Wednesday, February 29, 2012

Tiada lagi termenung mahupun bermenung..

Bila kerja-kerja membasuh baju selalu dibantu oleh mesin basuh, bila nak membasuh guna tangan terasa bercinta. Setiap pagi memang termenung dulu sebelum membasuh baju. Maklumlah, yang hendak dihadap bukannya sehelai dua. Tapi sebakul penuh siap bertimbun lagi. Tapi dalam pada dok termenung-menung tu, dekat 3 bulan lebih juga aku bertahan dengan mencuci pakaian secara manual. Mesin yang lama buat hal elok saja kami berura-ura nak buat dapur baru. Bukannya tak boleh dibaiki tapi sebelum ni mesin basuh tu letakknya di luar. Jadinya bahagian luarnya dah jadi kusam. Sudahlah dindingnya pun dah senget benget juga sebab dah banyak kali dok pindahkan tempat. Kejap ke tengah. Kejap ke tepi. Kejap di dalam. Kejap di luar. Itu yang aku pun bertangguh-tangguh nak membeli mesin yang baru. Pertama sebab takut mesin baru tu akan kusam juga bila diletakkan diluar sebelum dapur siap. Kedua kalau boleh taknaklah barang baru asyik beralih tempat lagi sementara nak tunggu dapur siap. Biasalah barang baru kan. Sayang lebihlah.

Sebulan lepas aku dah pergi cari mesin basuh yang baru. Dah booking siap-siap. Ahad lepas bila dapur dah hampir siap sepenuhnya kami pergi buat full payment. Bila tengok balik macam gedabak pulak mesin tu. Sebelum ni beria nak yang besar sikit. Macam kan muatan tujuh lapan kilo tu  tak cukup. Itu yang ambil muatan sebelas kilo. Tapi bila nak tukar en.asben kata tak payahlah. Sebab anak-anak pun dah makin besar. Betul juga tu.   Memang perlu pun ambil yang besar. So tak jadilah nak tukar. Semalam, kesabaran dan kesungguhan aku berbalas. (Macam selama ni basuh kat sungai pulak kan). Mesin basuh baru dah sampai. Sebab tahu mesin basuh nak sampai makanya dua hari aku tak basuh baju. Dan semalam, baju dua hari tu dah selamat aku cuci dengan satu load saja. Terus rasa pilihan membeli mesin yang besar sikit adalah pilihan yang tepat untuk keluarga kami. Malam tadi tidur pun senyum, sebab tahu bangun pagi dah tak payah termenung lagi macam selalu.
Tiada lagi sesi termenung pagi-pagi selepas ada yang ini. Hitachi Sparkle Beat yang mengantikan National Niagaraku yang sudah 13 tahun memberikan perkhidmatannya dengan cemerlang. Dulu masa kerja Hitachi tak heran nak beli barangan Hitachi walaupun dapatlah sikit diskaun untuk staf. Bila dah tak kerja Hitachi barangan Hitachi juga yang dicari. Gambar masih nak pinjam kat en.google walaupun boleh aje ambil sendiri kat rumah he..he.. Terima kasih banyak dari Puan Tukang Pilih kepada Encik Tukang Bayar. Lembutlah balik tapak tangan I yang memang tak berapa nak lembut ni.

p/s : Selamat hari jadi buat sesiapa yang lahir pada tarikh 29 Februari ni. Lepas ni, 4 tahun lagilah dapat wish on the dot macam ni. Have a nice day.

Tuesday, February 28, 2012

Emak suka, aku bahagia...

Lepas arwah ayah meninggal, kami berpindah dari Batu Pahat ke Bangi. Di Bangi kami tinggal di rumah sewa. Rumah sewa itu milik pakcikku. Suami kepada makcikku, adik arwah ayah. (Dulu arwah ayah berkerja dengan pakcikku juga). Ada 14 biji rumah sewanya di kawasan itu. Rumah teres yang kampung-kampung tu. Rumah dua bilik yang bersambung panjang. Pakcikku memberikan kami tinggal di situ secara percuma. Mungkin sebagai upah emak menjaga rumah-rumah sewanya. Setiap bulan memang emak tolong ambilkan duit sewa rumah. Urusan keluar masuk penyewa dan kebersihan kawasan rumah juga emak yang tolong jaga. Hal ehwal lain termasuklah bil air semua emak yang tolong uruskan.

