Assalamualaikum..
Dua, tiga hari ni ramai yang bercerita pasal lelaki saiko. Di surat khabar pun aku ada terbaca tentang tu. Takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh arwah tenang di sana, insyaALLAH. Aku ada terbaca di blog orang lain juga tentang cerita seram mereka yang pernah ada pengalaman dengan lelaki saiko ni. Membacanya pun dah buatkan berdiri bulu roma. Aku tak ada pengalaman sendiri denga lelaki saiko. Tapi arwah adik aku pernah kena. Jadi aku tahu, lelaki macam tu memang wujud dan selagi tak terjadi apa-apa, takde siapa boleh buat apa-apa dengan lelaki yang macam tu. Gila lama adik aku kena ganggu dengan lelaki saiko tu. Sampai arwah adik aku jadi takut dibuatnya. Dah buat report polis pun. Tapi tak boleh diambil tindakan sebab lelaki tu tak buat apa-apa kesalahan jenayah yang membolehkan dia ditangkap.
Dulu, lepas sekolah arwah adik aku berkerja kat KL. Hari-hari pergi kerja naik bas dari Bangi ke KL. Bila dah hari-hari naik bas, driver dan konduktor bas memang kenallah. Ada seorang mamat ni (konduktor bas ke driver bas entah.. aku tak pasti) berkenan kat arwah adik aku. Tapi arwah adik aku memang tak pernah layan sebab dia memang dah ada boyfriend waktu tu. Arwah adik aku ni pulak memang bukan jenis yang suka layan-layan orang. Dalam adik aku tak layan pun mamat tu masih syok juga kat adik aku. Masih nak kacau jugak lagi. Kacau yang macam mana? Kacau dia jenis ambil tahu tentang adik aku. Dia tahu adik aku tinggal kat mana. Siap hantar buah tangan kat rumah bagi menunjukkan yang dia tahu kat mana arwah adik aku tinggal. Sangat menakutkan bila dia tahu tempat tinggal tanpa diberitahu. Tak ke maknanya dalam senyap dia ikut adik aku untuk tahu semua tu. Seram betul.
Kadang-kadang, bila waktu pagi adik aku nak pergi kerja ada aje mamat tu tunggu dan ikut dia. Sampaikan boyfriend adik aku terpaksa tunggu kat KL dan bagi warning kat mamat tu. Tapi itu pun dia masih berani nak kacau lagi. Sudahnya adik aku
terpaksa pindah. Duduk kat KL biar tak perlu berulang naik bas lagi dari Bangi ke
KL setiap hari. Ingatkan dah settle dah kes tu. Tapi masih kena kacau lagi. Boleh pulak dia datang kacau kat tempat kerja pulak. Siap boleh duduk kat bank
tempat arwah adik aku berkerja walaupun tanpa sebarang urusan untuk
tunjukkan dia tahu adik aku kerja kat mana. Mahu tak takut kalau kena macam tu? Aku yang dengar pun takut. Trauma kut bila kena kacau macam tu. Arwah adik aku terus kena kacau sampailah dia bertunang dengan boyfriend dia.
Bila dah macam tu.. emak aku, tunang arwah dan pakcik aku terpaksa pergi cari rumah mamat tu untuk beritahu pada keluarga dia. Boleh bayangkan tak macam mana teruknya bila kena kacau dengan orang yang saiko ni. Sampai kita pulak kena pergi mengadap dia balik. Pergi cari pun sebab nak minta tolong sangat-sangat kat mamat tu supaya tak kacau adik aku lagi sebab adik aku dah nak kahwin dah. Waktu emak aku pergi tu, takde pulak mamat tu kat rumah. Mak aku cerita, mamat tu dah kahwin dah pun. Siap dah ada anak perempuan yang belasan tahun lagi. Masa mak aku datang tu anak dia tengah makan. Bila dia orang cerita, anak dia tunduk aje sampai tak jadi nak teruskan makan. Mak aku cakap, kesian sangat tengok. Mungkin sedih kut dengan perangai saiko ayah dia. Isteri dia cakap dia tak tahu apa-apa pun pasal tu. Dia pun minta maaf banyak-banyak dengan perangai suami dia. Rasanya lepas dari tu takde dah dia kacau lagi.
