Sunday, November 7, 2010

Nak beli apa yer..???

Aku baru balik dari kedai beli barang runcit. Selalunya pergi dengan mak. Tapi sebab hari ni kaki mak sakit so aku pergi sorang. Sebab mak tak pergi sama maka banyaklah juga barang-barang yang minta dibelikan. Sambil mengambil pesanan aku teringat pula pesanan-pesanan yang biasa keluar dari mulut mak. Biasanya dengan mudah juga aku memahaminya tanpa bertanya apa-apa. Sebab ada juga sesetengahnya aku turut menyebutnya begitu. Dah terbiasa dan dah terikut-ikut. Sudah sedap dimulut agaknya. Jenama barang yang popular dah jadi nama khas untuk sesetengah produk walaupun bukan produk jenama itu yang mahu kita beli.

- Ridsect yang Shieldtox
- Colgate yang Sensodyne
- Sabun Fab yang Dobi
- Kotex yang Stay Free
- Listerine yang Colgate
- Anlene yang Omega
- Dutch lady yang HL
- Cadbury yang Van Houtan

Ha..ha.. aku dan mak aku selalu menyebutnya begitu. Korang pulak bagaimana yer? Sama macam aku jugak ker?

Friday, November 5, 2010

Gerak hati ini..

Aku bukanlah seorang yang punya gerak hati yang kuat. Tapi dengan dia, gerak hati aku selalu betul dan begitu kuat.. Siapa dia ni dalam hidup aku???

Aku mula mengenali dia sejak umurku 10 tahun. Melalui kenakalan zaman remaja bersama. Kami bersahabat baik sehingga ke hari ini. Walau jarang berjumpa, walau sesekali berhubungan namun hubungan kami tetap rapat. Masih erat dan gerak hatiku dengan dia memang masih kuat dan selalunya tepat. Sudah takdirNya..

Pernah suatu hari aku bermimpi dia menangis teresak-esak bagaikan sedang dalam kesedihan yang amat sangat. Esoknya aku terus menghubungi dia. Bertanya tentang keadaanya. Ternyata memang dia sedang dalam kesukaran menghadapi konflik kehidupannya. Aku tumpang sedih dan simpati. Sebagai kawan aku menyokong apa saja keputusannya kerana aku pasti dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Dan aku selalu doakan yang terbaik untuknya.

Seminggu lepas hampir setiap hari aku teringat padanya. Entah mengapa aku terasa yang dia sudah jauh dariku. Untuk kepastian aku cuba menghubunginya. Hampir tiap hari juga sepanjang minggu itu. Namun dari nada taliannya aku dapat agak yang taliannya sedang berada di luar negara. Menurutku mungkin dia sedang bercuti. Ini kerana memang selalu dia bercuti ke luar negara. Sudah kebiasaannya. Maka aku tangguhkan dulu panggilan seterusnya.

Ma, ada sms untuk u... tidurku dikejutkan oleh en.asben. Ada message dari nombor panjang yang tentu sekali tidak aku kenali. Tanpa mengenalkan diri, aku tahu message itu dari dia. Dia yang memang sudah jauh dariku. Dia yang sudah berada di negara orang pada saat ini untuk tempoh yang mungkin agak lama. Dalam gembira ada sedihnya disebalik itu.

Doaku, semoga kau temui bahagiamu di sana. Pintaku, carilah aku andai kau pulang ke Malaysia nanti. Harapanku, moga persahabatan kita kekal abadi... Aku rindu kau juga sahabatku..


Thursday, November 4, 2010

Bila anak demam...

Bila badan sakit-sakit, bila malam tak cukup tidur, bila tidur tak boleh nak lena, bila perasaan jadi risau, bila tengok jadi sedih, bila 6 jam sekali tengok jam... itu tandanya anak tengah demam. Sekarang ni si bongsu Az tengah demam. On and off sejak sabtu lepas. Petang semalam suhu dia naik lagi. Melepek aje kat sofa masa aku balik kerja. Muka lesu. Kesian. So mama & ayah pun bawa lagi ke klinik untuk kali yang kedua untuk follow-up and check up.

