Assalamualaikum..
Segala Puji bagi ALLAH yang mendatangkan penyakit dan memberikan kesembuhan.
Petang semalam, tekakku rasa tak selesa. Selepas maghrib, masa drive nak ambil emak dan anak-anak buahku di rumah arwah adikku, tekakku dah mula rasa sakit. Tapi aku tak buat apa-apa pun. Lepas isyak baring kat bawah sambil tengok Maharaja Lawak Akhir 2014. Tak tengok habis pun sebab terlelap dulu depan tv. Bila terjaga tu tekak makin rasa sakit. Mungkin sebab tidur dalam sejuk dengan kipas dan aircond tanpa selimut. Nak sambung tidur badan mula tak selesa sebab aku batuk teruk pulak. Dengan tekak yang sakit, bila batuk tu rasa sakitnya sampai ke dada. Akhirnya aku bangun dan makan ubat batuk satu sudu besar. Tekak dengan dada yang rasa sakit sangat jadi sedikit lega bila aku ambil ubat batuk tu tanpa air. Tapi sekejap aje rasa leganya. Sekejap lagi dah rasa sakit tekak lagi. Batuk pun jadi tak henti-henti. Rasa tak best sangat. Tapi bila teringatkan yang penyakit itu penghapus dosa, aku jadi redha. Ya ALLAH.. ampunilah dosa-dosaku yang banyak itu. Semoga ada dosa-dosaku yang terhapus dengan sakit yang ALLAH datangkan.. insyaALLAH.
Bila asyik batuk, nak tidur pun jadi tak boleh. Nak baca ayat kursi pun tersekat-sekat. Tapi gigih juga baca. Selalu bila sihat, kadang tu tak sempat nak baca dah tidur dulu. Nak buat amalan yang Rasulullah s.a.w pesan untuk diamalkan sebelum tidur pun bila sihat kadang tu memang tak buat. Bila sakit dan tak dapat nak tidur baru gigih nak buat dalam batuk-batuk. Waktu baca ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.. terasa macam sebutan itu meresap ke tekak hingga ke dada. Sedikit sebanyak melegakan rasa sakit akibat batuk tu. Tapi selepas itu aku masih terbatuk-batuk lagi. Masih tak boleh nak tidur juga. Memang aku dah bajet sendiri. Kalau batuk yang macam tu, selalunya dalam masa dua tiga hari tak tentu boleh hilang. Sebab batuk tu macam teruk. Jenis yang batuk dengan tekak gatal dan dada sakit. Dah bajet juga yang esok pagi mungkin aku akan demam sekali.
Terus teringat pembacaan perkongsian di whatsapp. Antara hikmah sakit ni ialah ALLAH mahu kita menyebut namanya. Bila sihat kita selalu terlupa. Tapi bila sakit, masa itulah kita lebih menyebut namaNYA. SUBHANALLAH.. ianya sangat betul. Bila dah asyik batuk dan tak boleh tidur, lebih rajin mulut nak berzikir. Lebih-lebih lagi bila sebut ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.. macam terasa sebutan itu meresap di tekak hingga ke dada. Sudahnya aku terus menyebut ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.. sehinggalah aku tertidur. Pagi ni waktu terbangun waktu subuh, tekakku dah hilang sakitnya. Batuk pun dah langsung takde. Memang dah betul-betul sembuh. Aku siap boleh termenung kejap. Semalam yang tekak aku sakit dan batuk pun kuat tu aku cuma bermimpi ke apa? Tapi bila tahu yang ianya memang benar-benar aku alami, terus saja mulut ini mengucapkan ALHAMDULILLAH.. Syukur Ya ALLAH kerana memberikan kesembuhan. Terus bangun untuk solat subuh.
Sehingga ke pagi ni.. tiada lagi sakit tekak mahupun batuk lagi. SUBHANALLAH.. aku rasa cukup ajaib. Sampai sekarang pun aku macam rasa percaya tak percaya aje. Betul ke semalam aku memang sakit tekak dan batuk teruk tu? ALLAHUAKBAR.. besar sungguh kuasa ALLAH. ALLAH yang datangkan penyakit. ALLAH juga yang menyembuhkan. Dalam sakit, ALLAH memberikan kita pengajaranNYA. Dalam sakit, ALLAH menghapuskan dosa-dosa kita. Dalam sakit, ALLAH mengambil masa kita untuk lebih menyebut namaNYA. Lebih beramal dengan ayat-ayat suciNYA. Sakit memerlukan kita untuk berikhtiar bagi memperolehi kesembuhan. Sebagai jalan usaha aku mengambil ubat batuk. Aku usahakan juga dengan terapi zikir. Berbalik kepada tajuk entryku, Penawar Batuk yang sangat berkesan untuk menghilangkan batukku ialah ubat batuk yang aku ambil dan sebutan ALLAHUAKBAR yang berulang-ulang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk orang lain juga.. insyaALLAH.
Salam hormat untuk semua. InsyaALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day!
2 comments:
Allahuakbar..subhanallah..terima kasih kak sebab berkongsi tips yg sangat baik..
Allahuakbar... Syukur lah dah sembuh batuk akak tu walau teruk betul batuknya sebelum melelapkan mata.
Post a Comment