Tapi... cerita tu tak habis di situ saja ya. Orang saiko ni rupanya dia boleh relaks kejap untuk satu-satu masa. Cerita bersambung selepas beberapa tahun arwah adik aku berkahwin dengan arwah suami dia (yang dulunya tunang tu). Dah ada seorang anak dah pun. Boleh pulak masa tu cerita mamat tu timbul kembali dengan membuat kacau yang lebih hebat. Hebat macam mana? Tak pasal-pasal ada orang datang kat rumah mak aku sebagai wakil meminang. Bila wakil tu sebut dia datang dari kampung bla..bla.. terus emak aku teringatkan mamat tu. Kiranya rombongan meminang tu datang untuk pinang arwah adik aku untuk mamat saiko tu. Yang datang tu satu kereta ada lelaki dan perempuan macam makcik-makciklah. Katanya ada sebuah lagi kereta yang nak datang sepatutnya. Tapi tak dapat sampai sebab tayar kereta pecah ke apa entah. Memang nampak betul-betul nak datang meminang ni.
Waktu tu pulak emak aku sorang-sorang aje kat rumah. Memang mengelabahlah emak aku bila tiba-tiba ada rombongan meminang datang rumah. Lagi gelabah bila yang nak dipinang tu anak dia yang dah pun jadi isteri orang. Sebab takut, emak aku tak bukak pintu pun. Cakap pun ikut tingkap aje. Memang mengigil emak aku masa datang beritahu kat aku dan en.asben lepas rombongan meminang tu balik. Itu pun lepas emak aku cakap adik aku dah kahwin. Wakil yang datang tu pun tak tahu cerita rupanya. Memang saiko betul mamat tu. Main redah ikut suka dia aje datang meminang isteri orang. Arwah adik aku dengan suami dia punyalah terkejut dengan cerita tu. Alhamdulillah.. selepas dari tu takde lagi dah mamat tu buat kacau. Ditakdirkan, sebulan selepas tu arwah suami arwah adik aku tu meninggal kerana demam denggi. Al-fatihah untuk kedua-dua arwah.
Aku tak boleh bayang kalau arwah adik aku terus kena kacau dengan si saiko tu lepas arwah suami dia meninggal. Alhamdulillah.. ALLAH melindungi. Minta dijauhkan hendaknya untuk ada pengalaman dengan orang-orang yang sebegitu. Bila kita tak kena, kita boleh kata kenapalah tak lari? Kenapalah nak ikut? Kenapalah nak layan? Tapi kita tak tahu apa yang orang terkena perlu hadapi lepas dah buat macam-macam. Apa yang boleh aku rumuskan dari kisah arwah adik aku, orang saiko ni tak kiralah kita layan mereka atau pun tidak. Kalau mereka nak kacau kita, mereka akan kacau juga. Jadi.. kalau tak tahu cerita sebenar janganlah buat rumusan sendiri. Yang tak kena memang tak tahu. Semoga ALLAH sentiasa melindungi kita dan ahli keluarga kita hendaknya.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
5 comments:
salam singgah dan follow ^^.. Sekarang ni kene berhati hati..
Memang menakutkan ye hanis.
Salam kak fea..
Ngeri kan baca kisah mamat saiko camtu. Nak2 arwah adik akk pernah kena lagi lah mmg tau macam mana gila dan gigihnya mamat saiko ni berazam nak kejar org yg dia suka.
Dulu time sek agama ada juga pernah kena kacau dgn mamat saiko ni. Dia ni tak berapa nk pintar dan masa tu klu x lulus exam x blh naik kelas. Sy masuk sek agama pun let darjah empat baru masuk darjah satu sek agama. Dia masa tu dah sek menengah kot.. Bermisai berjambang. Bertahun2 dia kacau saya walau x sekelas lagi sek agama. Siap dtg rumah time cuti sekolah tunggu je bawah pokok manggis. Memang ngeri juga walau masa tu tak byk kes rogol ke apa tapi tengok cara dia mmg takut. Mak marah byk kali pun x jalan.
Sampai saya spm gak dia kejar . Asal jumpa kat bandar je mmg dia kejar. Ish ngeri:(
Allahhu Akbar...
seramnya. Tak tenang hidup dibuatnya, kan?
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas mereka yang telah kembali kepadaNya...
Kakak rasa memang ada org macam ini. Kes student yg kena kelar mati baru-baru ini pun rasa kakak lebih kurang macam inilah Hanis. Jenis lelaki saiko. Tak faham-faham.. tapi cara dia buat org takut sebenarnya..
Post a Comment