Soalan pertama dari doktor ialah berapa liter dia minum dalam sehari waktu dia demam ni. Adakah sampai 1liter? Aku cakap iye kalau campur susu botol yang dia minum. Doktor kata no, no, susu tak boleh kira. Dia nak tahu air yang diminum saja. Tak kiralah air kosong ke, ribena ke, sarsi ke. So aku cakap kalau setakat air tu memang sikit sangatlah yang dia minum. 250 ml pun rasanya tak sampai.

Menurut doktor tu bila anak demam, kita kena pastikan anak kita minum air dengan jumlah yang banyak. Kalau boleh 1 liter air setiap hari. Katanya ubat tak boleh menghilangkan demam. Ubat cuma boleh menurunkan suhu pada waktu itu dan beberapa jam selepas itu saja. Katanya parent selalu depend on ubat bila anak demam. Sebab itu bila anak demam, agak lambat untuk demam tu surut. Sebenarnya peranan air lagi penting.

Bila tidak cukup air, tubuh anak yang demam itu terhidrat. Jadi suhu badannya akan naik. Parent pun pergilah lagi jumpa doktor and sibuk dok claim kata ubat yang diberi tidak elok. Kalau jumpa doktor lain pula doktor lain tu akan blame doktor sebelumnya. Advise pula untuk tambah antibiotik yang lebih tinggi dosnya tanpa sedikit pun memaklumkan pada kita tentang pentingnya pengambilan air yang banyak pada waktu anak kita demam.

Bila tak sembuh juga kita bawa anak kita pergi jumpa pakar pula. Pakar akan admit anak kita. Stay satu dua hari kat hospital. Bagi drip dua tiga bag air barulah anak kita kebah dari demam. Kita pun akan bagi pujian pada doktor pakar tu tanpa sedar yang air yang di masukkan ke dalam tubuh anak kita itulah penyembuh sebenarnya.

Bagus juga consultation yang doktor tu bagi pada kami. Thanks Doktor. Daripada biar tangan anak sakit, bengkak biru nak cucuk jarum untuk masukkan air, lebih baik kita usaha sikit pujuk anak kita untuk minum lebih banyak air. Balik dari klinik semalam singgah kedai beli air yang dia berkenan. (bukan milo yer.. 100 plus or air buah-buahan seeloknya) Beli dua tiga botol. Malam tadi pujuk + paksa dia minum.

Pagi ni nampak macam dah reda sikit. Umpan dengan buku upin & ipin minta dia minum air lebih sikit hari ni. Mudah-mudahan dengan izin Allah, malam ni biarlah sembuh sepenuhnya demamnya itu. Kami dah usaha dengan cara minum air yang banyak tu. Ubat pun bagi juga. Doaku biarlah anak aku segera sembuh. Jauhkanlah anak aku dari sebarang penyakit dan wabak. Aminn..

Wednesday, November 3, 2010

Tag oh tag..

Sejak seminggu lepas banyak betul aku kena tag. Untuk contest and GA pun ada juga. Jadinya mana yang sempat tu aku buatlah. Mana yang tak buat tu aku minta maaf yer. Bukan tak sudi tapi tak sempatlah. Jangan ambil hati yer. TQVM sebab sudi tag and invite aku. Lain kali kalau aku free, aku join yek.. But no promises (ceh..ceh..macam tajuk lagu shayne ward tu..)


Tag ni dari Eyka Elisha. Syaratnya macam kat bawah ni. (Mak aiii 25. Byk tu.. I cuba ye)

MENCARI IDENTITI BLOGGER
Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you :D

1. suka senyum.. 2. takut kucing.. 3. bukan kidal.. 4. lahir bulan mac.. 5. zodiak aries.. 6. anak sulung.. 7. suka baca novel.. 8. suka kasut wedges.. 9. lahir kat JB.. 10. suka tengok awan.. 11. tak simpan kuku panjang 12. penyedih.. 13. mudah simpati.. 14. tak kurus.. 15. taklah gemuk juga.. (fakta kurus gemuk tu berdasarkan BMI yer.. bukan dari pandangan aku sendiri).. 16. tak tinggi.. 17. rendah pun tidak.. 18. family person.. 19. suka bercerita.. 20. minat menulis.. 21. suka shawl.. 22. boleh masak tapi tak pandai sangat.. 23. baju family iron sendiri.. kalau malas sangat baru hantar dobi.. 24. suka filem romantik.. 25. setia.. Fuhh dah cukup 25 perkara pasal aku..

