Thursday, June 30, 2011

Masa...

Sungai

Airmu mengalir
Dari gunung, jauh di sana
Jernih dan sejuknya
Sungguh indah, dipandang mata

Kau tetap mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti

Masa juga
Kan berlalu tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya
Janganlah leka

Pernah dengar lagu Sungai ini tak? Lagu sungai ini merupakan antara lagu kegemaran aku. Rasanya aku belajar lagu ni kat sekolah masa darjah 2 ke darjah3. Menarik sangat lagu ini. Sebab itulah sampai sekarang aku masih ingat senikata dan melodinya. Bagi aku lagu ini merupakan lagu yang sangat indah. Begitu juga dengan isinya.  

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... (Surah Al-Asr)


Sejak kecil lagi kita sudah diterapkan dengan kepentingan menjaga masa. Namun sampai sekarang sikap membuang masa itu masih ada dalam diri ini. Sedih betul rasanya. Harap-harap  selepas ini aku lebih pandai menghargai masa. Dan berharap sangat agar aku tidak terleka apatah lagi dalam kerugian.

Tuesday, June 28, 2011

Putera Katakku..

Kalau kucing yang comel pun aku takut. Kalau katak, lebih lagilah jawabnya. Bawah daguku siap pernah kena jahit sebab terjatuh kerana takutkan katak. Punyalah takut. Tak pasal-pasal ada parut jahit tu. Nasib baik kat bawah dagu. Jadinya takdelah hantaran kena turun sikit harganya dulu he..he..

Waktu baru-baru kahwin, adalah peristiwa dengan katak juga. Waktu tu en.asben tengah tidur. Aku dengan mak tengah tengok TV. Sekali tu terperasan ada katak kat belakang pintu dapur. Aduhai.. nak kuis dengan penyapu kena ambil penyapu disebalik pintu tu dulu. Tapi percubaan nak buka pintu tu asyik tak menjadi. Sebabnya, baru saja nak tarik pintu tu, katak tu dah melompat-lompat. Bila ia melompat aku pun ikut melompat takut sama.

Selepas dua tiga kali mencuba akhirnya aku surrender. Urusan katak itu perlu aku serahkan kepada en.asben. Jadinya terpaksalah juga aku mengejutkan en.asben dari tidurnya. Ingatkan en.asben nak mengambil penyapu terlebih dahulu. Tapi rupa-rupanya dengan selamba  en.asben pegang dan ambil katak tu dengan tangan dan buangkannya ke luar.

Masa tu aku rasa macam wah machonya en.asben aku ni (macho di mata aku okey. Kalau orang lain tak rasa macho aku tak marah punya he..he..). Tak sangka pula yang en.asben berani pegang katak tu. (Dasar penakut kan. Bila dah takut tu terus ingat macam orang lain pun takut juga). Teruslah rasa macam en.asben ni putera katakku. Dialah wiraku.

Aku rasa en.asben pun tak ingat dan tak ambil kisah tentang kisah ini. Ini kerana mungkin padanya perkara ini adalah satu hal yang biasa. Tapi pada aku yang rasa seperti diselamatkan, tindakannya itu amat aku kagumi. Begitulahkan, sesetengah perkara itu mungkin kecil bagi kita tapi besar pada orang lain. Jadinya, jangan sesekali mengecil-gecilkan hal yang dianggap besar oleh orang lain. Kerana pandangan kita terhadap sesuatu perkara itu tidak sama.

Dalam hidup ini juga ada ramai wira-wira disekeliling kita.. Kehadiran wira-wira ini membuatkan kita sentiasa merasa selamat. Mungkin pada orang lain seseorang itu tiada nilainya. Namun di hati seseorang, orang itu terlalu bernilai. Kita juga mungkin wira di hati orang lain. Jadinya, walaupun siapa kita, jangan rasa diri kita tidak setanding dengan orang lain. Mana tahu kita juga mungkin wira di hati orang lain tanpa kita sendiri menyedarinya.

Monday, June 27, 2011

Bila teringin jadi tegar..

Semuanya bertitik tolak dari minat membaca blog-blog orang lain. Maka timbul pula minat untuk berkongsi kisah sendiri. Mana tahu ada yang berminat untuk membacanya pula. Bila baca cerita orang semua yang simple nampak menarik. Jadi tak salah rasanya untuk berkongsi kehidupanku untuk tatapan dan bacaan semua pula. Manalah tahu andai ada yang merasakan menarik pula. Tak cuba tak tahu. Iye tak. Hmm...memang teringin.

Sebenarnya, ayat yang di atas ni ialah dari entry pertamaku yang aku tulis pada 25 Jun 2010. Kiranya dah setahunlah aku berblog. Tak sangka pula, bermula dengan sekadar teringin akhirnya menjadi tegar. (Tegar ke? he..he.. Tegar cara akulah. Tegar yang selalu rasa nak berkongsi cerita di sini). Pada mulanya memang tujuannya mahu berkongsi cerita. Tapi bila dah setahun ni, aku merasakan blog ini adalah sebagai tempat untuk aku menyimpan kebanyakan kisah dan ceritaku. Makanya blog ini menjadi sesuatu yang sangat istimewa untukku. Berkongsi dengan orang lain untuk diri sendiri juga.

Selama setahun ini, rupanya sudah 146 entry aku berkongsi cerita. Kebanyakkannya adalah kisah kenangan dan pengalamanku juga cerita-ceritaku bersama insan kesayanganku Han, Is, Az dan La. Itupun masih bertapis-tapis lagi. Yang terlalu peribadi masih aku simpan sendiri. Termasuklah gambar sendiri ha..ha.. Walaupun bukan semua kisah dan cerita aku kongsikan di sini, namun ianya tetap menjadi tempat di mana aku dapat imbau balik cerita-cerita lama kami. At least en.asben dan anak-anak boleh mengenang kisah kami sekeluarga di sini nanti-nanti. Harap-harap blogger.com ini tiada masalahnya sampai bila-bila. 