Berbelas tahun juga kami tinggal di situ. Bila aku dah berkerja memang aku mahu membayar duit sewa rumah itu. Tapi pakcikku menolaknya juga. Tak terbalas rasanya jasa pakcikku itu. Semoga Allah memberkati hidupnya dan diberikan kesihatan yang baik juga kemurahan rezeki. Selepas berkahwin aku juga menyewa di rumah sewa itu sebelum rumah yang kami beli siap dibina. Selang sebuah rumah dari rumah emak. Waktu itu emak tinggal seorang. Adikku yang kedua sudah berkahwin. Yang bongsu tinggal di kolej. Bila rumah yang kami beli siap terasa berat hati pula nak tinggal jauh dari emak. Rasa tak sedap juga untuk biar emak tinggal di situ seorang bila kami sudah miliki rumah sendiri. Tambah pula pakcikku masih tidak mahu mengambil duit sewanya.

Jadinya aku mengajak emak untuk tinggal bersama kami. Sekarang ini sudah 8 tahun juga emak tinggal bersama kami. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana diberikan seorang suami yang boleh terima emak untuk tinggal bersama kami. Bersyukur juga kerana diberikan mertua yang sangat memahami keadaan kami. Baru-baru ni ada rezeki sikit untuk sambung bilik emak. Tak besar mana tapi lebih selesa berbanding saiz lama. Bilik air lebih dekat. En.asben memang kalau boleh mahu emak rasa selesa tinggal bersama kami. Bilik air yang baru ni pada emak lebih cantik lagi. (Sebenarnya biasa saja). Hari ahad lepas, emak dah boleh masuk semula ke biliknya sebab dah siap sepenuhya. Bilik air pun dah boleh guna. Dengan nada sebak emak cakap terima kasih sebab buatkan bilik dan bilik air yang cantik untuknya.

Aku tersentuh sangat. Aku tak mampu nak buatkan emak istana. Tapi cukup bersyukur dapat buatkan emak rasa selesa dan gembira. Kalau emak suka aku lagi bahagia. Alhamdulillah.

Monday, February 27, 2012

Sangat tak peka..

Sudah sebulan lebih rumah di bahagian dapur di renovate. Anak-anak memang semua maklum. Kalau Han dan Is, setiap petang lepas pekerja kontrak tu balik, mereka akan ikut belek-belek sama macam aku dan en.asben. Tak kiralah walau kena jalan jingkit-jingkit pun sebab lantai tak siap lagi. Tapi Az memang selalu buat tak reti. Dahlah taknak join sama, ambil port pun tidak. Bukan kata tak masuk kawasan dapur, menjenggah kat tepi dapur pun tidak. Langsung tak heran apa yang jadi kat dapur. Malam sabtu tu, Alhamdulillah, tiles sudah di pasang di bahagian dapur. Jadinya memang dah bolehlah nak masuk dapur dengan selesa walaupun ada beberapa bahagian yang masih belum siap sempurna. Jadinya kalau selalu nak makan cuci tangan di porch depan, hari tu dah boleh basuh tangan di sinki dapur untuk makan. Masuk aje dapur dia macam terperanjat. Macam panik sekejap sebab bilik air di dapur dah hilang.

Mama, bilik air kita mana? Aduhai anak aku sorang ni. Langsung tak tahu yang bilik air sudah diubah kedudukannya. Padahal orang lain semua dah guna bilik air yang baru tu. Bila dah macam tu barulah nampak dia berminat nak explore bahagian lain pula. Mama ini pintu bilik apa?  Nak tergelak aku dengar soalannya. Macam kan dapur tu besar sangat sampaikan boleh tambah bilik lagi. Itu pintu dapurlah sayang. Bila dah cakap macam tu dia macam tak percaya. Siap suruh aku buka pintu tu nak tengok kat luar. Dah tengok luar barulah dia puas hati. Ini bilik apa? Dia bertanya bilik air pula. Aku cakap  bilik air. Dia macam tak percaya sebab dulu kan bilik air kat tempat lain. Aku suruh dia buka pintu tu. Dah buka barulah percaya. Aku suruh masuk tengok, tapi dia malu. Dia intai sikit-sikit aje. Nantilah.. Katanya he..he.. Lepas tu, emak panggil tengok bilik emak pula. Dah besarkan sikit bilik emak aku memang buatkan pintu satu lagi belah belakang biar senang untuk ke bilik air. Jadinya bila dia masuk bilik emak dan nampak ada pintu di belah belakang dia tertanya-tanya lagi. Pintu ni nak pergi mana? He..he.. emak suruh di buka pintu tu. Bila dia buka dan nampak kami di dapur lagilah malu muka dia. 

Aduhai anak. Tak peka sungguh. Bukannya rumah jiran sebelah yang diubahsuai. Kat rumah sendiri pun dia langsung tak ambil tahu. Yang best tu, rumah kami bukannya besar sangat sampaikan dia tak tahu cerita. Jalan beberapa langkah dah sampai dapur. Balik dinding dah nampak dapur cinonet kami. Tapi itu pun dia tak perasaan. He..he.. comel aje  budak kecik ni tau. Tapi kalau dah besar nanti tak peka langsung macam ni memang tak comel lagilah. Anak oh anak..