Bab yang paling sukar.. nak kena tag 25 orang yang lain.. wah banyak tu.. Kalau tak tag boleh tag.. Bukan apa sebab kalau suka-suka tag takut ada orang yang tak suka. Kalau aku OK aje. So pada siapa yang berminat nak teruskan tag ini sudi-sudikanlah yer.

Tuesday, November 2, 2010

Lovingnya Seniman P.Ramlee tu...

Aku : Yang, kaki i terpercik minyak panas sikit masa goreng pisang tadi.

En.asben : Ye ke ma, takpelah, lepas ni u tak payah masak lagi yer. U duduk aje pakai lawa-lawa and ambil masa u untuk bernafas saja. Nanti i call Fid untuk masak untuk kita.

**FYI, Fid tu adik aku.


Korang tengok tak dokumentari P.Ramlee kat History Channel malam ahad lepas.

Seniwati Mariani : P.Ramlee tu dia suka kalau Saloma duduk cantik-cantik buat kerja yang senang-senang macam mengait atau buat beading saja. Untuk kerja-kerja yang susah-susah tu dia akan panggil orang lain buatkan. Contohnya kalau dia teringin nak makan apa-apa dia akan panggil saya untuk masakkan untuk dia... (lebih kurang macam tu lah bunyi dialognya..)

Itu cerita dari mulut iparnya sendiri. Lovingnya P.Ramlee tu kan. Dia mahu isterinya sentiasa cantik tanpa perlu buat kerja. Kalau nak masak dia akan suruh iparnya datang rumah tolong masakkan. Kalau sesiapa ada tengok dokumentari P.Ramlee di History channel malam ahad lepas tentu tahu pasal ni. Punyalah romantik dan sayangnya seniman itu pada isterinya. Sukanya.. Para suami kat luar sana tu boleh tiru ni. En.asben I tengah dalam percubaan tu..

Ha..ha.. Takdelah dialog di atas tu hanya gurauan kami di pagi hari. Aku masih lagi buat kerja rumah macam biasa. Tapi perlukah aku komplen bila dalam sibuk dengan urusan rumahtangga aku masih punya masa untuk berblogging dengan keizinan en.asben? Rasanya tak perlukan.

Award yang cantik dari Lulu..


Wah.. suka..suka.. dapat award lagi dari Lulu. Ini merupakan award yang ke-empat dari Blog Lulu Caldina ni. Tapi kali ini lagi excited sebab award ini memang pure dari Lulu sendiri. Cantik award dari Lulu ni kan. Colourful flowers lagi. Cantik, manis, ayu macam orangnya juga.

Syarat-syaratnya untuk menerima award ni pula adalah seperti berikut :

1. Blog Lulu Caldina di mata kalian. (belum tengok sila BW... Kliklah link Lulu tu yer)
Di mata saya blog Lulu ni memang padat dengan berita terkini. Kiranya kalau tak baca paper or tak tengok berita pun kita akan dapat latest news dari blog Lulu ni. Itu yang saya suka sangat. Rajin betul Lulu update blog dia. Satu hari entah berapa news yang dia cover. Memang terbaiklah.

2. Nama blog anda dan kenapa letak nama itu?
Nama blog saya HanisAzla@Blog. Itu gabungan nama insan-insan kesayangan dalam hidup saya. Sebab itu saya letak nama itu yang mengambarkan diri saya keseluruhannya.

3. Nama url anda dan dari mana datangnya idea itu?
Url saya http://hanisazla.blogspot.com/ . Pasal idea tu sama seperti jawapan di atas tadi..

4. Apakah method dalam penulisan blog anda?
Methodnya adalah tentang diri saya, pendapat saya, pandangan saya dan segala yang berkaitan dengan diri dan dunia saya serta apa yang menarik minat saya untuk bercerita.

5. Apa perasaan anda bila tengok blog orang lain cantik dan kreatif sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang tu blok sendiri cantik tapi rendah diri)..
Saya suka dan kagum bila tengok blog orang lain yang cantik dan kreatif. Tapi dalam masa yang sama saya sukakan blog saya yang serba sederhana mengikut cara dan kemahuan saya tanpa perlu mengikut orang lain. Sebab apa yang penting kepuasan diri sendiri.