Alhamdulillah, selama setahun ini ada 510 kawan yang sudi menjadi follower di blog ini. Memang aku takde target pun untuk bilangan follower.  Mula-mula berblog dulu, aku rasa kalau 50 orang yang sudi jadi follower pun dah kira hebat. Memang aku tak menyangka sama sekali boleh sampai 510 orang. Walaupun orang lain dan mencecah ribuan dalam masa setahun, tapi jumlah itu tetap buatkan aku tersenyum senang. Seronok sebab dapat tambah kawan.
(Jumlah teman FB aku pun tak seramai ini tau).

Harap-harap aku boleh terus berkongsi cerita di sini. Komen-komen dan kunjungan teman-teman memang menaikkan semangat untuk aku terus berkongsi cerita. Ianya menjadi pemangkin untuk aku jadi rajin untuk update entry terbaru walaupun sehari cuma satu. Dan kadang kadang dua tiga hari baru ada satu he..he.. Rasanya kalau tiada kunjungan dan komen-komen itu, mahunya aku simpan sendiri cerita-cerita tu. Kenangan pun terus tersimpan dalam hati. Sungguh, aku seronok berblog. Aku rasa lebih jujur dan menjadi diri sendiri di sini. Itulah yang aku mahu sebenarnya. Dan aku menjumpai dan memperolehinya di sini. Alhamdulillah.

Friday, June 24, 2011

Soalan anak aku..

Perbualan semasa menonton cerita yang ada Rozita Che Wan dan Shahir malam tadi  tu..

Han : Ma, Rozita Che Wan tu anak Chef wan yer?
Aku : Eh, taklah..
Han : Ingatkan, dia nak Chef wan...

Aduhai.. Han ingat Che Wan tu salah eja kot.. He..he..

Thursday, June 23, 2011

Petunjuk dan Istikharah..

Sedar tak sedar hujung bulan nanti sudah 2 tahun aku di tempat baru ini. Maknanya sudah 2 tahun jugalah aku memegang jawatan baruku ini sekarang. Jawatan yang sememangnya begitu memenuhi keinginanku. Alhamdulillah, walaupun bukannya jawatan besar tapi aku amat suka dengan tugas dan jawatan aku sekarang. Kiranya ianya benar-benar serasi dengan jiwaku.

Dua tahun lepas aku melepaskan jawatan di tempat lama. Setelah 15 tahun berkhidmat, pastinya bukan satu perkara yang mudah untuk aku melepaskan segalanya di sana. Banyak perkara yang perlu aku lepaskan.  Seniority, tangga gaji yang sudah stabil, peluang kenaikan pangkat, peluang kenaikan gaji, peluang bonus tak kurang 2 bulan setiap tahun serta beberapa kemudahan yang saban tahun aku menikmatinya. Tak ketinggalan juga untuk meninggalkan tugas yang sangat seronok dan kawan-kawan yang sangat baik.

Tapi dengan solat istikharah, aku tahu aku sudah mengambil keputusan yang betul. Hatiku begitu kuat dengan keputusan untuk berhijrah selepas solat istikharah aku laksanakan. Langsung tiada ralat walaupun aku menerima perbezaan gaji baru yang lebih rendah melebihi seribu ringgit sebulan. Alhamdulillah, sehingga kini, aku amat bersyukur kerana diberi petunjuk untuk memilih jalan yang betul dan terbaik ini. Alhamdulillah juga kerana rezeki AL RAZAAQ masih sentiasa mencukupi buatku.

Sebenarnya, dalam beberapa bulan sebelum aku mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan di tempat lama, memang syarikat lamaku ada menawarkan pemberhentian secara sukarela (VSS). Kiranya, memang tepat benar saatnya dengan keputusan aku untuk berhijrah. Namun kerana tidak yakin dengan keputusanku dan kerana tidak mengambil kisah untuk memohon petunjuk dariNYA  dengan beristikharah, makanya aku terlepas peluang untuk mengambil keputusan yang betul. Sekaligus terlepas peluang untuk menerima ganjaran itu. Ganjaran yang kalau aku terima memang cukup untuk aku membeli sebuah kereta kecil secara tunai.  

Aku akur dengan ketentuanNYA. Ganjaran itu bukan rezekiku. Tiada ralat kerana sedar yang kalau sudah bukan rezeki kita, dalam apa cara sekali pun kita tidak akan mendapatkannya. Namun dalam pada tiada ralat itu, masih ada juga perkara yang aku kesalkan. Aku kesal kerana aku langsung tidak memohon petunjuk dariNYA dalam membuat keputusan. Solat istikharah untuk memohon petunjuk dariNYA tidak aku tunaikan saat itu. Memang perkara itu sangat aku ralatkan sehingga kini.

Sebenarnya aku sengaja bercerita soal nilai di sini. Sebab ianya lebih mudah untuk dijadikan ukuran. Tapi bukan nilai itu yang menjadi persolannya. Bukan soal nilai yang aku terlepas itu juga yang aku ralatkan. Persoalan yang aku ingin ketengahkan di sini ialah soal perlunya kita sebagai hamba Allah untuk sentiasa memohon petunjuk dariNYA. Perkara yang aku tidak lakukan itulah yang membuatkan aku berasa kesal dan ralat sangat.

