Assalamualaikum..
Segala Puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Salam jumaat yang mulia buat semua.
Alhamdulillah.. syukur.. Permohonan anak saudaraku FAF untuk masuk ke SMKA Maahad Hamidiah Kajang telah diterima. Kelmarin dapat call dari Maahad untuk ambil surat tawaran. InsyaALLAH.. isnin ini FAF akan memulakan persekolahannya di sana. Untuk Tingkatan 1 ni, dalam masa sebulan dah 3 kali FAF bertukar sekolah. Aku pulak berulang ke sekolah lama, sekolah baru dan Jabatan Pendidikan. Alhamdulillah.. akhirnya FAF dapat juga masuk ke sekolah pilihan pertamanya. Dapat masuk dalam pengambilan ke-3 kut. Tak kisahlah, asalkan dapat. Kalau arwah mummy ada, tentu dia suka. Sebab waktu Is dapat masuk ke sekolah tu dulu, arwah pun ikut suka sangat bila mendengarnya.
Tahun lepas sebelum UPSR, sewaktu FAF meminta aku isikan Permohonan untuk sekolah di tingkatan 1, memang aku pohon sekolah-sekolah yang FAF sendiri mahukan. Saya nak masuk sekolah Is atau sekolah Han, katanya. Maka, aku pohonkan untuknya SMKA Maahad dan SMK Jalan Empat. InsyaALLAH, kalau dapat 5A ada peluanglah masuk ke sekolah-sekolah tu, jadi awak kena buat yang terbaik waktu UPSR, aku memberi semangat. Tapi kedua-dua sekolah itu FAF tak dapat nak masuk untuk kali pertama. Tak kisahlah kerana di sekolah yang FAF di hantar untuk ke tingkatan 1, dia masih dapat masuk ke kelas KRK. Kelas yang baik juga tu. Jadi tiada hal sangat pun kalau dia belajar di situ. Namun setelah seminggu belajar di sekolah tu, aku dapat panggilan dari Jabatan Pendidikan untuk ambil surat tawaran masuk FAF ke sekolah Han.
Syukur.. sebab pada mulanya aku diberitahu yang sekolah dari Kajang memang tak boleh masuk ke SMK Jalan Empat. Sebab sekolah tu hanya untuk pelajar 5A sekitar Bangi saja. Jadi pasrah ajelah bila tak boleh nak masuk kalau dah itu syaratnya. Tapi bila dah dapat, aku pun pindahkan FAF ke sekolah tu. Isi semula borang maklumat murid yang banyak-banyak tu. Pergi semula temankan FAF untuk pendaftaran masuk ke tingkatan satu di SMK Jalan Empat. Sempatlah bersekolah di sana untuk 2 minggu. Dia pun nampaknya seronok bersekolah di situ. Tapi bila dapat panggilan ke Maahad ni dia nak bertukar juga sebab itulah sekolah yang dia memang nak masuk sangat. Semalam, dah beritahu gurunya untuk pertukaran sekolah tu. Semua dokumen untuk di bawa ke sekolah baru sudah diperolehi.

Bila permohanan pertama untuk masuk ke Maahad tidak berjaya, aku sendiri masih mengharapkan semoga FAF ada peluang juga untuk masuk ke sekolah tu dalam pengambilan yang seterusnya jika ada rezeki. Sebab Is dulu pun begitu. Dapat masuk dalam pengambilan ke-3 juga rasanya. Jadi aku bersabar untuk menunggu panggilan seterusnya sambil berdoa agar dimurahkan rezeki. Awal minggu ni aku membelek diari tahun 2014. Dalam membaca diari lama tu, aku teringat untuk check tarikh Is dapat masuk ke Maahad tahun lepas. Memang awal bulan Februari juga Is mendapat tawarannya. Jadi memang aku menunggu-nunggu manalah tahu kalau ada rezeki yang sama untuk FAF juga di awal bulan Februari ni.
Bila ada panggilan masuk di HPku dari nombor telefon yang permulaan nombornya dari Kajang, aku sudah berdebar-debar. Suara pun bergetar semacam ketika menjawab panggilan tersebut. (Ha..ha.. mamanya yang gelabah lebih). Sebab aku dapat rasa yang panggilan itu dari SMKA Maahad. Alhamdulillah.. seperti yang aku duga, ianya memang benar. Maka, sekali lagi aku ke sekolah untuk ambil surat tawaran. Isi semula borang maklumat yang banyak-banyak tu. Isnin nanti, kena temankan FAF untuk pendaftaran tingkatan 1 sekali lagi. Takpelah, kena susah sikit. Semoga ianya berhasil untuk menjadikan FAF insan yang lebih cemerlang ilmunya, akhlaknya, sahsiah dirinya dan segala yang membawa kebaikan untuknya di dunia dan di akhirat insyaALLAH. Jutaan terima kasih buat semua Guru-guru yang budiman di SKKU, SMKKU dan SMKJE.
Teringat lagi waktu arwah adik aku sakit. Setiap kali dia ditahan di wad dia akan menelefonku untuk datang bawakan barang keperluan untuknya. Itu, ini yang di pesan tentang keperluannya. Tak pernah pun dia pesan apa-apa kepadaku tentang anak-anaknya. Sebab pesanan tentang tu sudah disampaikan kepada emak yang menjaga anak-anaknya. Tapi setiap kali itu aku akan memberitahunya yang aku akan uruskan segala keperluan dia. Minta dia untuk berehat saja di wad dan jangan susah-susah hati. Secara spontan juga aku akan memberitahunya, jangan risau, anak-anak kau nanti aku uruskan. Ayat itu juga yang aku sebutkan kepadanya ketika dia koma dan pada saat terakhirnya. InsyaALLAH, selagi daya, aku akan uruskan anak-anaknya. Doaku, semoga ALLAH permudahkan segala urusanku, insyaALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!

9 comments:
Allah... perenggah akhir tu buat kakak tak tahan dah Hanis. Mesti airmata kakak tumpah lagi.
Syukurlah Hanis dan keluarga dpt meneruskan impian anak ini. Biarpun dah tak ada ibu kandung tapi mak saudara dah lebih bagaikan ibu sendiri. Teruskan Hanis sebab Allah sentiasa melihat.
Baiknya hati boleh uruskan anak anak sedara... gigih pulak tu sampai dapat sekolah yg diinginkan... semoga pengorbanan akan di balas Allah dengan baik...
salam singgah
alhamdulillah semua berjalan lancar..
semoga semua urusan selepas ini terus dipermudahkan..amin..
Alhamdulillah semoga FAF terus cemerlang disekolah baru
alhamdulillah..sebak nyer kak..
Mereka Kehilangan ibu kandung namun ALLAH jdkan kamu seorg ibu pengganti utk mereka sis...jasa dan pegorbanan kamu tuk mereka hanya ALLAH yg dapat membalasnya
Alhamdulillah moga FAF terus maju. Syukur sgt2... Pasti Arwah ibunya juga akan gembira jika dia masih ada. Alfatihah buat arwah adik akak..
Saya juga sebak..walau lepas setahun baru berjunpa blog ini..Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas puan..

Post a Comment