6. Bila blog anda ditubuhkan?
Blog saya ditubuhkan pada 25 June 2010... Orang baru dalam dunia blogging ni..

7. Siapa orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda?
En. asben orang pertama yang tahu. Anak-anak saya pula follower pertama saya..

8. Sila tag 5 orang dan forward sekali syarat di atas.
Ok saya akan tag 5 kenalan baru yang sudi follow blog saya sebagai salam perkenalan untuk menerima award ini. Diharapkan anda-anda semua sudi menerima award ini.

Monday, November 1, 2010

Tuisyen dan ceritanya..

Tak senang rupanya untuk mendaftar masuk ke pusat-pusat tuisyen sekarang ini. Sangkaku bila-bila masa saja kita boleh daftarkan anak kita untuk mengikuti kelas tambahan di mana-mana pusat tuisyen yang kita suka. Rupanya tak semudah itu. Lebih menyukarkan keadaan bila kita mahu daftarkah di pusat tuisyen yang sudah ada nama dengan rekod yang baik. Mendaftar pula untuk tahun-tahun tertentu saja. Maklumlah jumlah tempat terhad untuk satu-satu kelas. Pelajar yang sedia ada dari tahun sebelum juga sudah pasti menjadi keutamaan mereka. Prestasi pelajar juga mahu diambil kira bagi menjaga reputasi sedia ada. Kiranya kuantiti dan kualiti memang terjaga di sesetengah pusat tuisyen ni. Bukan berdasarkan keuntungan semata.
Tahun depan anak sulungku Han akan mengambil peperiksaan UPSR. Jadinya aku mula memikirkan keperluan untuknya mengikuti kelas tambahan pada tahun hadapan. Sebenarnya sejak dua tahun lepas aku ingin anakku mengikuti kelas tuisyen. Tapi en.asben tidak bersetuju dengan alasan dia tidak mahu jadual anaknya terlalu padat dengan berbagai kelas. Tapi rasanya untuk tahun hadapan mahu tak mahu kami terpaksa juga menghantar Han ke kelas tambahan sebagai persediaan dia menghadapai peperiksaan besar pertama untuknya (kalau peperiksaan itu tidak dimansuhkanlah).

Mujur seorang sahabatku memaklumkan tentang perkara itu lebih awal. Makanya awal-awal jugalah aku memulakan langkah untuk mendaftar anak aku. Tiga minggu lepas aku sudah menghubungi pemilik pusat tuisyen. Pada mulanya nampak berat untuk dia menerima permohonanku atas sebab-sebab seperti yang aku nyatakan di atas tadi. Menurutnya juga, ramai ibubapa yang menghantar anak mereka khususnya yang di dalam tahun 6 ke pusat tuisyen itu dengan harapan anak mereka mendapat peningkatan yang mendadak sedangkan ada diantara anak-anak mereka yang langsung tidak dapat menguasai pelajaran mereka sebelum ini. (Sempat jugalah aku mendengar luahan hatinya).Tentulah susah bagi pihak tuisyen untuk melaksanakannya. Walaupun tidak mustahil tetapi tentulah tidak senang untuk jadikan seorang pelajar itu from zero to hero.
Disebabkan perkara itu, sekarang ini untuk kemasukan pelajar tahun 6, pihak pusat tuisyen itu hanya mengambil pelajar yang mempunyai markah ujian 60% ke atas saja. Kiranya yang terlalu lemah tu memang mereka tidak akan mengambilnya. Mujur prestasi Han melepasi had itu. Kalau tidak terpaksalah aku jadi guru tuisyennya untuk tahun depan. Bukanlah tiada pusat tuisyen lain. Tapi kalau boleh biarlah pusat tuisyen yang kita hantar tu berbaloi untuk anak kita meningkatkan pencapaian pelajaran mereka iye tak. So malam ni aku dengan en.asben akan pergi mendaftar tempat untuk Han mengikuti kelas tuisyen tahun hadapan yang akan dibuka pendaftarannya bermula malam ini. Bersunguh betul kan...

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...