Dalam hidup ini, ada banyak perkara memerlukan kita untuk membuat pilihan. Kadang-kadang pilihan itu terlalu mudah untuk kita buat. Namun ada masanya terlalu sukar untuk kita membuat pilihan dan keputusan. Makanya, sangat perlu untuk kita memohon petunjuk dariNYA. Buruk baik, untung rugi, suka duka segalanNYA dari DIA. Namun dengan petunjuk dariNYA, tak kiralah apapun yang akan kita lalui, InsyaAllah, tiada apa yang dapat buat kita rasa kesal dengan memilih jalan itu. Alhamdulillah, perkara-perkara yang berlaku telah membuka mataku tentang betapa pentingnya Solat Istikharah itu.

Perkara yang aku kesal dan ralatkan itu menjadi pengajaran yang sangat bermakna kepadaku. Terima kasih ALLAH. Semoga kisahku ini dapat menjadi panduan untuk semua. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dariNYA.

Wednesday, June 22, 2011

WW yang tak berapa nak wordless..

 I taknak ada kura-kura kita hilang sebab ni juga…
Dapat e-mail lost puppy ni dari en.asben. Gambar ini buatkan aku tersenyum. Tapi kata-katanya yang tersirat buatkan aku terus tersenyum. (Penuh berhemah sekali pesanan en.asben aku ni kan.) Hmmm... Baiklah sayang...

Tuesday, June 21, 2011

Bukan menunjuk, cuma nak perhatian..

Hari ni nak cerita pasal si kecik aku yang dah besar tapi badannya kecik juga tu. Semalam dia pakai jam baru ke sekolah. Sebenarnya bukanlah jam baru pun. Sebab en.asben dah beli G-Shock yang baru makanya jam G-shock yang ada sebelum ini telah diperturunkan kepada Is pula. Sebab Is dah dapat jam yang bagus makanya jam lama miliknya diperturunkan kepada adiknya pula. Kiranya first time jugalah Az pakai jam digital yang bukan jenis jam kartun-kartun. So tersangat excitedlah Az masa nak pergi sekolah semalam.

Sebab pagi tu dia nampak excited sangat, makanya malam tadi sajalah aku bertanya tentang jam itu padanya. Ada orang tegur tak pakai jam baru tu? Memang aku sengaja mahu mengusiknya. Dia pun dengan muka yang bersungguh bercerita. Takde pun mama. Padahalkan, baby dah angkat tangan macam ni. (Sambil angkat tangan gaya orang baca ikrar.) Tangan yang ada jam tu, tapi takde orang tanya pun.  (Semalam kan hari isnin, jadinya memang ada perhimpunan. So memang adalah bacaan ikrar rukun negara tu.)

Tergelak aku dengan reaksi dan kejujurannya. Biasalah budak-budak. Dia cakap apa yang ada di hatinya. Takde nak cover-cover. He..he.. perkara biasalah tu kan. Bila kita pakai barang baru, mesti nak tengok reaksi orang. Walaupun memiliki barang baru merupakan satu kepuasan untuk diri sendiri, tapi kalau dapat perhatian, kepuasan itu terasa lebih lagi. Kita pun selalunya macam tu. Tapi jarang benar nak mengaku..  

Monday, June 20, 2011

Cantik bergaya tapi..

Semalam di rumah mertua, mak mertuaku bercerita tentang seseorang yang sombong. Menurut mak mertuaku, ketika mengundur kereta di sebuah pasaraya tempoh hari, tak terperasan pula ada kereta lain di belakang yang mengundur sama. Sedar-sedar sudah bertembung belakang kereta kedua-duanya.  Jadinya mak mertuaku pun cepat-cepat keluar dari kereta. Awak tak dengar ke saya dah hon? Tak semena-mena mak mertuaku dijerkah oleh seorang perempuan muda bertudung yang cantik wajahnya. Dengan menggunakan bahasa awak-awak pula tu. Langsung tak hormat dengan menggunakan panggilan sepatutnya dengan orang yang lebih tua.

Kalaulah mak mertuaku dengar bunyi hon itu, takkanlah mak mertuaku mahu terus mengundur. Dan dia pula bila dah menyedari keadaan itu kenapa tidak cepat-cepat mengelak saja. Tidak mahu memanjangkan cerita mak mertuaku segera meminta maaf. Tapi perempuan muda yang cantik itu terus mengomel sedangkan bukan remuk pun keretanya. Hanya secalit garisan yang tidak begitu kelihatan. Tapi bila perempuan itu terus buat bising mak mertuaku pun menawarkan untuk membayar ganti rugi. Tapi penawaran itu terus di tolak. Sambil itu sibuk mulutnya mengatakan dia ada banyak urusan lain selain mahu pergi membaiki kereta yang tercalar sedikit itu.

Kalau sudah begitu apa lagilah yang mak mertuaku boleh buat kan. Dia terus mengomel tak puas hati dengan mengatakan mak mertuaku sengaja melanggar belakang keretanya. Mak mertuaku terus beristighfar berkali-kali dengan tuduhannya. Melihat keadaan itu boleh pula dia menjerkah mak mertuaku lagi. Hah.. beristighfarlah banyak-banyak? Boleh pula dia berkata begitu. Bukankan itu yang sepatutnya dikeluarkan dan lebih baik diucapkan dari mulut seseorang daripada mengeluarkan maki seranah. Aku yang dengar pun jadi sakit hati.

Aku pasti perempuan itu mestinya cukup cantik. Jika tidak takkanlah mak mertuaku tetap memujinya walaupun perempuan itu sudah membuat perangai yang tidak molek. Memang ramai orang-orang yang sebegitu disekeliling kita. Berwajah cantik tapi begitu buruk dalam berbudi bahasa. Berpangkat tinggi dan berpelajaran tinggi, tapi mempunyai budi bahasa yang rendah nilainya. Harap-harap kita semua terhindar dari mempunyai perangai buruk seperti itu. Biarlah wajah kita tidak secantik mana. Asalkan kita berbudi bahasa, tentunya kita nampak lebih cantik dari orang yang cantik bergaya tapi tidak pandai berbudi bahasa. 

