Friday, August 20, 2010

Misi menyelamat...

Lokasi : Lif kat ofis
Masa : lebih kurang 4.10 petang

Ini bukan gambar lif dan lokasi sebenar ye...

Waktu tu aku baru lepas bertegur sapa dengan sorang staff yang lalu kat situ. Sebaik staff tu berlalu aku terdengar ada suara yang memanggil namaku. Suaranya sayup tapi bunyinya kalut. Aku menoleh ke kiri kanan. Tapi tak nampak sesiapa pun. Ingatkan aku berkhayal. Tapi bila bunyi suara itu terus kedengaran aku pun jadi cuak juga. Terus saja mata ni terarah pada lif yang ada kat situ. Tanpa lenggah aku berlari ke situ untuk kepastian. Bila dah dekat baru terperasan yang satu pintu lif yang tertutup tu merenggang dalam 2~3 inci. Cukup untuk aku dan orang yang di dalam lif itu berkomunikasi. Cepat-cepat aku menekan punat lif yang di luar. Tapi pintu masih juga tidak terbuka. Alamak tak boleh. Nak buat cam mana ni???

Tarik tu, tarik tu!!

Katanya dengan penuh cemas memberi petunjuk. Tentunya dia mahukan aku lakukan sesuatu. Melihat keadaan itu dengan suara orang yang di dalam pun cemas semacam maka aku pun terikut panik sama. Sudahlah tiada orang lain yang lalu lalang waktu tu untuk menolong sama. Kiranya memang akulah satu-satunya orang harapan yang dapat membantu. Mengikut andaianku dia mahukan aku menarik pintu itu. Maka bagaikan kuat benar aku pun cuba menarik pintu lif yang merenggang itu dengan sekuat tenaga. Tapi sekuat manalah tenagaku untuk melawan kekuatan lif besi itu.

Tarik tu, tarik tu!!

Katanya sekali lagi. Dan sekali lagi juga aku melakukan benda yang sama sebelum aku menyedari rupanya ada alas kaki plastik bertulis welcome di depan pintu lif itu yang sudah terselit sikit di bawah pintu lif itu. Mungkin benda itulah yang orang di dalam tu minta aku tarikkan sejak tadi. Ya Allah malunya. Mujurlah memang pintu lif tu perlu di tolak sedikit sebelum dapat aku menarik alas kaki itu keluar dengan kaki. Kiranya itulah penyelamat untuk aku mengelak dari terasa malu kerana tindakan bodohku. Maka tidaklah orang yang di dalam tu perasan sangat yang aku dah buat kerja yang sia-sia sebentar tadi dalam misi untuk menyelamatkannya.

Ni cerita petang semalam. Tapi kalau teringat aje mesti aku tersenyum-senyum sendiri sampai la ni. Walaupun ini sesuatu yang kecemasan tapi tindakan pertamaku itu yang membuatkan perkara itu jadi sesuatu yang melucukan. Bukan niat untuk mentertawakan orang yang terperangkap itu. Tidak sama sekali. Sebabnya aku cukup bersimpati dan turut kalut sama.
Tapi aku mentertawakan diriku sendiri... eeiiii kenapalah aku boleh sekalut tu??? Ohhh... mungkin sebab puasa kot (ceh..ceh... ayat cover line tak hengat).

6 comments:

faryzh said...

waaaaaaaaaa~~~~
hero la ni..

Anonymous said...

ha..ha.. hero yg haru..

Unknown said...

biasa la,kalau dah dlm keadaan kecemasan sapa yang tak kalut?...err...kecuali paramedik ke...ahli bomba ke...diorang kan ke ari2 training!..

Fuz said...

haha. lain kali kena cool.relax.hehe

hentakbelipat said...

kehkeh..rilekk..janji niat dah ade nk tolong kot

Anonymous said...

betullah, lain kali walaupun kalut kena lebih cool & rileks...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...