Friday, February 24, 2012

Semua nak cerita...

Bila keluar, aku selalu guna handphone en.asben untuk layan blog, FB dan lain-lain capaian internet. Telefon sendiri cuma boleh guna kat rumah dan tempat ada wifi saja. Orang lain, hari-hari suka baca blog isteri sendiri. Tapi en.asben jarang-jarang nak baca blog aku. Tapi kalau en.asben baca blog aku, komen dia selalu pasal ejaan salah. Adooi. Mulalah dok kutuk aku, kata tulis novel, tapi ejaan pun salah. He..he.. saja menyakat biar aku sentap. En.asben lebih suka layan blog pasal jam. Sampaikan macam dah jadi pakar jam dah sekarang ni. Tanyalah movement apa, brand apa, semuanya dia tahu. 

Semalam bila nak guna handphone en.asben, dia tolong bukakan blog aku siap-siap. Dia baca-bacalah sikit-sikit entry-entry aku. Lepas tu terbaca entry If tomorrow never comes.  Eh, ini pun you nak cerita  komennya. He..he.. I cerita sebab tak boleh nak simpan sendiri dah rasa happy dan touching tu. Beberapa bulan lepas aku keluar jumpa kawan lamaku Nari di Alamanda. Baru nak bercerita dia cakap oh, aku tahu. Aku dah baca pasal tu kat blog kau. Balik rumah aku bercerita pada en. asben. Komennya, iyelah, semuanya you dah cerita dalam blog, kalau dia baca memanglah semuanya dia tahu. He..he.. betullah tu.

Entahlah, sejak ada blog memang aku suka nak cerita semuanya kat sini. Sebenarnya tulis untuk bacaan sendiri nanti-nanti (ya, aku memang sangat suka baca blog sendiri. Sampaikan en.asben pun perasan. Tulis sendiri baca sendiri.. he..he..) Takpelah aku suka baca tulisan sendiri. Juga untuk anak-anak aku membacanya. (Han suka juga baca blog aku). Tapi dalam nak cerita semua, aku masih tetap bertapis-tapis lagi. Walaupun nampak macam semua aku nak cerita, tapi sebenarnya cuma 40% saja yang aku kongsikan di sini. Yang lain masih aku simpan sendiri.

Kalau ikutkan hati memang semuanya aku nak cerita. Tapi setiap apa yang kita lakukan perlu ada limit. Sensitiviti orang lain perlu kita jaga. Kalau rasa semuanya kita boleh luahkan, takut-takut ianya tidak baik untuk diri kita sendiri. Macam aku, kalau nak menulis dan berkongsi sesuatu selalunya aku tak terus menulis. Sebelum tulis aku fikirkan dulu buruk baiknya. Bila rasa macam okey barulah aku menulisnya. Kalau boleh aku cuba bersederhana dalam bercerita. Mengelak dari berlebih-lebihan meluahkan perasaan gembira dan duka. Memanglah ini blog aku. Tapi bila orang lain pun membacanya sama, aku kena fikirkan juga apa yang orang lain rasa. Pada aku pandangan dan penilaian orang perlu aku ambil kira juga biar sama-sama rasa selesa.  

Thursday, February 23, 2012

Rindu-rinduan...

Anak emak semuanya perempuan. Bila dapat cucu ramai lelaki pula. Selepas 11 tahun, hanya Han seorang cucu perempuan emak. 5 yang lain cucu lelaki. Tahun lepas barulah bertambah seorang lagi cucu perempuan. Jadinya tak kira anak-anak adikku sendiri yang sebelum ini semuanya lelaki dan anak-anakku yang bertiga tu memang berialah melayan si gegirl tu. Kiranya si gegirl ni memang kesayangan semualah. 

Sebelum ini adikku menghantar anaknya ke rumah kami untuk dijaga oleh emak. Tapi mulai tahun ini tidak lagi. Ini kerana anak-anaknya sudah di hantar ke taska dan nursery. Selalunya balik rumah memang meriah di sambut oleh si comel seorang tu. Anak-anak aku pun nak pergi sekolah melayan si gegirl dulu. Balik sekolah terpa gegirl dulu juga. Tapi sejak dua bulan ni takdelah lagi. 