Dunia ini kan bulat. Pusing-pusing mana tahu suatu hari nanti bertemu juga. Bayangkan jika suatu hari nanti bertembung semula. Manalah nak letak muka kalau sudah mempamer akhlak yang sebegitu rupa di saat pertama kali bersua. Kalau aku, tentunya terasa malu tak terhingga..

Friday, June 17, 2011

Heroku dan Hero mereka...

Dia seorang yang sangat menghormati tetamu. Walau tengah tak ada, tetamu yang datang pasti dirai dan dijamu. Dia juga seorang yang suka mencari saudara. Walau di ceruk mana. Walau dengan menaiki bas, hajat untuk mencari saudara yang terpisah jarang terpatah. Maka tidak hairanlah sehingga kini kenalan dan saudara maranya masih mengenangnya sebagai seorang yang baik. Bila berjumpa dengan saudara mara atau kenalan lamanya, pujian seperti itu biasanya keluar dari mulut mereka. Aku bangga mendengarnya.

Dia seorang suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab. Walau tak ada, selalu saja diusahakan untuk keluarganya. Kami bukannya orang senang, tapi waktu kecil dulu hidup kami terasa juga mewahnya (mewah cara kamilah). Makan pakai sentiasa cukup. Biar tak ada, bab makan masih keutamaan. Pakaian tak pernah ketinggalan dari orang. Peralatan rumah semuanya cukup. Ini kerana dia berkerja keras untuk memastikan hidup kami lengkap dengan segala keperluan. (serba lengkap cara kamilah juga).

9 tahun saja aku dapat merasai hidup bersamanya. Sudah 26 tahun aku kehilangannya. Tapi kasih sayangnya tetap dapat aku rasai sehingga kini. Pelukan eratnya masih dapat aku rasakan. Suaranya masih terdengar-dengar di telinga ini. Keperihatinannya masih terus aku ingati. Sungguh, aku rindu padanya. Walaupun hanya seketika dapat bersamanya, namun kenangan-kenangan terindah bersamanya sudah cukup buatkan aku rasa bahagia.

Esok Hari Bapa. Seperti orang lain yang mengingati ayahnya, aku juga mengingati arwah ayahku. Ayah yang terbaik untukku dalam dunia. Alhamdulillah, anak-anakku  juga mempunyai seorang ayah sebaik ayahku. Melihat cara en.asben melayan anak-anakku, selalu membuatkan aku terkenang  layanan arwah ayahku padaku. Langsung tiada beza. Memang itu yang aku mahu anak-anak aku rasa. Kasih sayang yang tiada tandingnya dari seorang yang bergelar ayah untuk mereka. Untuk en.asben, thanks sayang kerana menjadi AYAH terbaik untuk anak-anakku. Kami sayang u sangat-sangat. Hero TERHEBAT, TERKACAK, TERBIJAK, TERCEKAP dan TERBAIK  kami.

Ucapan Selamat Hari Bapa untuk semua yang bergelar bapa. Semoga kehidupan kalian sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari-NYA.

Thursday, June 16, 2011

Komen sikit boleh..

Waktu baru-baru berblog dulu. Entry-entryku memang tiada yang komen. Kalau ada pun cuma dari anakku sendiri he..he.. (jadilah buat semangat mamanya terus menulis.) Dari sehari ke sehari jumlahnya makin bertambah. Dari tiada jadi satu komen. Itu pun dah buat aku tersenyum  senang. Dari satu naik dua, kemudian meningkat lagi. Suka betul rasannya kerana komen-komen itu sangat membantu untuk menaikkan semangat. Padaku, banyak sikit bukannya ukuran. Kesudian orang nak tinggalkan komen itu lebih bermakna.

Sekarang ini, rasanya setiap entry ada komen dari teman-teman blogger. Tambah seronok rasanya nak terus berkongsi cerita. Ada orang suka balas komen. Ada orang lebih suka membalas komen kawan-kawan dalam entry seterusnya. Ada juga yang sekadar membalas komen yang berbentuk pertanyaan saja. Ada orang membalas komen mengikut entry dan kesempatan. Lain orang lain cara kan. Semuanya mengikut cara masing-masing.

Aku pula memang rajin sikit nak membalas komen kawan-kawan. Tak kisahlah walau mereka tak membacanya kembali. Tapi tetap juga nak balas komen-komen tu semua. Disebabkan kebelakangan ini sibuk sikit jadinya rutin membalas komen tu jadi tak terbuat sekejap. Tapi walaubagaimana pun, komen-komen itu tetap aku baca dan sangat dihargai. Terima kasih yer.    

Disebabkan tak berkesempatan nak balas komen-komen dari kawan-kawan tu membuatkan aku rasa semangat nak berBW pun ada kurang sikit. Nak buat entry baru pun rasa macam tak best sebab nanti tak dapat nak balas komen-komen tersebut. Tapi hari ni sebab dah rindu sangat makanya terhasil jugalah entry ni. Ada banyak yang nak dikongsi. Tapi bila dah banyak, nak mengarang pun otak jadi tepu. Mungkin masih nak sesuaikan diri untuk ambil mood kot. Takpelah.. Pelan-pelan kayuh ye tak? He..he..     

*Terima Kasih untuk ucapan takziah dari Kawan-kawan. Terima kasih juga untuk yang puji Header baru tu. Credit to Lulu Caldina. Sebab buatkan Header baru yang cantik tu. Yang lama pun Lulu juga yang buatkan. Thanks Lulu. 

Tuesday, June 14, 2011

Sedikit berita tentang semalam..

