasir. Dah siap pre-order juga. Kami selamat sampai di KLIA2 dalam pukul 3++ petang. Syukur. Ambil bagasi, solat dulu, kemudian ambil kereta dan bertolak pulang ke rumah. Sempat singgah drive thru Mc D sebab anak-anak dah lama. Mama ayah pun dah lapar juga hehe.. Hujan lebat sepanjang perjalanan kami pulang ke Bangi. Alhamdulillah.. home sweet home. Maka berakhirlah percutian kami sekeluarga ke Korea. Alhamdulillah.. percutian yang menarik dan indah buatku.
Thank you so much winter. You are awesome. Tapi aku yang tak tahan sejuk. Alhamdulillah.. ALLAH izinkan aku untuk menikmati pengalaman berharga ini. Syukur. Thank you ALLAH. Review tentang travel agent, pada aku Arba Travel bagus. Tempat tinggal best. Makan best. Pengurusan masa bagus. Tour guide kami Naza from Malaysia dan Libby from Korea kedua-duanya bagus dan sangat membantu. Alhamdulillah.. Kami sekeluarga berpuas hati. Thank you Arba Travel. Sekian dulu coretan dari aku. In shaa ALLAH.. semoga ALLAH izinkan aku untuk menulis lagi. Terima kasih buat semua yang sudi membacanya.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada buat kita semua. Fi Amanillah.