Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Cuti panjang CNY sudah berakhir untukku. Hari ni aku dan en.asben sudah mula kerja. Anak-anak masih cuti sekolah sehingga hujung minggu nanti. Alhamdulillah.. cuti CNY kali ni dapat kami isi dengan percutian bersama seluruh keluarga mertua. Seronoknya rasa. Sungguhlah rasa bahagia itu satu nikmat. Bila bersama keluarga, percutian yang singkat dan dekat pun dah terasa cukup nikmat dan hebat! Alhamdulillah.. syukur. Terima kasih ALLAH.
Mula merancang cuma dalam 2 atau 3 minggu lepas aje. Cari-cari hotel kakak ipar jumpa Villa di A-Famosa. Teruslah booking sebelum dibooking oleh orang lain hehe.. Biasalah bila cuti panjang. Banyak hotel yang penuh. Cadangan asal nak ke Desaru pun tak menjadi sebab hotel kat area situ penuh. Tujuan utama percutian kali ini adalah untuk meraikan harijadi emak mertua. Alhamdulillah.. sambil meraikan emak dapat kami berkumpul bercuti bersama-sama satu keluarga. Semoga ALLAH memberkati dan merahmati kami dan kita semua.. in shaa ALLAH.
Hari sebelum kami buat karipap. Perap ayam dan sosej siap-siap untuk buat BBQ. Kakak ipar bawa kambing. Kami ke Melaka pada hari isnin 4 Februari. Aku dan en.asben sama-sama apply cuti. Kami bergerak dari rumah pukul 11 pagi. Berkumpul di rumah kakak ipar dulu. Dalam seronok nak berjalan, aku kena sakit perut pula sejak pagi. Jadi sebelum bertolak tu terpaksalah berhenti ke tandas 2 kali sebelum sampai ke destinasi. Alhamdulillah.. selepas itu keadaan perut terus baik. Syukur.
Sebelum keluar memang dah prepare bekalan untuk makan tengah hari sebab dah plan untuk berkelah tepi laut sebelum check in. Lagipun check in di Villa A Famosa pukul 4 petang. Jadi kami ada banyak masa lagi. Kami singgah ke Pantai Pengkalan Balak untuk lunch. Penuh tikar makanan yang di bawa. Kami bawa nasi, kari ayam, sayur, karipap dan keropok. Emak mertua dan kakak ipar bawa nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, ayam blackpaper, kacang kuda, brownies dan kuih muih. Siap dengan air oren lagi. Sedaplah dapat makan ramai-ramai tepi laut.
Meriah kan makanan kami hehe.. Sorang sikit bawa potluck. Penuh tikar sudahnya.. Alhamdulillah..
Periuk nasi ada, periuk ada, termos air ada he..he.. Senang. Angkut semua. Nak panaskan nasi dan lauk pun nanti senang. Pinggan, sudu, senduk, cawan, pisau, tisu, plastik sampah semua lengkap.
Makanan dah sedap. Makan pulak tepi laut. ALLAH.. bertambah sedap jadinya.
Petanda perut kenyang senang hati hehe..
Mana yang mata tertutup tu bukan sebab mengantuk kena angin laut atau kekenyangan makan. Tapi sebab panas lit-lit waktu tu. Nak buka mata pun silau.
Kita abadikan gambar kenangan di Pengkalan Balak sebelum balik.
Selesai makan, kami terus bertolak ke A-Famosa. Kami sampai di A-Famosa dalam pukul 3.30 petang. Alhamdulillah.. Villa dah boleh masuk. Gotong royong semua angkat barang masuk banglo 4 bilik. Alhamdulillah.. Rumah bersih, kawasan sekeliling rumah bersih. Kolam mandi pun bersih. Paling best bila kami dapat villa yang kolamnya di belakang rumah. Jadi kolam tu terlindung dari perhatian orang yang lalu lalang. Jadi rasa lebih privasi untuk kami sekeluarga mandi kolam. Lepas solat jamak zohor dan asar baru beri izin anak-anak untuk terjun kolam. Alhamdulillah.. seronok semuanya dapat mandi kolam. Meriah berebut pelampung. Syukur teringat nak keluarkan pelampung dari stor malam sebelum tu. Lebih selamat bila anak-anak guna pelampung sebab air kolamnya dalam juga separas dada.
Anak-anak aku asalkan ada kolam mandi, percutian kat mana pun dia orang enjoy aje. Semuanya seronok mandi kolam. Termasuklah mamanya.
Agak besar kolamnya. Jadi nak masuk ramai-ramai pun tak crowded.
Nenek seronok temankan cucu-cucu mandi. Sekejap lepas tu anak-anak dara pun turun join mandi kolam sekali. Barulah berbaloi-baloi booking villa ada pool bila ramai yang nak turun mandi. Alhamdulillah.. kami puas hati dengan kolam di sini. Kolam di belakang rumah terlindung dari pandangan orang lain buat kami rasa lebih provasi nak mandi manda bersuka ria satu keluarga.
Dalam pukul 6 petang kami mulakan bakar BBQ.
Ayam bakar, kambing bakar, sosej bakar.
Alhamdulillah.. sedap semuanya.
Kita gilir-gilir membakar. Tapi anak-anak bujang tu setia dari awal hingga selesai. Baguslah Irfan dan Ilman.
Telan liur bila tengok balik gambar ni hehe.. Waktu membakar pun dah terliur sebenarnya. Jadi semuanya seronok membakar sambil makan. Nak rasa okey ke tidak katanya hehe.. Alhamdulillah.. sebelum maghrib.. semua perapan yang dibawa selesai dibakar dengan jayanya.
Malam tu kami solat maghrib dan isyak berjemaah.