Dalam bulan Februari tahun ni, kami dikejutkan dengan berita atuk saudaraku disahkan mengidap kanser hati stage 4. Bagaikan tak percaya kami melawatnya di SJMC selepas dia membuat pemeriksaan lanjut selepas membaca info tentang penyakit tersebut di akhbar. Ini kerana waktu itu, atuk saudaraku mempunyai simptom seperti yang tertulis di akhbar itu.

March lepas, kesihatannya masih baik. Masih bertenaga untuk menguruskan kerja kahwin anak bongsunya. Sebulan lepas waktu makcik aku menelefon untuk menjemput kenduri kahwin anaknya, atuk saudaraku dan keluarganya tiada di rumah kerana bercuti ke Port Dickson. Maknanya kesihatan atuk saudaraku masih elok lagi.

Ahad lepas kami ke rumahnya kerana mendapat berita kesihatannya semakin teruk. Kaum keluarga dan saudara mara sudah ramai yang turut menjengguk. Memang berbeza sekali keadaannya dengan kali terakhir kami jumpa. Petang semalam, atuk saudaraku pergi di jemput Ilahi di katil rumahnya. Al Fatihah untuk arwah.

*Minta maaf yer. Masih tak sempat nak balas kunjungan kawan-kawan. Dua tiga hari ni sibuk sangat rasanya. Kebetulan pula ada tugasan yang menuntut perhatian yang teliti dan mengambil masa. Terima kasih pada yang sudi bertandang. Insya Allah, nanti bila free saya balas balik yer.

Friday, June 10, 2011

Tiba-tiba feeling macam...

Ini cerita last week..

Mode : Merajuk dengan en.asben on something yang biasalah kecil punya hal.

Off courselah en.asben tak layan. Lelaki kan. Mana rajin nak layan perempuan merajuk. So aku hantar sms kat en. asben. Typelah something about it. Mana tahu dia nak hantar sms memujuk balik ke. Tapi takde juga. Dia reply OK. Ok saja okey!! Takde nak pujuk-pujuk pun. Then  aku pun reply. OK juga. Tapi aku tambah Thank you. Biar nampak ayu sikit.

Mode : Tengah sedih-sedih sebab en-asben tak layan and even pujuk pun.

Sekejap tu masuk ofis pentadbiran sebab nak hantar dokumen. Balik-balik kat meja dengar handphone ringging. Nama en.asben terpampang di skrin. (Masa nak pick up call tu, ternampak message dari en.asben. Mungkin sebab aku tak reply itu yang en.asben call). So aku pun jawab call. Ingat nak cakap macam biasa tapi tak boleh sebab tengah merajuk kan.  Jadi jawab pun guna bahasa skema. U tengah buat apa tu ma? Soal en.asben mesra sambil gelak-gelak. Beb aku kan kat ofis. Tentulah tengah buat kerja. Lagi nak tanya. Tapi sebab soalah tu, aku pun jadi gelak-gelak sama. Sebabnya tahu dia nak pujuk aku.

So teruslah feeling macam Nora Elena yang di pujuk oleh Seth Tan. Terus rasa macam wujud juga Seth Tan tu dalam dunia nyata. Ha..ha.. sesekali nak feeling-feeling. U all layan ajelah yer. (Sebenarnya tak tahan nak buat entry pasal Nora Elena selepas ramai yang dilanda demam Nora Elena ni. Nasib ada cerita yang berkaitan untuk create entry..)

"Segmen | Aku kenal Lulu Caldina."

Rasanya dah banyak segmen yang Lulu anjurkan. Tapi selalu tak dapat nak join. Tapi kali ini terasa nak join juga sebab tajuk segmennya sangat best. "Segmen Aku kenal Lulu Caldina." Ini kerana saya rasa saya  memang kenal dengan Lulu Caldina. Rasanya bukan saya saja. Malah ramai orang dah kenal dengan Lulu Caldina dan Lulu Pages yang popular tu. Sebab saya dengan confidentnya claim saya memang kenal Lulu Caldina tu, makanya saya nak senaraikan apa yang saya tahu tentang Lulu Caldina si cantik manis ni.


1. Lulu lahir pada 28 Mei... (Kalau pengunjung tetap ke Blog Lulu mesti tahu tentang tarikh ini sebab Lulu siap buat countdown towards birthdaynya last month).

2. Lulu mula berblog pada 10 June 2010. (Tahu sangat sebab Blog Lulu Pages antara blog pertama yang saya follow lepas saya ada Blog sendiri pada bulan yang sama. Lulu juga antara follower pertama saya. Thanks Lulu).

3. Lulu Minat Biru dan Chelsea. (Obvious sangat sebab blog Lulu sendiri berwarna biru he..he.. Kat header blognya pun siap ada lambang Chelsea tu. Dan kalau rajin komen kat blog Lulu memang akan terbaca tentang itu kat kotak komennya sebab Lulu siap mention : Saya tahu Lulu suka Biru dan Chelsea).

4. Lulu seorang teman Blogger yang baik hati. (Sebab Lulu antara Blogger yang paling rajin promote blog kawan-kawan. Kadang-kadang tu siap buat sticky post hanya sebab mahu promote blog kawan-kawan yang lulu rasa best dengan entry yang menarik ).

5. Her bestfriend dalam Blog is Mak Bed. (Kalau selalu baca entry-entry Lulu mesti familiar dengan nama Mak Bed ni.)

6. Lulu pandai buat Header Blog yang cantik-cantik. (Sebab tu sebelum ni asyik bertukar-tukar aje headernya. Rasanya yang current one ni yang lama sikit kot.. he..he.. betul tak Lulu?)

7. Ngee.. is the word yang selalu lulu gunakan. (Kalau tak dekat entry kat komen-komen Lulu di Blog teman-teman lain selalu ada perkataan itu).