Kelmarin adik aku call kata ada urusan di KL dan nak tinggalkan anak-anaknya sekejap. Semua orang macam excited sangat sebab gegirl nak datang. Anak-anakku tertunggu-tunggu. Sekejap-sekejap tanya, bila gegirl nak datang ni. Tapi adik aku tak jadi ke KL pula. Jadinya takdelah gegirl datang. Frustlah  anak-anak aku. Aku pun sama sebab dah terbau-bau dah si gegirl tu.

Semalam anak-anak berangan sangat biar gegirl datang. Si Az pula buat gempak kata gegirl nak datang. Apa lagi excitedlah semua. Padahal mana ada.   Jadinya dia orang pun frust lagi. Hari kerja memang jaranglah dapat jumpa. Kalau weekend tu memang selalu jumpa. Punyalah semua orang merindukan gegirl. Sampaikan macam tak boleh tunggu weekend.

Inilah gegirl yang kami rindui..

Wednesday, February 22, 2012

If tomorrow never comes..

Selalu saja en.asben menghantar e-mel kepadaku. Mengenai ilmu agama,  ilmu dunia, nasihat, maklumat juga lawak. Tapi hari ini dia menghantar lagu kepadaku. Muka memang rasa nak tak nak berhenti tersenyum. Dalam hati dah rasa penuh dengan taman bunga yang wangi. Macam sweet dan romantik sangat. Balas e-melnya. Romantiknya u. I love u. Call ucap terima kasih lagi. Lagu memang best. If tomorrow never comes by Ronan Keating.  Menghayati liriknya membuatkan aku sebak. Sampaikan beria aku menangis. Kalau itulah luahan hatinya, begitulah juga luahan hatiku. I love u sayang. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan kami mendapat restuNYA sehingga ke syurga. Amin.

If tomorrow never comes

Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes

So dear friends, tell someone that you love, just what you're thinking of if... tomorrow never comes...

Tuesday, February 21, 2012

Azure Fatahillah...

Itulah nama penuh Az. Anak bongsu kesayanganku. Hari ni sudah 8 tahun usianya. Ayahnya kata budak yang tak sabar-sabar nak keluar. Sebab kakak dan abangnya lahir pada tarikh 22. Dia pulak lahir pada tarikh 21 pukul 11.30 malam. Lagi setengah jam saja nak masuk 22 haribulan. Kalau tak, sama tiga-tiga beradik tarikh hari lahirnya. Bulan lain-lain. Rasa macam baru semalam melahirkannya. Macam baru semalam juga kaum keluarga macam susah nak menyebut namanya yang Azure tu.  Tapi sekarang ni semua dah lancar nak menyebutnya. Azure tu maknanya biru langit. Jadi sebutannya sama macam sebut warna biru langit azure tu lah juga. Ae-zi-or gitu. Atau A-zur pun boleh. Namanya sama makna dengan nama en.asben. Itu yang letak nama tu. Fatahillah pula nama salah seorang wali songgo yang menjadi raja. Fatah pun ada makna juga dari nama-nama Allah.

Setiap kali pergi klinik mesti nurse dan doktor tanya macam mana nak menyebut namanya. Guru-gurunya pun begitu. Jadinya lepas ni bolehlah aku minta mereka tengok cara sebutannya kat blog aku. Jadinya mereka tahulah macam mana nak menyebutnya dengan betul he..he.. (Poyo betul mamanya ni nak promote blog sendiri kan).

Pagi-pagi tadi bangun aje tidur aku dengar abangnya dah wish birthday. Lepas tu kakaknya pula. Alhamdulillah masing-masing peka tentang tarikh istimewa adik beradik. So pagi tadi kami nyanyikanlah ramai-ramai lagu selamat  hari jadi untuknya. Jadilah nak buatkan dia suka. Memang tersenyum-senyum malulah dia. Nak buat makan-makan pun tak boleh sebab rumah macam kapal karam lagi. Makan habuk bolehlah he..he.. Hadiah memang dah dapat dulu. Siap dengan abangnya pun dapat sekali.

Doaku agar anakku Azure Fatahillah terus diberikan kesihatan yang baik. Semoga Az dipanjangkan umur dan mendapat umur yang berkat. Semoga Az menjadi anak soleh yang bijak dan baik akhlaknya. Semoga anak-anakku sentiasa di lindungi olehNYA. Amin.

 Mereka yang paling comel dalam dunia di mataku dan en.asben...

Ambil gambar memang takdelah yang semenggah. Memang takde canlah nak ada gambar yang okey sikit kalau dengan budak sorang ni. Mesti ada aje spoilnya. Ini kira okeylah juga sebab tak masam mencuka. Tapi takpe, I like beribu-ribu kali juga. My one and only Azure Fatahillah tetap budak 8 tahun paling cute di hati mamanya.
I love you sayang. Happy 8th birthday.

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...