Semoga kita dan keturunan kita semua terdiri dari golongan yang menjaga solat.. in shaa ALLAH.
Lepas solat kami celebrate birthday emak.
Tumpang sekali Az dan Firhan yang sambut harijadi dalam bulan Februari.
Sama-sama potong pulut kuning dengan nenek.
Kakak ipar buat pulut kuning dengan rendang. Sedap!
Mil buat Puff ayam. Mak Long buat cheese cake. Semua pun sedap. Diet??? Hancusss hehehe..
The paparazi hehehe..
Bagus bila ramai yang ambil gambar. Bila masing-masing upload gambar kat grup senang kita nak update blog hehe.. Nak update kat FB pun senang.
Gambar kenangan kami sebelum makan malam.
Banglo 4 bilik 2 bilik air ni sangat selesa buat kami yang seramai 21 orang.
Kaum hawa yang manis.
Majlis tak formal kan. Berbaju tidur aje semuanya walaupun nak meraikan majlis harijadi hehe..
Atuk, ayah, the boys and gegirl.
Juadah kami malam tu. BBQ ayam dan kambing, mashed potato,pulut kuning dan rendang plus balance makanan tengah hari yang tak habis lagi.
Alhamdulillah.. kenyang perut dengan makanan yang lazat.
Nyummm.. nyummm..
Malam tu elok aje dah letakkan kepala kat bantal atas katil, hujan turun dengan lebatnya. Maka dapatlah tidur dengan lena walaupun katil dan bantalnya rasa tak berasa selesa. Bangun pagi lepas solat subuh, anak-anak sambung tidur balik. Aku terus bangun. Tolong kakak ipar kat dapur untuk sediakan sarapan. Pagi tu kakak ipar buat nasi lemak. Sambal tumis, ikan bilis goreng dan kacang dah siap-siap masak dari rumah. Kakak ipar ada bawak fillet ayam dan keropok lekor juga. Jadi tinggal goreng aje. Aku buat nasi goreng dari nasi putih lebihan semalam. Panaskan juga lebihan makanan yang tinggal. Seperti makan tengah hari dan makan malam semalam, juadah untuk sarapan pun meriah juga. Syukur atas nikmatNYA. Selepas sarapan, aku pun join mandi kolam bersama anak-anak. Geram kut tengok kolam tu dari semalam he..he.. Ajak MIL join sekali.
Bestnya dapat mandi kolam. Air pun tak sejuk. Berbaloi-baloi bawak pelampung banyak. Boleh mama jadi dugong hehe..
Konsep dia. Pelampung kena share. Main sama-sama. Biar semua orang dapat rasa.
Alhamdulillah.. Nenek pun seronok mandi kolam. Dah lama sangat nenek tak berenang. Sebab kawasan kolamnya tersorok di belakang rumah dan kolam tak share dengan orang lain, dapatlah nenek join sama. En. asben pun sekejap lepas tu join mandi kolam jugak.
Selesai mandi kolam terus siap-siap mandi. Lepas tu kemas-kemas beg. Selesai kemas beg kita kemas dapur pulak. Pack makanan dan bekas makanan untuk dibawa balik. Tepat pukul 12 tengah hari kami check out dari banglo. Alhamdulillah.. percutian yang menarik di Villa A Famosa. Kami sekeluarga sangat berpuas hati. Ada rezeki boleh datang lagi.. in shaa ALLAH. Harga untuk semalam plus tax kakak ipar booking di Agoda dalam Rm750 macam tu. Sebelum bertolak balik kami singgah di Freeport A Famosa outlet. Dah alang-alang lalu kan. Terletak sebelum pintu masuk ke A Famosa. Parking penuh sampai ke hujung. Kami tak shopping apa-apa pun. Jalan-jalan cuci mata aje. Itupun tak lama sebab MIL tak larat nak jalan. So cepat-cepat kita habiskan tour. Kesian kat nenek.
Cantik dalam Freeport A Famosa tu.
Jadi bolehlah ambil gambar kat sini buat kenangan.
Emak, ayah, kak li, kak mona dan anak buah Ana dan Ian.
Emak, Kak Li, emak, mak long dan ayah.
Paling best bila berjalan dengan family mertua sebab emak dan anak-anak buah aku semuanya boleh join sekali. Tambah meriah jadinya bila ramai. Syukur.
Emak dan Kak li. Much love.
Thank you Kak Li plan percutian untuk kami.
On the way balik Bangi kami lalu jalan lama. Singgah solat kat surau. Lepas tu singgah makan masakan salai kat Tampin. Alhamdulillah.. dapatlah semua orang merasa salai di Tampin walaupun lauknya tak banyak yang tinggal. Cukup-cukup aje untuk kami sekeluarga makan sikit seorang. Selepas makan kami terus bergerak balik Bangi. Alhamdulillah.. perjalan kami ke Melaka pergi dan balik sangat lancar tanpa menempuh sebarang kesesakan. Itu pun rezeki juga. Syukur. Kami selamat sampai di rumah dalam pukul 5 petang. Sebelum berpisah sempatlah agih-agihkan makanan. Jadi malam tu tak payah nak masak hehe.. Alhamdulillah.. percutian kami sekeluarga ke Villa A Famosa telah berakhir dengan selamat serta segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Terima kasih ALLAH. Semoga ada rezeki lagi untuk kami bercuti satu keluarga di lain kali.. in shaa ALLAH.
Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.
2 comments:
gambar semua crack ke. sy tak boleh nmpk..
As-salam Farhana IezAna,
Oh. Iye ke? Sebab bila tengok kat komputer dan phone saya gambar tiada yang crack. Minta maaf ya. Tq for visiting.
Post a Comment