8. Visitor ke Blog Lulu memang beratus-ratus sehari. (Setiap kali masuk ke Blog Lulu mesti dekat 10 atau lebih orang yang sedang online. Saya tahu dan amat pasti tentang itu sebab saya selalu ke blog Lulu).

9. Blog Lulu cover semua cerita dan berita. (Nak tahu cerita dalam negeri, luar negeri, gosip artis tempatan, artis antarabangsa, cerita hangat, cerita sensasi, cerita biasa-biasa, cerita luar biasa - semuanya ada di Lulu Pages).

10. Bila Lulu buat entry mengenai Lulu sendiri pasti ramai sekali yang tinggalkan komen. (Sebabnya selain update berita, Lulu jarang bercerita tentang soal peribadi. Jadi bila sesekali Lulu bercerita tentang hal dirinya memang ramai teman blogger dan followernya yang nak komen kisah lulu tu). 

11. Lulu ni mix chineese. So lulu tak makan pedas. (Jadinya kalau resepi di lulu Pages mesti masakan yang ringkas dan tak pedas. Tapi off courselah sedap. Saya Tahu sebab saya sendiri pernah cuba resepi yang Lulu kongsikan bersama).

Cukuplah dulu  kot 11 perkara tentang Lulu ni. Ada banyak keistimewaan Lulu di mata saya. Satu yang saya cukup tahu ialah Lulu seorang teman yang sangat baik untuk saya.  Yang itu saya sangat pasti. Thanks Lulu.

Thursday, June 9, 2011

Suka-suka nak petik..

Salam semua..

Hari ni nak cerita pasal petik. Bukan petik bunga yer. Petik gitar pun bukan. Tapi petik nama. Petik nama??? Ya, petik nama. Contoh macam ni : Siapa yang rosakkan benda tu? Wah, nanti ada somebody yang cakap. Si fulan itu yang rosakkan. Sedangkan dia sendiri tidak pasti akan kebenarannya. Sekadar mangagak yang si fulan itu yang melakukannya. Sudahnya siapa yang jadi mangsa? Tentulan si fulan itu. Sudahlah si fulan tu tiada di situ untuk mempertahankan diri. Sudahnya nama siapa yang rosak? Off courselah nama si fulan itu juga kan. Nampak tak kesannya bila suka-suka petik nama orang ni.

Kadang-kadang tu ada orang suka benar nak berikan jawapan untuk setiap soalan yang di tanya. Kalau jawapan yang diberikan itu memang benar memang tak jadi masalah. Tapi kalau main sebut saja tanpa usul periksa, pada aku itu sesuatu yang tak kena. Aku rasa perkara itu sangat tidak adil. Kalau tak pasti, better jangan sebut. Tak perlulah nak meneka dalam kesamaran dengan memberi jawapan yang kita sendiri kurang pasti. Jawab tak tahu saja kan lebih baik. Then kalau nak berikan juga jawapan tentang perkara tersebut, bolehlah siasat. Bila ada bukti dan sudah tahu akan kebenarannya, waktu itu tiada salahnya nak petik nama orang yang buat itu.

Aku pernah menjadi mangsa. Namaku dipetik merosakkan satu barang itu hanya kerana akulah orangnya yang paling kerap menggunakan barangan tersebut. Sedangkan bukan aku yang merosakkannya. Bila ditanya pada seseorang, tanpa usul periksa, namaku yang dipetik. Kalau aku ada di situ bolehlah aku mempertahankan diri. Waktu itu memang rasa tak puas hati sangat bila ada orang yang sampaikan padaku. Jadinya aku memberitahunya yang bukan aku yang rosakkan. Jawapannya pula ialah Oh ye ke. Ingatkan awak yang buat sebab awak selalu guna. Sakit hati betul rasanya mendengar jawapan itu. Dia cuma mengandaikan tapi sudah menuduh aku yang melakukan. Tak pasal-pasal nama aku yang tercemar. Memang rasa terkilan  dan teraniaya sangat waktu itu. Geram dan sedih jadi bersatu.

Pengajaran dari kisah itu, buatkan aku lebih berjaga-jaga. Bukan setakat berjaga-jaga untuk menggunakan sesuatu barang itu. Tapi lebih berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari memetik nama orang lain. Takut sangat andai membuat kesilapan sama yang boleh menganiaya orang lain. Yang pastinya untuk aku, kalau tak tahu, cakap tak tahu saja. kalau tak pasti, cakap tak tahu juga. Jangan suka-suka nak petik nama orang..

Wednesday, June 8, 2011

Kata-kata terindah..

Dalam kehidupan kita, tentu ada banyak quote yang kita pernah dengar atau baca. Ada yang kita suka kerana kata-katanya yang berbunga. Ada yang kita suka kerana  simbolik di sebalik kata-kata itu. Ada yang kita suka kerana ianya mempengaruhi cara dan pembawakan kita. Ada banyak quote yang aku suka. Tapi yang dua ini merupakan yang selalu aku ingat.

If we can't get what we want, we must love what we have..

Sejak dulu aku suka dengan quote ini. Ia membuatkan aku lebih menghargai segala perkara yang berlaku padaku. Lebih menghargai semua benda yang aku miliki. Tak kiralah ianya sesuatu yang biasa-biasa mahupun sesuatu yang amat bernilai buat diriku. Ianya juga membuatkan aku rasa semua yang aku ada dan aku dapat itu adalah yang terbaik. Syukur Alhamdulillah.

A beautiful young lady is a gift. A beautiful old lady is a piece of art...

Menjadi cantik merupakan impian setiap wanita. Ada orang beruntung dilahirkan dengan kecantikan semula jadi. Ianya merupakan satu anugerah yang sangat berharga. Tapi kecantikan itu perlu dijaga. Ini kerana kecantikan itu tidak kan kekal selamanya. Tanpa penjagaan, kecantikan akan pudar. Sebab itulah, aku amat mengagumi orang yang sudah berusia tapi masih dapat mengekalkan kecantikannya. Sebab mengekalkan kecantikan itu merupakan satu seni yang perlu ada pada setiap wanita. Memiliki kecantikan dari segi fizikal dan akhlak pastinya merupakan satu bonus untuk wanita muda mahupun yang berusia. 

Kadang-kadang quote itu merupakan kata-kata yang biasa. Tapi ianya bisa mempengaruhi kita. Begitu juga kata-kata dari Mak Ayah kita. Ianya banyak mempengaruhi corak kehidupan kita. Tanpa kita sedar, kata-kata dari mereka menjadi bimbingan untuk kita dalam menerajui ranjau kehidupan. Walaupun kata-kata yang keluar dari mulut mereka merupakan kata-kata biasa yang yang biasanya tidak simbolik. Hanya kata-kata semangat, tegahan, larangan yang sentiasa berulang-ulang. Bagi aku, kata-kata Mak Ayah itu merupakan quote terindah dan terbaik untukku. Dengan kata-kata itu aku dapat mencorak kehidupanku sebaik mungkin. Kalau tidak di mata orang lain, sekurang-kurangnya di mata keduanya.  

Tuesday, June 7, 2011

Ekzos motor..

Pernah kena ekzos motor panas tak? Aku pernah (Ha..ha.. buka tembelang sendiri ada parut kekal). Waktu kena tu sakitnya bukan main. Dengan sakit pedih dan berdenyut-denyut lagi. Nak tunggu sembuh pun ambil masa sebelum ianya menjadi parut yang kekal sampai bila-bila.

Beberapa tahun sudah, kaki anakku Is pun pernah terkena ekzos juga. Waktu tu aku order mc d delivery. Waktu delivery tu sampai, anak-anak pun seronok nak ikut keluar sama. Padahal memang sudah pesan awal-awal suruh tunggu dalam rumah saja. Biar aku saja yang keluar untuk elakkan ekzos panas motor tu terkena anak-anak.

Nama pun budak-budak kan. Mana nak dengar cakap sangat. Jadinya bila aku leka ambil pesanan yang di hantar dan membuat pembayaran, anak-anak ikut menyerbu keluar. Anak-anak memang tak aware tentang ekzos motor  sebab kat rumah kami memang takde motor. Jadinya mereka tak tahu yang ekzos motor tu panas. Padahal aku memang awal-awal dah warning. Tapi biasalah. Selagi tak kena, mereka tak tahu. Ingat aku saja mengacah agaknya.

Dalam kelekaan, entah macam mana kaki Is dah melakat pada ekzos motor. Mula-mula aku tak perasan lagi. Dia pun tak menangis sebab tahu salah sendiri. Agaknya sebab rasa panas, sakit dan pedih bercampur takut, cepat-cepat Is gosok tempat yang kena ekzos tu. Tentulah kononnya untuk mengelak dari aku perasan akan lecur tersebut. Apalagi, makin besarlah melecetnya. Siap berdarah lagi.

Berderau darah aku melihatnya bila terperasankan betisnya yang sudah melecur tu. Selera nak makan mc d yang dipesan pun jadi hilang. Kaki anak aku yang lebih penting. Dalam pada itu memang geram jugalah sebab dia melanggar pesan aku. Sambil letak ubat sambil mulutku mengomel. Sedangkan lecur biasa pun lambat nak sembuh. Melecur yang sudah berdarah tentulah lebih lambat nak baik.

Semalam aku penat sangat. Tapi terpaksa juga balik rumah time lunch sebab tak sempat nak siapkan makan tengah hari untuk anak-anak pagi tu. Hajat di hati nak order pizza atau mc d saja. Jadinya tak perlulah aku balik rumah. Tapi teringatkan kenangan lama tentang ekzos tu buatkan aku melupakan sekejap kepenatan yang di rasa. Takut pula. Daripada anak-anak aku terkena ekzos motor lagi, takpelah aku bersusah payah sikit hantar makanan untuk mereka.

Biarlah aku dan Is saja yang ada parut ekzos tu. Kalau boleh tak mahulah yang lain pun turut ada parut yang sama. U all pulak macam mana. Pernah kena ekzos motor juga ke?

Monday, June 6, 2011

Penat + Letih = Malas..

Alhamdulillah, kenduri kahwin di rumah makcikku sudah selesai. Penutupnya semalam main simbah air. Kalau kenduri rumah makcik aku yang di Melaka tu, kalau tak main simbah-simbah air memang tak sah. Elok saja tetamu pulang, memang bermulalah acara simbah air tu. Riuh rendah dan hiruk pikuk jadinya.

Tak kira kecil besar semua join sekali. Tak kira kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga, semuanya saling terkena dan mengena. Pengantin pun tak ketinggalan untuk jadi mangsa. Tak cukup dengan simbah air, main calit muka dengan jelaga kat periuk pula. Memang muaklah dengan baju basah kuyup. Muka pula berceloreng hitam. Macam tak cukup tanah rasanya berlari. Tapi tetap terkena juga. Adoooii.. ha..ha..

Malamnya pula ada karaoke untuk saudara mara dan jiran tetangga. Tapi aku tak tunggu pun. Lepas maghrib dan makan malam kami bertolak pulang. Dari sana pukul 8.30 malam, sampai rumah pukul 11.30 malam. 3 jam  perjalanan dari Ayer Keroh ke Bangi sebab kesesakan. Badan yang penat jadi tambah letih dibuatnya. Bila dah penat tu, malas pun datang.

* Sakitnya badan. Nasib kat ofis. Kalau kat rumah memang sah-sah sambung tidur lagi untuk merehatkan otot-otot yang kepenatan ni. He..he..

Thursday, June 2, 2011

Buaian air tu...

Salam semua..

Dari entry semalam tentang buaian di Tiara Beach tu, ada pula teman-teman blogger yang tidakk dapat membayangkannya dan mahu membayangkannya (apa banyak sangat aku type bayang ni.. he..he.. sila abaikan). So aku tempek kat sini gambarnya.


Gambar yang ini aku jumpa di sini.
Maaf yer, waktu mandi manda aku tak snap 1 gambar pun. Sebabnya, aku, en.asben dan anak-anak semua layan air. Jadinya, barang-barang berharga termasuklah kamera memang simpan dalam bilik. Dan jadinya lagi, gambar anak-anak bermain buaian air tu memang takde untuk aku kongsikan di sini. So terpaksa tempek gambar yang aku dapat dari blog mummy gee yang aku jumpa waktu google gambar buaian air di Tiara Beach. Thanks yer mummy gee. Salam kenal juga. So bolehlah u all start bayangkan dengan visual pula.

*Hari ni nak berkemas beg lagi. Kami nak ke Melaka untuk wedding adik sepupu. Esok nikah di masjid dan malamnya berinai di rumah pengantin perempuan. Hari sabtu majlis bersanding di rumah pengantin perempuan. Hari ahad majlis di rumah makcikku pula. So tiga harilah kami berkampung di sana. Nampaknya bercuti lagilah blog aku ni..

Wednesday, June 1, 2011

Contoh, mencontohi, dicontohi...

Masa di Tiara Beach tempohari, aku memang enjoy main air. Iyelah, sebab kat Tiara tu, nak mandi kat kolam renangnya kena bayar. Dewasa RM30. Kanak-kanak pula RM15 untuk setengah hari. Jadinya bila dah bayar terasa rugi kalau tak main air sepuasnya. Sudahlah segalanya disponser oleh pakcik en.asben. Jadinya, bila orang dah bayarkan, rasanya itulah cara kita menghargainya pula. Gunakan sebaiknya peluang yang diberi. Barulah berbaloi untuk kedua belah pihak.

Anak-anak aku lepas makan dan solat zohor memang terus turun. Aku pula sebab bergilir dengan en.asben untuk jaga anak dan solat, pukul tiga baru aku masuk kolam. Syok betul. Mula-mula layan anak. Lepas tu layan slide dan main air pula. Best juga main air dan main rebut bola dalam air dengan budak-budak. Orang dewasa lain semua dah naik bilik. Cuma aku dengan en.asben yang ada kat kolam sebab tunggu anak-anak kami, anak-anak buah dan sepupu lain yang sebaya dengan anak-anak kami. 

Kat kolam tu adalah buaian berpusing di bawah air. Anak aku memang seronoklah. Masa kakak dan abangnya layan slide, aku temankan Az main buaian tu. Waktu tu ada seorang parent cina menjaga anaknya di situ. So kami sama-sama pusingkan buaian tu. Aku sempat pusing dua tiga kali saja. Lepas tu aku dah pening dan duduk tepi. Waktu aku duduk di tepi tu parent cina tu terus pusingkan buaian itu untuk anaknya dan anakku sama. Bergilir dia pegang tali buaian anaknya dan anakku. Langsung tak berkira. Bagus betul caranya itu.

Bila en.asben datang aku minta en.asben pusingkan buaian itu pula. So en.asben take turn sehinggalah parent cina dan anaknya berhenti bermain di buaian itu. Tempat kosong di buaian mula diisi oleh budak-budak lain. Tiada parent pun mereka yang datang. So aku dan en.asben bergilir memusingkan buaian untuk mereka. Sampailah Is, Han dan anak-anak buahku datang. Sungguh aku tak kisah sebab mengambil contoh parent cina tadi yang langsung tak berkira. Berkesan sungguh contoh yang ditunjukkan sehingga ianya mempengaruhi aku untuk membuat perkara yang sama.

Bila tengok aku dan en.asben tolong pusingkan buaian itu, anak-anak dan anak buah aku pun turut serta. Sudahnya kami bagaikan penganjur funfair pula. Tak kira siapa yang naik kami tolong pusingkan. Sambil tergelak-gelak sampil pening-pening kami enjoy melakukannya. Sambil pusingkan masing-masing take turn untuk naik buaian itu. Mana yang sudah agak lama memang aku dan en.asben minta mereka beri peluang untuk orang lain pula. Tak kiralah anak kami, anak buah atau anak orang lain. Semuanya mendapat layanan yang sama. Takde pengecualian apatah lagi kelebihan.

Melihat cara kami handle buaian itu, budak-budak lain yang nak naik buaian itu siap tanya kami dulu. Saya nak naik he..he.. Bukan budak melayu saja, budak cina pun sama juga. Tunggu aje sebelah kami untuk ambil giliran. Mula-mula memang kami yang cakap. Okey gilir-gilir. Siapa yang dah lama bagi orang lain pula. Lama-lama tu anak-anak aku dan anak-anak buah dah tahu sendiri untuk saling bergilir. Anak buahku yang dah besar pula langsung tidak kisah untuk terus pusingkan buaian tak kisahlah siapa juga yang menaiki buaian itu. Sepupu-sepupu mereka mahupun orang lain. Suka benar aku lihat cara mereka yang tak mementingkan diri sendiri.

Itulah bagusnya bila mengambil contoh yang baik dari orang lain. Bukan setakat kita dapat memperbaiki diri. Malah cara kita pula dapat dicontohi oleh orang lain sama.

PS : ada masa nanti aku upload gambar yer..

Positif juga akhirnya..

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...